Anda di halaman 1dari 5

PCK 1 : Kerja Dan Mesin

Hasil pembelajaran : Untuk membina mesin ringkas dan kompleks.

Masalah : Bagaimana membina mesin ringkas dan mesin kompleks

Radas dan bahan :Satah condong, beban, takal dan blok kayu.

Prosedur :

Aktiviti 1

Hipotesis : Semakin bertambah panjang satah condong, semakin berkurang


daya yang diperlukan untuk menolak beban.

1. Dua satah condong didirikan seperti rajah di bawah:

Beban yang sama telah ditolak ke atas satah condong itu untuk mencari satah
condong yang manakah lebih mudah digunakan untuk menolak beban.

Apabila panjang satah condong itu digandakan, kelebihan mekanikalnya akan


bertambah.

Keputusan:

Satah condong dengan kepanjangan 1 meter lebih senang untuk menolak beban
berbanding satah condong dengan kepanjangan 0.5 meter

Aktiviti 2
Hipotesis : Semakin bertambah bilangan takal yang digunakan, semakin berkurang
bilangan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban.

1. 4 set takal dibina dengan beban yang sama diletakkan seperti rajah di bawah.

2. Pemerhatian direkodkan

Keputusan :

1 (Paling Mudah) 2 (Mudah) 3 (Sukar) 4 (Paling Sukar)


D C B A

Aktiviti 3
Hipotesis : kerja memetik buah dari pohon yang tinggi lebih mudah jika
menggunakan sistem mesin ringkas seperti takal.

1. Satu mesin ringkas dibentuk menggunakan sistem takal yang menggabungkan


takal dan tali. Hal ini adalah untuk memastikan buah tidak jatuh dan rosak dari
ketinggian yang tidak dapat dicapai tangan.

Perbincangan:

Berdasarkan eksperimen 1, satah condong yang lebih panjang menggunakan daya


yang lebih kurang untuk menolak beban berbanding menggunakan satah yang
mempunyai jarak yang pendek. Hal ini kerana satah condong yang panjang
memberikan kelebihan mekanikal yang tinggi berbanding satah yang pendek. Oleh itu,
kurang daya diperlukan unuk menolak beban pada satah condong yang panjang.

Bagi eksperimen 2 pula, takal D merupakan takal yang paling mudah untuk
mengangkat beban berbanding takal A,B dan C. Hal ini kerana takal D menggunakan
dua takal menyebabkan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah lebih
kecil berbanding takal A dan B yang menggunakan 2 takal. Takal D memerlukan daya
yang kurang daripada separuh berat beban iaitu F = 1/3 W. Manakala takal A
memerlukan daya yang sama dengan berat beban iaitu F=W menyebabkan menjadi
takal yang paling susah untuk mengangkat beban. Set takal D lebih mudah untuk
mengangkat beban berbanding set takal C walaupun kedua-duanya mempunyai dua
takal kerana set takal D mempunyai kelebihan mekanikal iaitu 3 berbanding set takal C
yang hanya mempunyai 2. Oleh itu, susunan takal yang paling mudah ialah D,C,B dan
A.
Menguasai pengetahuan dan kemahiran soalan :

1. Apakah yang telah dipelajari daripada aktiviti ini?


Hasil pembelajaran yang telah saya perolehi ialah

a) Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat


atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerakan atau
meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban
b) Takal ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai alur,
mengelilingi bulatannya di antara bibir roda tersebut.
c)  Takal mengubah arah daya, membuatkan ia lebih mudah untuk mengangkat
objek ke paras yang lebih tinggi. 
d) Takal bergabung ialah kombinasi takal tetap dan takal bergerak dalam satu
sistem takal.Ia mengubah arah gerakan daya.Takal bergabung memudahkan
kerja yang dilakukan kerana daya yang diperlukan untuk mengangkat beban
adalah kurang daripada separuh berat beban
e) Satah condong merupakan sebarang permukaan condong atau bersudut. Satah
condong adalah mesin ringkas yang memudahkan kita untuk mengalihkan objek
dari tempat yang rendah ke tempat yang lebih tinggi.

2. Bahagian mana dalam sains kurikulum yang mengajar topik ini?

a) Darjah 6, mesin ringkas. Tuas, takal, gear, dan satah condong.

3. Bincangkan bagaimana kita boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran


dan pembelajaran?
-menggaplikasikan sistem takal atau satah condong dalam kehidupan harian
murid-murid.
-memberikan 2 permasalahan untuk diuji oleh murid-murid.

Permasalahan 1:

a) Bagaimanakah untuk mengangkat barang yang berat ke dalam lori?

Prosedur:

I. Guru menyediakan satah yang mempunyai panjang yang berbeza, beban


dan spring newton kepada setiap kumpulan.
II. Setiap kumpulan mendirikan radas.
III. Spring newton digunakan untuk mengukur daya yang digunakan.
Eksperimen diulang menggunakan papan yang berbeza.
IV. Data dan pemerhatian dicatatkan.
V. Guru menerangkan konsep dan aplikasi pada masalah tadi.

4. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

a) Sebagai pembimbing dan pemudah cara.

Kesimpulan:

Hipotesis diterima.

1. Semakin bertambah bilangan takal yang digunakan, semakin berkurang


bilangan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban.

2. Semakin bertambah panjang satah condong, semakin berkurang daya yang


diperlukan untuk menolak beban.

Anda mungkin juga menyukai