Anda di halaman 1dari 15

KBK 3063: INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK KHAS

Bincangkan definisi, objektif, TAJUK falsafah, TUGASAN prinsip dan langkah-langkah intervensi awal yang 1 dan 2 boleh membantu memulihkan dua kategori kanak-kanak khas berikut:

a. Autisma b. Palsi Serebral ( Cerebral Palsy )

KUMPULAN : UPSI02 ( A121PJJ )

DISEDIAKAN OLEH NAMA SARIMAH BINTI ABD.KARIM NO. ID D20102046216 NO. TELEFON 013-5101533

NAMA TUTOR E-LEARNING :

DR.KANNAMAH A/P MOTTAN

TARIKH SERAH:

29HB. NOVEMBER 2012

Autisme

Pengenalan Guru dan ibubapa perlu tahu cara mengetuk pintu rahsia murid atau anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal.

Duniakanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula buat perangai, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku. Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates.

Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk Pencegahan Autis Pada Anak, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

Definisi

Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk Does Television Cause Autism? menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme.

Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a person is unable to communicate or form relationships with other. Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan

sentuhan.

Kanner (dalam Safaria, 2005) mendefinisikan Autisme sebagai ketidakmampuan untukberinteraksi dengan orang lain. Cohen dan Bolton (1999) mendefinisikan Autisme sebagai keadaan yang mempengaruhi anakmembuat mereka tidak dapat membentuk hubungan sosial atau mengembangkan komunikasisecara normal.

Autistik atau autisme merupakan kecacatan seumur hidup yang berlaku terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi. Autisma merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku.Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak autisma akan menunjukkan tingkah laku yang tidaksesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan pekara diluar jangkaan kita.Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk sepertikanak-kanak tiga tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainandan menguis permainan tersebut sehingga hancur atau rosak.

Peringkat autism

a)

Autisme ringan

Pada tahap ini, anak autisme masih menunjukkan adanya kontak mata walaupun tidakberlangsung lama. Anak autisme ini dapat memberikan sedikit respon ketika dipanggilnamanya, menunjukkan ekspresi-ekspresi muka, dan dalam berkomunikasi pun masih bisadilakukan secara dua arah meskipun terjadinya hanya sesekali. Tindakan-tindakan yangdilakukan, seperti memukulkan kepalanya sendiri, mengigit kuku, gerakan tangan yangsterotipik

dan sebagainya, masih boleh dikendalikan dan dikawal dengan mudah.

b). Autisme sedang

Pada tahap ini, anak autisme masih menunjukkan sedikit kontak mata, namun ia tidakmemberikan respon ketika namanya dipanggil. Tindakan agresif atau hiperaktif, menyakiti dirisendiri, acuh, dan gangguan motorik yang stereotipik cenderung agak sulit untuk dikendalikantetapi masih bisa dikendalikan.

c). Autisme berat

Pada tahap ini, anak autisme menunjukkan tindakan-tindakan yang sangat tidak terkendali.Biasanya anak autisme memukul-mukulkan kepalanya ke tembok secara berulang-ulang danterus-menerus tanpa henti. Ketika orang tua berusaha mencegah, namun anak tidakmemberikan respon dan tetap melakukannya, bahkan dalam kondisi berada dipelukan orangtuanya, anak autisme tetap memukul-mukulkan kepalanya. Ia baru berhenti setelah merasakelelahan kemudian langsung tertidur. Ciri-ciri autism

Ciri-ciri kanak-kanak autisme ialah:

a) Tidak mampu bersosial Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti: 1. Tidak menghiraukan orang lain. 2 Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain. 3. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap. 4. Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).

5. Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran. 6. Lebih suka bermain sendiri. 7. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi 1. Lambat bercakap. 2. Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang. 3. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik. 4. Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot. 5. Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap). 6. Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya. 7. Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang dewasa.

c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan. Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek. Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan. Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulangulang. Tidak boleh duduk diam. Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa

d. Masalah tingkah laku 1. Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri. 2. Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain. 3. Tidak tahu bersosial jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.

4. Aktif tetapi berperangai pelik kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati.

Ada ibu bapa kecewa selepas gagal mengubah anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.Kanakkanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan, kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun,

biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri. Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanakkanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.

