Anda di halaman 1dari 33

Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif.

Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.(Atan Long,1980) Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif serta bahasa.

Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

KESIMPULAN: Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma

PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Aspek Proses pertumbuhan (Perubahan kuantitatif) Proses perkembangan (Perubahan kualitatif)

Jasmani Tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambah Bertambah kemahiran menggunakan anggota

spt mengangkat, berjalan, berlari dan melompat Mental Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Sosial Mula berinteraksi dgn ahli-ahli bukan keluarga spt jiran, rakan sebaya dan guru. Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan disiplin kumpulan serta penyesuaian dgn rakan sebaya. Emosi Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya. Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MANUSIA

Faktor Endogen(dalam individu) v Dibawa oleh individu sejak dlm kandungan hingga kelahiran. v Faktor keturunan atau pembawaan v Cth: Baka Faktor Rh darah Pemakanan Kesan X-Ray Kesihatan Ibu Emosi Ibu Dadah dan Alkohol Umur Ibu Merokok Teratogenik dan Penyakit Ibu

Faktor Eksogen v Faktur yg datang dari luar diri individu.

v Cth: Pemakanan Keluarga Rakan Sebaya Sekolah Tempat Tinggal Media Elektronik dan Sebaran Am Pusat Ibadat Persekitaran Dunia

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Ciri Perkembangan

Proses yg berterusan sepanjang hayat Orang tua berumur 80 thn mengalami proses perubahan dari segi mempelajari cara berinteraksi dgn cucunya Proses perubahan yg berlaku akibat tindakan saling kait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran Apabila kaki kanak-kanak telah kuat dan mampu memikul berat badan sendiri, barulah dia bersedia utk belajar berjalan Perubahan yg dialami adalah dari segi fungsi jasmani, emosi, mental dan sosial. Kanak-kanak yg belajar merangkak, meluahlan perasaan gembira, mempelajari bertutur dan bergaul dgn kanak-kanak lain. Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had per-kembangan, manakala persekitaran akan me- nolong perkembangan mencapai tahap yg maksimum. Kanak-kanak yg dilahirkan dgn bakat melukis tetapi tanpa persekitaran yg memupuk bakat ini mungkin tidak boleh mencapai potensinya sebagai pelukis. Proses perubahan ke arah sifat yg sejagat dan mengikut aturan semula jadi serta menuju ke arah tertentu dan dijangkakan. Kanak-kanak di dunia boleh merangkak pada peringkat umur satu tahun, berjalan pada umur dua tahun dan bertutur pada umur tiga tahun.

Ada tugas terdapat dlm semua kebudayaan dan timbul pada masa lebih kurang sama walaupun dlm kebudayaan yg berlainan. Kanak-kanak dari kebudayaan yg berlainan dapat belajar berjalan sebelum mencapai umur dua tahun. Ada tugas yg wujud pada umur yg berlainan mengikut kebudayaan atau kelas sosial. Dalam kebudayaan Malaysia, tugas perkahwinan berlaku lebih awal dikalangan kelas sosial bawahan berbanding dgn kelas pertengahan. Ada tugas yg berkait rapat dgn kebudayaan. Kanak-kanak negara membangun bekerja pada umur 15 thn atau kurang berbanding negara Barat pada umur 18 thn atau lebih. Ada tugas yg wujud mengikut keperluan kebudayaan Di negara Barat terdapat ramai pemandu lori atau bas wanita Ada tugas yg dipelajari sedikit demi sedikit dan memakan masa yg agak lama Individu belajar peranan jantina dari peringkat awal kanakkanak dan awal dewasa hingga berkahwin. Ada tugas yg perlu dipelajari sekali sahaja. Kanak-kanak perlu belajar berjalan sekali sahaja.

Teori-Teori Perkembangan Manusia

Teori Psikoanalisis Sigmund Freud Tiga alam kesedaran: i) alam sedar--pemikiran, perasaan dan ingatan. ii) alam pra-sedar--pengalaman, ingatan persepsi dan perasaan. iii) alam tidak sedar--bahagian terbesar dan pendorong asas kpd tingkah laku. Mengandungi semua naluri serta keinginan manusia.

