Anda di halaman 1dari 27

SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN HARIAN Penyiasatan Amali Melibatkan PPIK (Pedagogi Pengetahuan Isi Kandungan)

Kurikulum Sains Sekolah Rendah Isi Kandungan PPIK 1 2 3 Topik Hukum Gerakan Newton Apungan, Terapung Dan Tenggelam Keseimbangan dan Termometri Muka surat 1 - 10 11 - 17 18 - 22

PPIK 1. Hukum Gerakan Newton. Pengenalan Hukum hukum Gerakan Newton adalah tiga hukum fizik yang menyediakan

hubungan antara daya dengan jasad dan pergerakan jasad. Semua itu disatukan oleh Sir Isaac Newton dalam hasil kerjanya Philosophiae Naturalis Principia Mathematica (1687). Hukum-hukum tersebut membentuk asas kepada mekanik klasik dan Newton sendiri banyak menggunakan hukum-hukum ini untuk menerangkan banyak kesan yang berkaitan dengan gerakan objek fizikal. Takal adalah satu kategori dari mesin ringkas. Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan beban dengan mudah, dengan mengubah arah pergerakan atau meningkatkan nilai atau jarak yang dikenakan pada beban. Takal adalah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang berputar pada gandar dan tali. Contoh-contoh takal ialah tiang bendera, layar bot dan kren. Takal membolehkan kita menggerakkan objek ke atas, ke bawah dan susur tepi.Takal terdiri daripada beberapa jenis mesin seperti takal tetap atau takal yang ditempatkan pada sesuatu. Dengan takal tetap kita mengubah arah pergerakan daya, tapi bukan pada daya yang diperlukan. Kemudian kita ada takal bergerak. Apabila kita menggunakan takal bergerak yang mana jumlah daya yang diperlukan akan dikurangkan. Kadang-kala apabila set-set takal atau takal berganda digunakan untuk mengangkat objek-objek yang berat. Satah condong ialah mesin ringkas yang mempunyai permukaan rata yang lebih tinggi pada satu bahagian. Satah condong membantu kita menaikkan dan menurunkan sesuatu objek. Satah condong tidak mempunyai bahagian yang bergerak. Ia mengurangkan daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek dari satu ketinggian ke ketinggian yang lain. Ia menjauhkan jarak yang dilalui oleh sesuatu objek. Beberapa contoh satah condong adalah penyendal pintu, tanjakan basikal, gelongsor dan anak tangga.

Tajuk Tujuan

: Kerja dan Mesin : Untuk membina mesin ringkas dan kompleks.

Pernyataan Masalah : Bagaimanakah membina mesin ringkas dan mesin kompleks? Bahan dan Radas : Satah condong, beban, takal dan blok kayu. Aktiviti 1 Hipotesis : Semakin bertambah panjang satah condong, semakin berkurang

daya yang diperlukan untuk menolak beban. Pemboleh ubah : a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : panjang satah condong b) Pemboleh ubah bergerak balas : jumlah daya c) Pemboleh ubah dimalarkan : jenis beban

Prosedur ; 1. Dua set satah condong seperti yang ditunjukkan di bawah disediakan.

Beban ditolak di atas satah condong yang panjang. (B)

Beban ditolak di atas satah condong yang pendek. (A)

2. Beban yang sama ditolak ke atas satah condong untuk mencari satah condong yang manakah lebih mudah digunakan untuk menolak beban. 3. Pemerhatian direkodkan.

Pemerhatian : Jenis satah condong A ( 0.5 meter) B (1.0 meter) Kesukaran untuk menolak beban Sukar Mudah

Perbincangan : 1. Berdasarkan aktiviti 1, satah condong yang pendek menggunakan daya yang lebih besar untuk menolak beban berbanding menggunakan satah condong yang panjang. Ini kerana satah condong yang panjang memberi kelebihan mekanikal yang tinggi berbanding satah condong yang pendek. Oleh itu kurang daya diperlukan untuk menolak beban pada satah condong yang panjang.
4

2. Adakah hipotesis diterima atau ditolak? Ya. Hipotesis diterima.

Kesimpulan : Apabila panjang satah condong itu digandakan, faedah mekanikalnya akan bertambah dan semakin berkurang daya yang diperlukan untuk menolak beban.

Aktiviti 2 Penyataan Masalah : Apakah hubungan antara bilangan takal dan jumlah daya yang diperlukan untuk mengangkat beban? Hipotesis : Semakin bertambah bilangan takal yang digunakan, semakin

berkurang jumlah daya yang diperlukan untuk mengangkat beban. Pemboleh ubah : a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Bilangan takal b) Pemboleh ubah bergerak balas : Jumlah daya c) Pemboleh ubah dimalarkan : Berat beban

Prosedur : 1. Empat set takal dengan beban yang sama dibina seperti yang ditunjukkan di bawah.

2. Pemerhatian direkodkan. Pemerhatian :

Guru sedang menjalankan aktiviti menentukan kesukaran menarik beban dengan menggunakan takal A.

Perbincangan : 1. Untuk Aktiviti 2, takal D merupakan takal yang paling mudah untuk mengangkat beban berbanding takal C, B dan A. Ini kerana takal D menggunakan dua takal menyebabkan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah lebih kecil berbanding takal B dan A yang menggunakan 2 takal. Takal D memerlukan daya yang kurang daripada separuh berat beban iaitu F = 1/3 W manakala takal A memerlukan daya yang sama dengan berat beban iaitu F = W menyebabkan menjadi takal yang pAling susah untuk mengngkat beban. Set takal D lebih mudah untuk

mengangkat beban berbanding set takal C walaupun kedua-duanya mempunyai dua takal kerana set takal D mempunyai kelebihan mekanikal iaitu 3 berbanding set takal C yang hanya mempunyai 2. Oleh itu susunan takal yang paling mudah ialah D, C, B dan A.

2. Adakah hipotesis diterima atau ditolak? Ya. Hipotesis diterima.

Kesimpulan : Semakin bertambah bilangan takal yang digunakan, semakin berkurang jumlah daya yang diperlukan untuk mengangkat beban.

Aktiviti 3 Mengenal pasti masalah Pernyataan Masalah : Bagaimana memetik buah dari pokok yang tinggi. Hipotesis : Kerja memetik buah dari pohon yang tinggi lebih mudah jika

menggunakan sistem mesin ringkas seperti takal.

Gambar rajah mesin ringkas memetik buah dari pokok yang tinggi

Keputusan : 1. Satu mesin ringkas dibentuk menggunakan sistem takal yang

menggabungkan takal dan tali. Hal ini adalah untuk memastikan buah tidak jatuh dan rosak dari ketinggian yang tidak dapat dicapai tangan.

2. Adakah hipotesis diterima? Ya. Hipotesis diterima.

Kesimpulan : Takal adalah satu penyelesaian yang efektif untuk memetik buah dari pokok yang tinggi. Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran 1. Di hujung aktiviti, jawab soalan-soalan berikut: a) Apa yang anda pelajari dari aktiviti-aktiviti ini? Hasil pemelajaran yang saya perolehi ialah : i) Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan beban dengan mengubah arah pergerakan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. ii) Satah condong ialah mesin ringkas yang mempunyai permukaan rata yang lebih tinggi pada satu bahagian. Satah condong membantu kita menaikkan dan menurunkan sesuatu objek serta mengalihkan objek dari tempat yang rendah ke tempat yang tinggi. Satah condong tidak mempunyai bahagian yang bergerak. iii) Takal adalah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang berputar pada gandar dan tali. Contoh-contoh takal ialah tiang bendera, layar bot dan kren. Takal membolehkan kita menggerakkan objek ke atas, ke bawah dan susur tepi. iv) Takal terdiri daripada beberapa jenis mesin seperti takal tetap atau takal yang ditempatkan pada sesuatu. Dengan takal tetap kita mengubah arah pergerakan daya, tapi bukan pada daya yang diperlukan. v) Takal bergabung ialah kombinasi takal tetap dan takal bergerak dalam satu system takal. Ia mengubah arah gerakan daya. Takal bergabung memudahkan kerja yang dilakukan kerana daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah kurang daripada separuh berat beban.
9