Interversi awal

Intervensi awal yang dapat dilakukan melalui terapi bermain. Seperti yang diketahui, setiap individu mempunyai sesuatu benda yang amat diminatinya. Permainan yang digunakan untuk membuat terapi hendaklah merupakan permainan berdasarkan minat kanak-kanak tersebut. Secara tidak langsung, terapi ini akan membentuk kemahiran komunikasi dan sosial dalam diri mereka. Terapi ini dapat memberi impak yang hebat kerana melalui terapi bermain ini, mereka dapat membantu kanak-kanak autisme memahami perasaan mereka, persekitaraan dan hubungan mereka dengan ibubapa, adik beradik dan rakan. Hal ini kerana melalui terapi ini, kanak-kanak autisme berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti yang diminati oleh mereka sekaligus berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak memberi tekanan mental pada mereka dan mewujudkan perasaan riang, senyum dan ketawa dalam diri kanak-kanak ini. Selain itu, intervensi awal yang dapat dibuat ialah rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Penggunaan ubatan Ritalin dapat mengatasi masalah kurang tumpuan dan hiperaktif didalam diri kanak-kanak autisme ini. Malah, dengan pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autisme. Intervensi awal yang dapat dilakukan dengan menyediakan program pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan

kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif. Matlamat utama intervensi ini dapat membantu kanak-kanak autisme dari aspek pengurusan tingkah laku. Seterusnya, terapi integrasi sensori juga merupakan salah satu intervensi awal yang dapat dilakukan. Cara terapi ini dijalankan ialah kanak-kanak autisme ini dibenarkan bermain dengan pelbagai tekstur seperti tanah liat, pasir, bongkah kayu dan sebagainya. Selain itu, permainan seperti bermain buaian mahupun duduk di atas tilam air mampu membantu kanak-kanak itu bertindak balas dengan baik terhadap maklumat sensori tanpa perlu terlalu gembira. Terapi yang dijalankan ini, bermatlamat bukan untuk mengajar kemahiran tetapi untuk membantu meningkatkan kemahiran motor sensori sekaligus kemahiran motor halus dan kemahiran mengurus diri. Intervensi awal haruslah disertai dengan khidmat sokongan Khidmat sokongan yang dapat dilihat adalah daripada tiga pihak iaitu kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta guru mahupun keluarga. Khidmat sokongan daripada kerajaan ialah wujudnya kementeriankementerian berkaitan pendidikan khas. Sebagai contoh, Kementerian Kebajikan Masyarakat yang diwujudkan untuk bertanggungjawab ke atas pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. Selain itu, Akta Pendidikan 1991 disemak semula kemudian digantikan dengan Akta Pendidikan 1996 yang mempunyai satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang salah satunya menyarankan menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan menteri suaimanfaat. Khidmat sokongan seterusnya daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO). Khidmat sokongan yang ditubuhkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) ini menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti untuk menyedarkan ibubapa dan masyarakat mengenai kanak-kanak

berkeperluan khas ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berjaya menarik ramai ibubapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka di pusat-pusat tertentu yang telah disediakan. Secara tidak langsung, bilangan guru pendidikan khas serta bilangan kelas pendidikan khas semakin bertambah. Hal ini menunjukkan kesedaran pelbagai pihak terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini dari segi pendidikan, kemudahan dan lain-lain. Antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam penyediaan pendidikan khas ini adalah Pusat Bimbingan Sinaran Matahari,

Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa. Antara penyediaan pendidikan khas ialah menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di antara umur 2 16 tahun. Khidmat sokongan yang terakhir ialah daripada guru dan keluarga iaitu ibubapa. Sebagai seorang guru pendidikan khas, guru tersebut haruslah memahami keperluan kanakkanak tersebut. Hal ini kerana dengan memahami keperluan serta perbezaan mereka, guru tersebut mampu meningkatkan pengurusan diri mereka. Pendekatan pembelajaran yang digunakan bagi setiap kanak-kanak haruslah berbeza-beza dan mengikut minat mereka. Ibubapa pula memainkan peranan yang amat penting dalam mengajar anak mereka mengenai cara mengurus diri semasa di rumah. Ini kerana kadang kala, kanak-kanak berkeperluan khas ini lebih selesa belajar dengan ibubapa mereka. Misalnya, apabila melipat kain. Kita boleh mengajar kanak-kanak tersebut mengenai warna pada pakaian tersebut ataupun bilangan pakaian. Ibubapa tersebut mungkin boleh meminta anak mereka mengira pakaian yang telah dilipat ataupun pakaian yang belum dilipat. Ibubapa juga boleh memperkenalkan sesuatu yang baru kepada kanak-kanak tersebut sebagai contoh memperkenalkan jenis-jenis pakaian seperti baju kurung, seluar dan sebagainya.

Palsi Serebral (Cerebral Palsy)

Pengenalan

Perkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan mereka. Ini berbeza dengan merekayang menghadapi masalah Cerebral Palsy kerana pergerakan otot-otot mereka gagal berfungsi secara normal dan juga akan menyukarkan kanakkanak terbabitmelakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianyaseperti berjalan, merangkak dan memegang barang. Kebanyakkan masalah Cerebral Palsy terdiri daripada kategori Spastik.