Tiga elemen perkembangan personaliti manusia; i) Id--mementingkan keseronokan, diwarisi, gejala bawah sedar, tenaga primitif, tidak rasional dan berkehendakkan kepuasan. ii) Ego--mengutamakan pemikiran logik, berkembang secara berperingkat, elemen tahap sedar, penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan diri. iii) Superegomenyerupai hati nurani, kawal ego dan id, bermoral, berkembang kerana pengaruh persekitaran, mengawal tingkah laku mengikut peraturan masyarakat,ada ganjaran dan hukuman.

Peringkat Perkembangan Mengikut Sigmund Freud

Umur Peringkat 0-18 bulan Oral 2-4 tahun Anal 4-6 tahun Falik 6-12 tahun Latensi 12 tahun ke atas Genital

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Dua proses utk membina kefahaman: i)Organisasi ii)Adaptasi

Dua cara proses adaptasi: i)Proses asimilasi-menambah maklumat baru ii)Proses akomodasi-mengubahsuai skemata sedia ada utk memahami maklumat baru.

Bila berlaku ketidakseimbangan kena buat organisasi atau adaptasi semula pada skemata utk mendapat keseimbangan.

Peringkat Perkembangan Kognitif Mengikut Jean Piaget

Umur Peringkat & Cara Berfikir

0-2 tahun Deria motor Mengguna deria motor dan deria yg lain meninjau dan memahami persekitaran 2-7 tahun Praoperasi Berfikir secara simbolik utk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan. 7-11 tahun Operasi konkrit Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh selesai masalah secara cuba-jaya 12 tahun ke atas Operasi formal Berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan akibat jangka panjang sesuatu aksi.

Teori Perkembangan Psikososial Erikson

Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah berdasarkan lima prinsip,iaitu : Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. Perkembangan manusia mengikut tahaptahap yang tertentu.

Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.

Tahap Perkembangan Manusia Berdasarkan Teori Erikson

Tahap Peringkat Umur & Konflik Pertama 0-18 bulan Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya Kedua 18 bulan-3 tahun Tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi Kelima 12 tahun-20 tahun

Tahap indentity lawan kekeliruan peranan Keenam 20 tahun-40 tahun Tahap intimasi lawan pengasingan diri Ketujuh 40 tahun-60 tahun Tahap generativiti lawan stagnasi Kelapan 60 tahun ke atas Tahap intergriti ego lawan putus asa

Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial Kognitif

Teori Behaviorisme menekankan tingkah laku yg dapat dilihat dan diukur. Perubahan berlaku kerana pengalaman Benda yg wujud boleh dilihat dan diperhatikan Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian boleh dibuat terhadap perlakuan yg dizahirkan. Tiga versi utama pendekatan behaviorisme ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan Skinner dan Teori Sosial Kognitif Bandura

Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Dipelopori oleh Ivan P. Pavlov. Kajian terhadap sistem pencernaan anjing menghasilkan konsep ransangan dan gerak balas. Ransangan ialah sebarang bentuk tenaga yg menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yg timbul akibat ransangan. Pembelajaran yg berlaku akibat kaitan antara ransangan dengan gerak balas dinamakan pelaziman. Pembelajaran yg berlaku akibat dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik. John B. Watson(1878-1958) membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan

Teori Pelaziman Operan Skinner

B.F. Skinner(1904-1990) menyatakan perlakuan harus diperhati dlm jangka masa yg panjang. Membentuk perlakuan yg kompleks drp perlakuan yg mudah. Menjalankan kajian menggunakan tikus dan burung merpati. Menghasilkan Skinner Box. Skinner(1953) berpendapat gerak balas boleh dikuatkan(diulang) atau dihapuskan(tidak diulang) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Faktor ganjaran(peneguhan positif) dan dendaan(peneguhan negatif) boleh membentuk perkembangan individu

Teori Pembelajaran Sosial: Bandura(1977)

Teori Pembelajaran Sosial: Bandura(1977) Merupakan teori kognitif sosial(Bandura, 1986) yg menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ajen penentu persekitaran. Teori pembelajaran ini menekankan peranan kognitif dan persekitaran dlm perkembangan. Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan

Empat langkah proses peniruan oleh Bandura:

(i)Tumpuan kpd tingkah laku model (attention). (ii)Penyimpanan iaitu mengenkod peristiwa itu dlm sistem ingatan (retention). (iii)Mengingat atau menghasilkan apa yg disimpan dlm bentuk tingkah laku (reproduction). (iv)Motivasi (motivation) yg secukupnya utk menghasilkan tingkah laku, cth pemberian peneguhan.

Teori Ethologi Lorenz

Mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dlm keadaan semula jadi. Evolusi dan faktur biologi berperanan penting dlm perkembangan manusia dan pengalaman awal individu adalah penting. Lorenz(1965) memerhati tingkah laku sekumpulan anak angsa. Kesimpulannya kita tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhati tingkah laku dlm persekitaran semula jadi mereka.

John Bowlby(1969,1989) mengaplikasikan teori ethologi dlm teori perapatan (Theory of Attachment) menyatakan semua haiwan termasuk manusia dilahirkan dgn program biologi yg boleh menghasilkan isyarat yg membawa kpd perkembangan tingkah laku sosial spt perapatan. Perapatan bermaksud kasih sayang yg kuat yg mengikat seseorang kpd seorang yg lain. Hubungan perapatan yg kuat semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu.

Teori Perkembangan Ekologikal

Menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organisma. Dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979) yg melihat persekitaran ekologikal manusia berdasakan hubungannya dgn konteks di mana individu itu berinteraksi. Lima sistem persekitaran ekologikal ialah:

(a) Sistem Mikro (d) Sistem Makro (b) Sistem Meso (e) Sistem Krono (c) Sistem Ekso

(a)Sistem Mikro ialah persekitaran yg paling hampir dgn individu, cth rumah dan bilik darjah. (b)Sistem Meso merujuk kpd hubungan individu dgn individu lain dlm persekitaran di mana individu itu berkembang, cth rumah, sekolah dan jiran. (c)Sistem Ekso merujuk kpd keadaan yg tidak melibatkan individu secara langsung, tetapi mempengaruhi sistem individu dan keluarga, cth tempat kerja ibu bapa. (d)Sistem Makro ialah persekitaran yg abstraks, merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi. (e)Sistem Krono merujuk kpd peristiwa dan transisi yg berlaku dlm persekitaran individu sepanjang hayatnya.

Teori Perkembangan Arnold Gesell

Arnold Lucius Gesell(1880-1961) mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses pembelajaran. Peringkat perkembangan berbeza kerana kadar pertumbuhan yg berlainan. Lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek lain yg membawa kpd perkembangan seterusnya.

Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst

Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yg sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu(Atan Long,1980). Tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu utk menambah penguasaan terhadap persekitaran(Newman dan Newman,1999)

Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.

Dlm kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yg telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal.

Perkembangan Kanak-kanak hingga remaja

Awal Kanak-kanak (0-6 tahun). (a)Perkembangan Fizikal dan Kognitif. Pertumbuhan ketinggian 12 inci setahun. Pertambahan berat badan 5 paun setahun. Panjang badan masa lahir 4 kali ganda panjang muka. Permulaan tahap ini kanak-kanak mempunyai semua gigi susu. 9-15 bulan : Berjalan, berlari dan melompat. Bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. 20-24 bulan: Menggabung perkataan utk menjadi suku kata. 2-4 tahun: Mengawal pembuangan kotoran. 5-6 tahun: Bersedia utk membaca. 6 tahun: Membentuk konsep baik dan buruk

Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget:

(i) Peringkat deria motor (0-2 tahun) Guna deria motor utk berinteraksi. Tidak mempunyai konsep kewujudan objek. (ii) Peringkat praoperasi (2-7 tahun) Guna simbol utk mewakili aspek persekitarannya. Pertuturan bersifat egosentrik. Belum dapat konsep kebalikan, pengekalan, dan transformasi. Pemikiran realisme, animisme dan artifisialisme

Perkembangan Sosial dan Emosi

Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial Erikson: (i)Percaya lawan tidak percaya (0-1 tahun) Kepercayaan pada persekitaran dan orang lain wujud bila bayi mendapat penjagaan yg baik dari penjaga terutama ibu. Memudahkan individu menghadapi masalah dan mencari jalan penyelesaian.

(ii) Autonomi lawan rasa malu atau sangsi (2-3 tahun) Mahu melakukan sesuatu dgn sendiri. Keinginan melakukan sesuatu secara bebas. Permulaan pembentukan perasaan keyakinan diri.

Ibu bapa perlu bagi galakan dan dorongan dan bantu menyelesai sesuatu tugas. Kawalan ketat dan dendaan menyebabkan timbul perasaan ragu-ragu dan tidak gemar mencuba sesuatu yg baru dan mencabar.

(iii) Inisiatif lawan rasa bersalah (4-5 tahun). Mula berinteraksi dan terdedah kpd persekitaran yg mencabar. Berinisiatif meneroka serta melakukan sesuatu yg baru bagi memenuhi naluri ingin tahu. Cuba melakukan sesuatu yg tidak setimpal dgn usianya kerana perkembangan kognitif dan fizikal telah bertambah. Kritikan dan dendaan menyebabkan wujud perasaan bersalah dan tidak berinisiatif.

2.6.2 Pertengahan Kanak-kanak (6-12 tahun)

(a)Perkembangan Fizikal dan Kognitif Menurut R. Havighurst: Mempelajari kemahiran fizikal utk permainan biasa. Membentuk sikap menjaga kebersihan badan dan konsep kendiri. Belajar menyesuaikan diri dgn rakan sebaya. Belajar bertingkah laku mengikut jantina. Pengalaman pembelajaran 3 M: membaca, menulis dan mengira. Memperoleh simpanan konsep yg mencukupi utk berfikir dan membuat keputusan dlm kehidupan. Membentuk taraf moral yg tinggi. Mencapai kebebasan diri. Membentuk sikap positif terhadap kumpulan sosial dan institusi.

Berdasarkan Teori Piaget: Kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot kecil dgn baik. Pertumbuhan mata lebih baik.

Pemikiran tidak lagi egosentrik. Pemusatan perhatian mula berkurangan. Mula faham konsep transformasi, kebalikan dan pengekalan. Berfikiran logik. Bentuk konsep ruang, kelajuan, sebab dan waktu. Dapat menguasai operasi siri dan boleh menaakul. Berupaya menggambarkan situasi yg mudah. Boleh menyiapkan tugasan. Menunjukkan ketabahan hati dan lebih teliti Gemar memerhati perkara dan situasi yg baru. Berupaya duduk dan mendengar. Bersikap ingin menilai. Mula mengambil tahu peristiwa dan tokoh sejarah.

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial Erikson: (iv) Industri (ketekunan) lawan rasa rendah diri. Kanak-kanak berada di sekolah rendah. Guru dan rakan sebaya mempengaruhi perkembangan. Pemikiran mencapai operasi konkrit. Berupaya membuat transformasi dan berfikiran logik. Melakukan tugasan dgn penuh minat dan tekun. Guru dan ibu bapa perlu bimbing kanak-kanak utk pupuk sikap rajin.

Jika dimarahi dan dikritik atau kerja tidak dihargai, kanak-kanak berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan pada kebolehan diri sendiri 2.6.3 Tahap Remaja (13-21 tahun)

(a)Perkembangan Fizikal dan Kognitif Havighurst berpendapat: Remaja mencapai perhubungan baru dgn rakan sebaya dari kedua jantina. Pencapaian akil baligh membawa kpd perubahan bentuk badan. Menerima peranan sosial mengikut jantina. Mencapai kebebasan emosi dan ekonomi drp ibu bapa atau orang dewasa. Perkembangan Fizikal dan Kognitif Bersedia utk pekerjaan dan menunjukkan minat utk memikul tanggung jawab. Mencapai satu set nilai dan sistem etika. Bersedia utk berkeluarga

Mengikut Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget: Remaja mencapai akil baligh-- pecah suara, pengeluaran sperma, kedatangan haid. Perubahan tubuh badan. Bimbang jika pertumbuhan fizikal kurang sempurna. Dari segi mental, remaja boleh menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak. Mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri. Mengaplikasi prinsip utk menyelesaikan masalah. Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah. Skemata akan bertambah. Dapat melihat kaitan antara situasi yg relevan ketika menyelesaikan masalah. Tidak bersikap autoritarian tentang pendapatnya. Menerima satu set kepercayaan dan nilai.

Dapat membezakan antara baik dan buruk.

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi

Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial Erikson: (v) Identiti lawan kekeliruan peranan (role confusion). Berusaha mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Sekiranya gagal, mula meragui peranan dan fungsi mereka dlm masyarakat. Dapat menyesuaikan diri dgn orang lain dan rasa diterima. Remaja yg mampu menyesuaikan diri mempunyai ciri-ciri spt suka bekerjasama, simpati, mudah akrab, disiplin dll. Remaja yg tidak mampu menyesuaikan diri mempunyai ciri-ciri spt suka menonjolkan diri, menipu, suka bermusuhan, egoistik, merendahkan orang lain, buruk sangka dsb.

2.7 Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru

Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian, Membantu pelajar memahami diri mereka sendiri, Membantu pendidik merancang objektif dan matlamat pembelajaran yg sesuai Merumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yg ditetapkan. Meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yg tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu. Merancang peneguhan yg sesuai dlm usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar.

Merancang pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap perkembangan pelajar. Prihatin dan sabar dlm membimbing pelajar. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Membuat intervensi utk mengatasi masalah pembelajaran pelajar. Berbincang dgn ibu bapa tentang langkah yg perlu dilakukan utk sama-sama mengatasi masalah pelajar.

Posted by Azizi Cyberspot

at 09:02 No comments:

Reactions:

Monday, 4 April 2011

PELAJAR MENINGGAL AKIBAT PUKULAN GURU

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan, katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku, katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti, katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undangundang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

DEFINISI Ketidaksamaan dlm aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu. Temperamen Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yg sebahagiannya diwarisi dpr ibu bapa. Tahap Tenaga Keadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan bertamina semasa terlibat dlm sesuatu aktiviti. Pola Persahabatan Merujuk kpd aktiviti persahabatan dlm kumpulan rakannya. Ada hubungan perapatan ikatan kasih sayang dgn ibu bapa dan amat istimewa dlm hidupnya. (vertikal). Ada hubungan dgn kawan-kawan dikenali sbg hubungan mendatar. (horizontal)

Selain itu, dapat diperhatikan ciri-ciri tertentu seperti: 1.Temperamen 2.Tahap tenaga

3.Pola persahabatan 4.Hubungan ibu bapa dgn anak-anak.

ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Papalia (2001), manusia berbaza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenagapersonaliti dan emosi. Faktor persekitaran pula, seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah dan dirumah, komuniti masyarakat. Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dgn konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dlm tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.

