Anda di halaman 1dari 6

Bab 10 - Mesin Ringkas (Simple Machines)

Tuas adalah mesin ringkas (simple machine) yang boleh membantu kita
melakukan kerja dengan lebih mudah.

Tuas (lever) adalah suatu batang/bar tegar (rigid bar) yang


boleh bergerak/berputar bebas pada satu titik tetap yang
dipanggilfulkrum (fulcrum) apabila suatu daya (effort) dikenakan
keatasnya untuk mengatasi daya lain yang menentang yang dikenali
sebagai beban (load).

Tuas digunakan untuk memberikan kelebihan mekanikal (mechanical


advantage) dalam menghantar atau mengubah (transmitting or
modifying) daya dan gerakan.

Sistem tuas (lever system) membolehkan suatu beban yang berat


dipindahkan dari satu titik ke titik yang lain dengan menggunakan daya
(effort) yang minima. Ini boleh membantu mengurangkan tenaga.

Tuas.

Tuas boleh dikelaskan kepada 3, iaitu:

1 Tuas kelas pertama (first class levers)


2 Tuas kelas kedua (second class levers)
3 Tuas kelas ketiga (third class levers)
Perbezaan antara kelas-kelas tuas adalah berdasarkan kedudukan beban
(load), daya (effort) dan fulkrum (fulcrum).

Setiap kelas tuas mempunyai dua daya, iaitu, beban (load) dan
daya/usaha (effort).

Jarak diantara beban dan fulkrum dipanggil jarak beban (distance of


load, symbol: l).

Jarak diantara daya (effort) dan fulkrum dipanggil jarak daya (distance of
effort, symbol: e).

Tuas Kelas Pertama


Tuas kelas pertama mempunyai fulkrum yang terletak di antara beban
dengan daya.

Tuas kelas pertama membolehkan suatu beban diatasi dengan


suatu daya yang kecil.

Beban dan daya bertindak pada arah yang sama, iaitu ke bawah, sepeti
yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Tuas kelas pertama.

Bagi tuas kelas pertama, sistemnya adalah:

 Untuk menghasilkan daya yang lebih besar jarak daya dari fulkrum
mesti melebihi jarak beban dari fulkrum.
 Jarak yang dilalui oleh daya adalah lebih besar daripada jarak yang
dilalui oleh beban untuk membolehkan suatu beban diatasi
dengan suatu daya yang kecil.
Mesin seperti gunting dan playar dibina berasaskan dua sistem tuas
kelas pertama.

Contoh tuas kelas pertama: Gunting.

Tuas Kelas Kedua

Bagi tuas kelas kedua (second-class lever):

 Beban terletak di antara fulkrum dan daya.


 Daya dan beban bertindak pada arah yang bertentangan.

Tuas kelas kedua.

Daya sentiasa lebih jauh daripada fulkrum jika dibandingkan dengan


beban. Hal ini membenarkan daya yang kecil digunakan untuk
mengangkat beban yang besar.
Contoh alat-alat yang menggunakan prinsip tuas kelas kedua dalam
kehidupan harian adalah:

 Pemotong kertas.
 Pembuka penutup botol.
 Kacip buah keras.
 Kereta sorong.
 Mengangkat penutup enjin kereta.

Contoh alatan (kereta sorong) yang menggunakan


prinsip tuas kelas kedua.

Tuas kelas ketiga ( third class lever)

- mempunyai daya (effort) terletak di tengah-tengahnya.


Contoh alat-alat yang menggunakan prinsip tuas kelas ketiga dalam
kehidupan harian adalah:

 cangkul
 penyapu
 joran

Anda mungkin juga menyukai