2. Bahagian yang manakah di dalam kurikulum sains sekolah rendah topik ini diajar? Tahun 6, mesin ringkas. Tuas, takal, gear dan satah condong. 3. Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti-aktiviti ini di dalam pengajaran pembelajaran anda? a) Mengaplikasikan sistem takal dan satah condong dalam kehidupan harian murid-murid. b) Memberikan 2 permasalahan dan latihan untuk menguji murid-murid. Contoh permasalahan : 1. Bagaimana untuk membina mesin yang boleh meleperkan tin minuman? i) Guru membahagikan murid kepada 5 ahli dalm kumpulan. ii) Guru menyediakan bahan-bahan seperti tali, pemutar skru, blok bata, goggle, pengetuk paku, takal, paku, blok kayu, skru dan tin aluminium kepada setiap kumpulan. iii) Setiap kumpulan diarahkan membina mesin yang boleh meleperkan tin minuman- tin minuman dengan efektif dan sempurna. iv) Masa diberikan selama 30 minit dan murid diminta membentangkan demonstrasi mereka selepas itu. 2. Menjawab latihan seperti di lembaran Aktiviti 6.3 ( rujuk lampiran 1)

4. Apakah peranan guru di dalam aktiviti ini? Guru boleh menjadi pembimbing dan pemudah cara apabila murid mengadakan eksperimen dan projek. Semasa aktiviti dijalankan ,guru harus memantau setiap perkembangan dan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan. Ini penting untuk merangsang pemikiran murid untuk mereka cipta mesin yang baru.

10

PPIK 2. Apungan, Terapung dan Tenggelam Pengenalan Objek tenggelam di dalam air kerana ia lebih berat dari air? Sebenarnya tidak semua objek tenggelam dalam air. Antara eksperimen yang telah dijalankan untuk membuktikan teori itu salah ialah dengan menggunakan dua plastisin yang sama berat dan dua bikar air yang sama isipadunya. Satu dibentuk bulat dan satu dibentuk leper seperti sampan, kemudian kedua-dua plastisin

dimasukkan ke dalam bikar berasingan. Pemerhatian yang didapati, hanya plastiin yang bulat tenggelam dan plastisin yang berbentuk sampan terapung di atas air walhal mempunyai berat yang sama mengapa? Mengikut konsep ketumpatan, jisim berkadar sonsang dengan isipadu iaitu jika isipadu objek itu besar maka ketumpatan akan menjadi kecil atau rendah dan membolehkan objek itu terapung. Oleh yang demikian, objek besar seperti bot, kapal kontena tidak tenggelam kerana mempunyai ketumpatan yang rendah apabila isipadu objek yang digunakan untuk menampung bot tersebut adalah besar. Konsep keapungan ditemui oleh ahli matematik Greek iaitu Archimedes yang menemui teori ini semasa dalam kolah mandi. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa daya tujah ke atas yang bertindak pada suatu jasad yang tenggelam atau separa tenggelam adalah sama dengan berat cecair yang disesarkan oleh jasad tersebut. Aplikasi daya tersebut dalam kehidupan harian adalah kapal laut, kapal selam dan belon udara. Sebuah kapal selam akan terapung pada permukaan laut jika tangki keapungannya diisi dengan udara. Ini adalah kerana daya tujah ke atas bertindak pada kapal selam melebihi beratnya. Apabila keapungannya diisi dengan air, kapal tersebut akan tenggelam dalam laut kerana adanya daya tujah yang bertindak ke atasnya kurang daripada beratnya. Tajuk Tujuan : Apungan, Terapung dan Tenggelam : Menyiasat keadaan yang diperlukan untuk apungan, terapung dan tenggelam
11

Bahan-bahan : Dua silinder penyukat, larutan garam, 2 biji telur, besen air dan lima ketul plastisin, neraca tuas. Aktiviti 1 Tajuk : Terapung dan tenggelam

Pernyataan Masalah : Apakah keadaan yang diperlukan oleh objek untuk terapung dan tenggelam di dalam air?. Hipotesis : Semakin tinggi kepekatan larutan, semakin tinggi daya untuk mengapungkan objek.

Aktiviti 2 Tajuk : Terapung dan tenggelam

Pernyataan Masalah : Apakah keadaan yang diperlukan oleh objek untuk terapung dan tenggelam di dalam air?. Hipotesis : Ketumpatan, bentuk dan ketinggian objek mempengaruhi keapungan objek.

Prosedur : 1. Satu silinder penyukat diisi penuh dengan air paip dan satu lagi dengan larutan garam. Telur dimasukkan ke dalam setiap silinder penyukat dan pemerhatian dilakukan. 2. Tiga plastisin berbentuk bola setiap satunya berjisim 50 g diambil. Dua bebola plastisin dibentuk menjadi bot, satu dengan sisinya rendah dan satu lagi dengan sisinya tinggi. 3. Satu bebola plastisin dan 2 bot tadi dimasukkan ke dalam besen yang berisi 3/4 air. Pemerhatian direkodkan.
12

4. Dua lagi bebola plastisin 50 g dimasukkan perlahan-lahan ke tengah-tengah setiap satu bot. Pemerhatian direkodkan. 5. Inferens setiap pemerhatian dinyatakan.

Pemerhatian :

Bahan-bahan dan radas untuk eksperimen

Pemerhatian setelah kedua-dua biji telur dimasukkan kedalam air dan larutan garam

13

A. Pemerhatian setelah plastisin bersisi rendah dan bulat dimasukkan ke dalam air B. Pemerhatian setelah plastisin bersisi rendah diletakkan satu bebola plastisin.

A. Pemerhatian setelah plastisin bersisi tinggi dan bulat dimasukkan ke dalam air B. Pemerhatian setelah plastisin bersisi tinggi diletakkan satu bebola plastisin.

Keputusan : Pemerhatian terhadap telur : Jenis air Air paip Larutan garam Keadaan telur Telur tenggelam Telur terapung Inferens Telur lebih tumpat berbanding air pili Larutan garam lebih tumpat berbanding telur

14

Pemerhatian terhadap plastisin yang diletakkan dalam air : Bentuk Inferens Plastisin dalam air Apabila bola 50 g ditambahkan tengah bot Inferens Sisi bot tidak dapat Sisi menghalang dari masuk bot dapat Isipadu air plastisin bola kecil di tenggelam terapung tenggelam diletakkan plastisin/ Keadaan bot sisi rendah terapung Keadaan bot sisi tinggi terapung Keadaan bola plastisin tenggelam

air menghalang

ke masuk ke dalam dibandingkan bot dan isipadu jisimnya, bot besar. maka

dalam bot.

ia tenggelam.

Perbincangan : 1. Mengapakah objek terapung atau tenggelam di dalam cecair? Mengikut konsep ketumpatan, jisim berkadar songsang dengan isipadu. Ini bermakna jika isipadu objek tersebut besar maka ketumpatan akan menjadi kecil atau rendah dan membolehkan objek itu terapung. Jika objek itu besar seperti bot, kapal kontena tidak tenggelam kerana mempunyai ketumpatan yang rendah apabila isipadu objek yang digunakan untuk menampung bot tersebut adalah besar. Formula ketumpatan diberikan di bawah : Ketumpatan = Jisim Isipadu

2. Bolehkah suatu objek yang lebih tumpat daripada air terapung di atas air?. Terangkan. Tidak boleh. Ini kerana sekiranya objek itu lebih tumpat daripada cecair yang menampungnya, ia akan tenggelam walaupun daya tujahan tetap wujud. Ini

15

kerana magnitud daya tujahan atas yang bertindak tidak mampu untuk menyokong berat objek.

3. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi apungan suatu objek. a) Pecutan graviti b) Ketumpatan cecair c) Isipadu objek yang terendam di dalam cecair tersebut.

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran. 1.Di hujung aktiviti, jawab soalan-soalan berikut : a) Apa yang anda pelajari daripada aktiviti-aktiviti ini? Mengikut Prinsip Archimedes menyatakan apabila satu jasad direndamkan separuhnya atau sepenuhnya ke dalam satu bendalir, jasad itu akan mengalami satu daya julangan (daya tujah) ke atas yang nilainya sama dengan dengan berat bendalir yang disesarkan. Formula berikut diikuti : Berat jasad > daya julangan, jasad akan tenggelam. Berat jasad = daya julangan, jasad akan tetap pada kedudukan Berat jasad < daya julangan, jasad akan separuh tenggelam.

b) Bahagian yang manakah di dalam kurikulum sains rendah mengajar topik ini? Tema Sains Bahan Timbul dan Tenggelam Tahun 1.

c) Bincang bagaimana anda menggunakan aktiviti-aktiviti ini di dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan aktiviti seperti eksperimen, demonstrasi, projek dan pameran sains. Murid boleh didedahkan dengan eksperimen menentukan keapungan dan tenggelamnya pelbagai objek di dalam air. Murid juga boleh dicabar pemikirannya dengan mengadakan pertandingan mencipta objek yang
16

boleh terapung di dalam air seterusnya mengadakan pameran sains. Ini menjadikan murid lebih faham dan seronok mempelajari sains. Tayangan power point dan animasi juga boleh merangsang minat murid mempelajari sains.

d) Guru

boleh

menjadi pembimbing

dan

pemudah

cara

apabila

murid

mengadakan eksperimen dan projek. Semasa aktiviti dijalankan ,guru harus memantau setiap perkembangan dan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan. Ini penting untuk merangsang minda murid supaya mereka tidak tersilap konsep mengenai tajuk keapungan dan ketumpatan.

17

PPIK 3 : Keseimbangan dan Termometri Pengenalan Prinsip Keseimbangan Terma Dua jasad dikatakan berada dalam keadaan keseimbangan terma apabila kadar pemindahan haba bersih di antara kedua-dua jasad adalah sifar dan suhu keduadua jasad adalah sama. Membina model bekas makanan tahan panas dan sejuk. Untuk membuat bekas makanan yang tahan panas dan tahan sejuk ia memerlukan bahan-bahan yang diperbuat daripada penebat haba. Bahan penebat haba yang baik ialah bahan yang merupakan pengalir haba yang tidak baik. Ini bermakna, bahan penebat haba merupakan bahan-bahan yang mampu mengekalkan dan memerangkap haba pada bacaan suhu dalam jangkamasa tertentu sehingga ia mencapai keseimbangan terma. Contoh bahan-bahan penebat haba ialah serbuk pasir, hampas kelapa, lapisan polistrin, kertas dan kadbod.

Tajuk Tujuan

: Keseimbangan dan termometri : Membina bekas makanan untuk menyimpan makanan panas dan sejuk.

Pernyataan Masalah : Bagaimanakah mereka bentuk bekas makanan yang dapat menyimpan makanan yang panas dan sejuk? Hipotesis : Jika bekas makanan yang direka dapat mengekalkan suhu makanan sama ada sejuk atau panas maka bekas makanan tersebut efektif. Bahan-bahan : Makanan (ayam panas dan coca-cola), lapisan polistrin (0.5m X 0.5 m), ais, kotak kadbod, kertas surat khabar, kapas, beg plastik, serbuk pasir, hampas kelapa, gam, tali dan pita selofan.

18

Prosedur

1. Bahan-bahan penebat haba yang baik dikenalpasti. 2. Bekas makanan yang dapat menyimpan makanan panas dan sejuk direka bentuk. Pelan dilukis (Rujuk lampiran 2) 3. Model dibentuk. 4. Model tersebut diuji.

Pemerhatian :

Model bekas makanan tahan panas

Model bekas makanan tahan sejuk

19

Keputusan : Jenis bekas makanan Panas Sejuk Tempoh masa (jam) 5 jam 10 jam

Perbincangan : 1. Adakah model anda berkesan? Mengapa dan mengapa tidak. Model bekas makanan ini efektif tetapi hanya mampu bertahan 5 jam bagi suhu panas dan 10 jam bagi suhu sejuk. Hal ini kerana model ini telah dibuat daripada bahan-bahan penebat haba seperti kepingan kotak, polistren, beg plastik, kertas, hampas kelapa dan serbuk pasir. Plastik adalah sejenis polimer yang memerangkap haba dengan baik. Tambahan pula, plastic ialah kalis air maka ia sesuai untuk dijadikan bahagian lapisan utama bekas makanan kerana ia boleh dicuci dan bersih. Selain itu, kepingan kotak pula bertindak menghalang pembebasan haba sekaligus memerangkap haba dalam persekitaran kotak menyimpan makanan tersebut. Serbuk pasir, hampas kelapa dan kapas bertindak mengurangkan pemindahan haba keluar atau masuk kerana bahan organik ini mempunyai kadar penyerapan haba yang tidak baik. Ais batu ditambah dalam penyejukan ais krim untuk mengekalkan suhu sejuk ais krim dan mengelakkan ais krim mencair. Ais krim tidak dapat bertahan lama mengekalkan kebekuaannya kerana ais yang tidak banyak. Lapisan yang lain adalah seperti dalam lapisan untuk bekas tahan haba. 2.Kita menggunakan peti sejuk untuk menyimpan makanan sejuk. Bagaimanakah peti sejuk melakukan tugas ini? Sebuah peti sejuk akan menyimpan makanan dengan menukarkan gas ke dalam cecair, seterusnya cecair ke wap. Asas fizik menyatakan apabila dua permukaan bersentuhan dengan yang lain, permukaan dengan suhu yang lebih tinggi akan menyejukkan sama dengan suhu silih ganti. Gegelung dan bahagian logam di dalam peti sejuk dimuatkan dengan cecair sejuk. Cecair tersebut menghasilkan udara sejuk di luar lingkaran. Ini berlaku apabila haba dari dalam peti sejuk akan mengurangkan suhu sepadan dengan suhu dengan cecair sejuk di dalam gegelung.

20

Dalam peti sejuk, makanan disimpan sejuk kerana peti sejuk mampu untuk menukarkan gas ke dalam cecair. Cecair yang melalui satu siri bahagian yang juga boleh memilih untuk menukar cecair itu kepada wap- ini dilakukan oleh molekul pemampatan. Sebuah peti sejuk,tanpa sebuah pemampat, secara amnya akan berada di dalam panas. Apabila gegelung di dalam peti sejuk mempunyai kuasa, bahan mampat, gas dan cecair ia akan menyedut semua udara panas.

3.Adakah hipotesis diterima? Ya. Hipotesis diterima. Kesimpulan : Bekas makanan yang direka dapat mengekalkan suhu makanan panas selama 5 jam mana kala bagi makanan sejuk selama 10 jam, maka bekas makanan tersebut adalah efektif. Soalan-soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran : 1.Pada akhir aktiviti, jawab soalan-soalan berikut : a) Apa yang anda pelajari dari aktiviti-aktiviti ini? Dua jasad dikatakan berada dalam keadaan keseimbangan terma apabila kadar pemindahan haba bersih di antara kedua-dua jasad adalah sifar dan suhu keduadua jasad adalah sama. Untuk membuat bekas makanan yang tahan panas dan tahan sejuk ia memerlukan bahan-bahan yang diperbuat daripada penebat haba. Bahan penebat haba yang baik ialah bahan yang merupakan pengalir haba yang tidak baik. Ini bermakna, bahan penebat haba merupakan bahan-bahan yang mampu mengekalkan dan memerangkap haba pada bacaan suhu dalam jangkamasa tertentu sehingga ia mencapai keseimbangan terma. Contoh bahan-bahan penebat haba ialah serbuk pasir, hampas kelapa, lapisan polistrin, kertas dan kadbod. b) Bahagian manakah dalam kurikulum sekolah rendah yang mengajar topik ini? Menyiasat Daya dan Tenaga. Haba Tahun 5.
21

c) Bincangkan

bagaimana

anda

menggunakan

aktiviti-aktiviti

ini

dalam

pengajaran dan pembelajaran anda? Aktiviti ini boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan aktiviti seperti eksperimen, demonstrasi, projek dan pameran sains. Murid juga boleh dicabar pemikirannya dengan mengadakan pertandingan mencipta bekas makanan yang tahan haba dan tahan sejuk seterusnya mengadakan pameran sains. Ini menjadikan murid lebih faham dan seronok mempelajari sains. Tayangan power point dan animasi juga boleh merangsang minat murid mempelajari sains. c) Apakah peranan guru dalam aktiviti-aktiviti ini? Guru boleh menjadi pembimbing dan pemudah cara apabila murid

mengadakan eksperimen dan projek. Semasa aktiviti dijalankan ,guru harus memantau setiap perkembangan dan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan. Guru juga boleh mengaplikasikan pengetahuan ini dalam kehidupan seharian mereka.

22

REFLEKSI Syukur Alhamdulilah dapat juga saya menyiapkan Tugasan Projek SCE 3105, Fizik dalam Konteks Kehidupan Seharian. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak berkorban masa, perhatian dari saya terutama anak saya Muhammad Adib yang akan mengambil UPSR, umi tidak dapat menjadi umi yang terbaik kerana kesibukan umi. Tidak lupa kepada pensyarah pembimbing Pn. Zuraidah bt. Yazid yang banyak memberi tunjuk ajar. Kesibukan dalam pelbagai tugas guru menyebabkan masa sangat mencemburui saya. Bahan-bahan sumber telah saya kumpulkan hampir empat minggu. Pertamatamanya, saya perlu memahami apa kehendak soalan dan kemudiannya merencanakan dalam langkah-langkah tertentu seperti kehendak soalan. Saya cuba memberi apa yang terbaik mengikut kefahaman saya. Tajuk Mesin dan Kerja memberi cabaran yang besar kepada saya kerana saya kurang kefahaman mengenai tajuk ini. Ini kerana saya mengajar sains Tingkatan 2 di SMK Subang, Shah Alam hanya tentang sebahagian kecil konsep daya yang spesifik dan tidak terperinci. Oleh sebab itu saya mengkaji tentang kerja dan mesin dari buku-buku sekolah rendah dan sumber internet. Tajuk Apungan, Keapungan dan tenggelam juga merupakan tugasan yang sukar dilakukan. Saya banyak mendapatkan sumber-sumber bahan dari buku-buku rujukan dan internet. Soalan amali sukar saya fahami pada permulaannya sehinggakan saya membuat kesilapan dalam mengikut prosedur yang telah disediakan. Sepatutnya 2 biji bola plastisin dibentuk 2 bot berasingan tetapi kesalahfahaman saya ialah mengandaikan membentuk 1 bot sahaja. Eksperimen telah diulang sebanyak 2 kali dan demikianlah hasil yang didapati. Daripada kesilapan ini fahamlah saya bukan mudah murid-murid untuk memahami arahan prosedur eksperimen jika guru tidak menjelaskannya secara teliti dan tepat. Menjawab soalan-soalan perbincangan dan penguasaan pengetahuan pedagogi juga sangat mencabar. Ketidakpuasan hati menyebabkan saya banyak meneliti kandungan maklumat dalam internet sehinggakan naik berpinar anak mata saya. Rupa-rupanya banyak maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran dalam internet ini. Selepas ini saya akan membuka mata untuk mempelbagaikan kaedah p & p bersumberkan internet. Insyallah, bertambahlah ilmu saya dan anak-anak didik
23

saya. Tajuk keseimbangan dan termometri merupakan tajuk yang baru saya pelajari. Saya tidak ada apa-apa idea tentang tajuk ini. Maklumat yang saya kumpulkan adalah dari sumber internet dan buku-buku rujukan. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan ini dan sesungguhnya tugasan ini telah menambahkan pengetahuan saya di dalam mata pelajaran fizik, Insyallah.

Rujukan : 1. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dunia Sains dan Teknologi. Tahun 1.(2011). Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. 2. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5. Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6. Kementerian Pelajaran Malaysia. 4. Md Arris A.Y , Sopia M.Y, Mohd Yatim D, Naziyah , Toh Kim Kau. Science Practical Year 6. (2008). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 5. Anthony S.H. Tan. Fizik SPM KBSM.(1994). Metro Press Sdn. Bhd. Ampang. 6. P.P Chin, Zaidi Mahamad. Penilaian Topik A+ Science (2012), Sasbadi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 7. m.s.wikipedia.org/wiki/Hukum-hukum-gerakan-Newton 8. www.scribd.com/doc/51921864/buoyancy 9. www.scribd.com/doc/82941021/82645705-PCK2 10. www.scribd.com/doc/49784376/PCK-1 11. www.scribd.com/doc/268528/4-1-Sifat-Termometri 12. http://www.ehow.com/how-does_4564491_refrigerator-keep-food-cold.html 13.Imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/04/mesin-ringkas-simple machines.html

24

25

26

27

Anda mungkin juga menyukai