Definisi CELEBRAL bermaksud OTAK. Manakala PALSY membawa erti KURANG atau TIDAK BERUPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTAK. Definisi palsi selebral adalah kecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia. Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf ini lazimnya berlaku sebelum,semasa dan di peringkat awal bayi iaitu ketika bahagian otak kanak-kanak pesat berkembang. Cerebral Palsy atau dikenali sebagai CP dikatakan satu keadaan dimana berlakunya kecederaan pada otak seperti mana yang kita ketahui, otak mengawal segala pergerakan dalam badan kita. Kecederaan ini boleh berlaku semasa kandungan masih berada dalam rahim, selepas kelahiran ataupun pada bilabila tahap asalkan berlaku kecederaan dalam otak. Cerebral bermaksud sebahagian dalam otak manusia manakala Palsy bermaksud kelemahan atau masalah menggunakan otot-otot (Winnick, 2005).

Ciri-ciri Palsi Serebral

Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral athetiod, palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal. Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi. Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalah otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk. Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik,mereka berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran. Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi penjagaan diri sendiri. Interversi awal

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang

mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

Rawatan Terapi Fizikal Matlamat daripada rawatan ini adalah untuk meningkatkan keseimbangan dan pergerakan. Ini bermanfaat membantu otot-otot untuk bergerak secara teratur dan mencegah kaki dan otot-otot menjadi tetap dalam posisi normal. Terapi ini termasuklah mengajar kanak-kanak berjalan, menaiki tangga, berlari, pengendalian kerusi roda, menendang dan cara menungang basikal. Terapi fizikal merupakan langkah pertama yang digunakan bagi Cerebral Palsy. Psikoterapi / Kelakuan Rawatan ini akan menggunakan psikologi bagi mendorong perkembangan otot dan imbangan badan.Hal ini juga bermanfaat menguatkan tabiat positif pada pesakit. Selalunya, itu dilakukan bersama-sama dengan jenis lain daripada Cerebral Palsy seperti terapi fizikal atau terapi percakapan. Kadang-kala, orang yang menggunakan rawatan jenis ini adalah untuk memotivasi pesakit dalam menghadapi rintangan. Bahasa / Terapi Pertuturan Pesakit cerebral palsy biasanya mempunyai masalah untuk bercakap kerana terdedah kepada air liur yang sukar dikawal disebabkan oleh kurangnya kawalan pada rahang. Oleh kerana itu, bahasa / terapi Pertuturan boleh digunakan sebagai salah satu Cerebral Palsy. Ini akan membantu membina kemahiran komunikasi dan memperbaiki keupayaan menguyah dasar seperti menelan atau mencegah air liur dari meleleh. Bagi mereka yang tidak boleh bercakap, rawatan ini dapat membantu pesakit belajar cara untuk berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat atau alat komunikasi yang lain. Terapi Perkerjaan Rawatan ini menumpukan pada imbangan badan-imbangan badan yang lebih kecil daripada tubuh seperti tangan, kaki dan wajah. Matlamat daripada terapi ini merupakan bagi mengajar pesakit cerebral palsy tentang cara mengendalikan peralatan makan dan perkakas kecil yang lain seperti pensil dan pen dengan betul. Selain itu, kemahiran hidup harian seperti mengikat kasut, makan dan berpakaian juga bermanfaat diajarkan dan dipupuk.

Terapi Ubatan Rawatan ubatan selalunya melibatkan pengambilan ubat ini bagi mengawal spastisitas, mengurangkan gerakan abnormal imbangan badan, atau bagi mencegah / mengawal kekejangan. Selain itu, pesakit cerebral palsy ini selalu diserang oleh rasa kekejangan dan akan diberikan beberapa jenis ubat-ubatan untuk melawan jenis-jenis kekejangan tersebut. Sehingga sekarang, tiada ubat yang dapat menyembuhkan sindrom cerebral palsy tetapi hanya dapat mengawal keadaan. Terapi hidro/air Sesuai untuk perkembangan fizikal melalui pergerakan motor halus dan kasar. Ransangan air membolehkan pesakit merasa tenang. Aktiviti dalam air dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui regangan dan seterusnya melembutkan fungsi-fungsi sendi & meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot.

Pembedahan/Surgery Pembedahan hanya akan dijalankan sekiranya perlu. Contohnya mereka yang berjalan menggunakan hujung kaki Pembedahan orthopedic untuk memanjangkan urat kaki akan dilakukan. Ini membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah berjalan dan kawalan keseimbangan. Peralatan (special equipment) Penggunaan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak cerebral palsy. Ianya bertujuan untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti rawatan/pemulihan. Contohnya kerusi roda dan walker

RUJUKAN

Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur. Quantum Books. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Garciulo R.M .2003. Special Education in Contemporary Society: An Introduction to Exceptionality. United State. Wadsworth Thomson Learning. Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hajah Hasnah Udin & Hajah Aishah Hj. Jaafar .1992. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP/Kementerian Pelajaran Malaysia. Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd. Li, Moore & Dennis. 1998. Acceptance of Disability and Its Correlates. Journal of Social Psychology, 138(1), 13-26. Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai