Anda di halaman 1dari 5

Soalan Sederhana

1. Apakah maksud mesin kompleks?

Jawapan: mesin kompleks ialah alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin
ringkas.

2. Rajah 2 menunjukkan gear pada basikal Wardina

Gear L

Rantai
Gear M
Apakah yang berlaku apabila rantai dipindah dari gear L ke gear M?
A. Kelajuan bertambah
B. Kelajuan berkurang
C. Daya kayuhan berkurang
D. Jarak perjalanan lebih singkat

Jawapan: B. Kelajuan berkurang

3. Tiga model dengan luas tapak yang sama, X, Y dan Z diletakkan di atas meja seperti yang
ditunjukkan dalam rajah dibawah. Meja digoyangkan dan masa untuk setiap model
tumbang direkodkan.

Model X Y Z
Masa untuk tumbang (saat) 10 6 3

a) Nyatakan model manakah yang paling stabil?

b) Berikan inferens berdasarkan soalan a

Jawapan:
a) Model X
b) Kerana masa yang di ambil oleh model X untuk tumbang paling lama berbanding
model yang lain.
4. Rajah menunjukkan dua kaedah membajak sawah padi dan masa yang diambil untuk
membajak sawah padi. Saiz sawah padi adalah sama.

a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

b) Nyatakan Pembolehubah diMalarkan:

Jawapan:
a) Untuk menyiasat hubungan antara kaedah membajak sawah padi dan masa yang
diambil untuk membajak sawah padi.
b) Saiz sawah padi

5. Abu dan Ahmad menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji kecekapan suatu sistem tuas
Mereka menggunakan batu bata untuk mengangkat beban. Jarak fulkrum dari beban
diubah dan bilangan batu bata yang diperlukan untuk mengangkat beban dicatat.
Jarak fulkrum dari beban (cm) 15 25 35 45 55
Bilangan batu bata diperlukan untuk 4 6 8 10 12
mengangkat beban

a) Berikan 2 maklumat berdasarkan penyiasatan ini.

b) Nyatakan hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah


bergerakbalas.

Jawapan:
a) Jarak fulkrum dari beban dan bilangan batu bata yang diperlukan untuk
mengangkat beban.
b) Semakin bertambah jarak fulkrum dari beban, semakin bertambah bilangan batu
bata diperlukan untuk mengangkat beban. /
Semakin berkurang jarak fulkrum dari beban, semakin berkurang bilangan batu
bata diperlukan untuk mengangkat beban.

6. Gerudi tangan terdiri daripada gabungan beberapa mesin ringkas. Nyatakan mesin ringkas yang
terdapat pada gerudi tangan ini.

Jawapan: Roda dan gandar, skru, baji

7. En. Talib ingin mencantumkan dua keping papan dengan menggunakan skru. Skru yang
mempunyai lebih bebenang lebih mudah digerudikan ke dalam papan dengan
menggunakan pemutar skru berbanding skru yang mempunyai kurang bebenang. Mengapa?
Jawapan: kerana kurang daya diperlukan untuk menggerudikan skru yang
mempunyai lebih bebenang.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan mesin ringkas?


A. Mesin yang mengurangkan jisim beban yang diangkut
B. Mesin yang meningkatkan kestabilan dan kekuatan objek.
C. Mesin yang membolehkan kita membuat banyak kerja pada masa yang sama.
D. Mesin yang membolehkan kita melakukan kerja dengan lebih cepat dan mudah.

Jawapan: D. Mesin yang membolehkan kita melakukan kerja dengan lebih cepat dan
mudah.

9. Apakah kepentingan penciptaan mesin yang lestari?

Jawapan: Memudahkan dan mempercepat kerja tanpa mencemarkan alam sekitar.

10. Nyatakan mesin ringkas yang terdiri daripada roda atau silinder bergigi

Jawapan: Gear

Anda mungkin juga menyukai