Anda di halaman 1dari 4

Lesson29

Bab 10: Mesin Ringkas

10.1: Tuas

1. Tuas
a. ialah suatu mesin ringkas
b. membolehkan suatu daya kecil mengatasi beban berat
c. boleh digunakan untuk mengangkat objek berat
d. membuatkan kerja lebih mudah

2. Suatu tuas mempunyai tiga bahagian:


a. Fulkrum (F) titik pusingan atau pangsi
b. Daya (E) daya yang dikenakan untuk mengatasi
suatu rintangan daya yang dipanggil beban
c. Beban (L) daya rintangan yang dikenakan oleh
suatu objek

3. Tuas dapat dikelaskan kepada


a. kelas pertama
b. kelas kedua
c. kelas ketiga

4. Tuas kelas pertama


a. Fulkrum terletak di antara daya dan beban.
b. Daya kecil digunakan untuk menggerakkan beban besar
c. Daya adalah lebih jauh daripada fulkrum berbanding
beban.
d. Daya melalui jarak yang lebih panjang berbanding
beban.

Augustine Tan 1
5. Tuas kelas kedua
a. Beban terletak di antara fulkrum dan daya.
b. Daya kecil digunakan untuk menggerakkan beban besar.
c. Daya berada lebih jauh dari fulkrum berbanding beban.
d. Daya melalui jarak yang lebih panjang berbanding beban.

6. Tuas kelas ketiga


a. Daya terletak di antara fulkrum dan beban.
b. Suatu daya yang besar digunakan untuk menggerakkan
suatu beban kecil.
c. Beban terletak lebih jauh dari fulkrum berbanding dengan
daya.
d. Beban melalui jarak yang lebih panjang berbanding dengan daya.

7. Apabila kita melonggarkan skru dengan menggunakan sepana, daya yang dikenakan
mempunyai suatu kesan putaran pada sepana.
8. Kesan putaran daya ini dikenali sebagai momen daya.

Augustine Tan 2
9. Dalam Rajah 10.8,
a. adalah lebih mudah untuk melonggarkan skru jika anda memegang sepana pada
kedudukan P berbanding Q kerana kesan putaran adalah lebih besar.
b. adalah lebih senang untuk melonggarkan skru jika daya yang lebih besar dikenakan
pada P untuk menyebabkan kesan putaran yang lebih besar.
10. Kesan putaran atau momen daya adalah dipengaruhi oleh:
a. magnitud daya yang dikenakan
b. kedudukan di mana daya dikenakan
11. Unit S.I. bagi pengukuran momen daya ialah Newton-meter (N m).

12. Momen daya boleh dikira dengan menggunakan formula di bawah:

13. Dalam Rajah 10.10, apabila tuas dalam keseimbangan, jumlah momen lawan jam di sekitar
suatu titik adalah sama dengan jumlah momen ikut jam.
14. Prinsip momen dapat diwakili oleh formula berikut:

Augustine Tan 3
10.2: Menghargai Usaha Inovatif dalam Mereka Bentuk Mesin untuk
Memudahkan Kerja

1. Manusia menggunakan prinsip tuas untuk mereka cipta mesin-mesin.


2. Usaha-usaha inovatif dalam mereka cipta mesin-mesin membuatkan kerja kita lebih
mudah.
3. Mesin-mesin kompleks membantu kita dalam melaksanakan kerja-kerja yang sukar dan
menjemukan.
4. Contoh-contoh mesin yang berasaskan pada prinsip tuas adalah kren, mesin taip, pemijak
kaki pada tong, playar, pemotong kertas dan stapler.

Augustine Tan 4

Anda mungkin juga menyukai