Aspek-aspek Perbezaan Individu Fizikal Emosi Personaliti/sahsiah Bangsa/bahasa Kesihatan/penyakit Lokasi tempat tinggal Kecerdasan Aspirasi/motivasi Status sosio-ekonomi Sistem nilai/norma Gaya kognitif atau gaya belajar Sosial Budaya dan world view

a)Jantina Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga, harapan yg tinggi. Di sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dlm pelajaran. Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dgn perkembangan jantina. Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun drp perempuan sblm akil baligh. Selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama. Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik drp lelaki, manakala murid lelaki lebih dari kecerdasan ruang.

b) Fizikal Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3 kategori. i)Endomorf (bertubuh bulat) Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan.

ii) Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat) Bersifat asertif, agresif, bertenaga, kuat bersukan tetapi ada tanda boleh terlibat akt delinkuen. iii) Ektomorf (kurus dan tinggi) Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit skizofrenia.

c) Kognisi Individu adalah berbeza dr segi kebolehan kognisi (menaakul, berfikir logis, berbahasa, mengira dan berimaginasi). Alfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujian kecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligece Test. Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binet dan memperkenalkan ujian IQ (Intelligence Quotient) . Ahli-ahli psikologi tidak bersetuju pendapat menyatakan bahawa kecerdasan adalah sama dgn kreativiti.

d) Personaliti Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja). Carl Jung membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan ambivert. e) Gaya Kognisi dan Gaya Belajar Gaya kognisi adalah cara individu mempersepsi maklumat. Gaya belajar adalah persekitaran pembelajaran yg digemari oleh pelajar. Witkin (1940) membahagikan gaya kognisi kpd 2 jenis, iaitu gaya kognisi belajar bebas medan dan gaya belajar bersandar medan.

Kagan (1965) membahagikan gaya kognisi kpd 2 jenis iaitu gaya kognitif reflektif dan gaya kognitif impulsif. Parry (1984) dan Shipman (1985) membahagikan gaya belajar kpd 24 dimensi tentang kajian literatur gaya belajar iaitu inventori Myer-Briggs Type Indicator (MBTI). Ekstrovert lawan introvert, Deria lawan gerak hati

Pemikiran lawan perasaan Mengadili lawan mengamati.

Grasha & Reichmann membahagikan 6 dimensi gaya belajar, iaitu: Bergantung Bebas Mengelak Bekerjasama bersaing melibat diri.

Kolb (1984) dlm teori pembelajaran pengalaman membahagikan kpd 4 peringkat pengalaman: Pengalaman konkrit Pemerhatian reflektif Perkonsepan abstrak Percubaan aktif

f) Kesihatan

Sebahagian besar murid dlm kelas terdiri dpd murid yg sihat, riang, cerdas dan normal. Murid yg tidak sihat adalah murid yg lemah dlm aktiviti p & p dan aktiviti luar bilik darjah. Ada juga murid yg kurang siaht dan berpenyakit. Kanak-kanak cacat

g) Biasanya kanak-kanak suka bermain dan bersosial. Dalam bilik darjah guru boleh menggunakan soalan sosiometri untuk mengetahui pola persahabatan mereka dengan menggunakan simbolsimbol berikut: Bintang murid popular menerima undian 10 dpd murid yg menyukkainya. Dyad bentuk persahabatan 2 orang murid saling bersahabat/saling mengundi. klik bentuk persahabatan 2 atau lebih murid memilih antara satu sama lain. Rantai persahabatan yg memilih kawan secara tersusun A,B,C danseterusnya. Pencilan Murid tidak mengundi sesiapa dan orang lain tidak memilihnya. Singkiran Murid mengundi orang lain dan orang lain tidak memilihnya. pendengaran, penglihatan, bisu, sengau, gagap dan dyslekxia boleh diperbetulkan dgn penggunaan alat teknologi dan rawatan

h) Bahasa/Bangsa Dlm sesebuah negara berlaku percampuran pelbagai etnik dan bangsa akibat drp migrasi. Ramai ahli psikologi Amerika berpendapat tiba masanya diperkenalkan kurikulum berbilang budaya dan bahasa dlm subjek silang budaya.

5.3 FAKTOR-FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU Ada 2 faktor besar mempengaruhi perbezaan individu: a)Faktor baka b)Faktor persekitaran. a)Faktor Baka Setiap manusia mewaris sifat ibu atau bapa melalui gen ibu dan bapanya. Baka terjadi hasil drp percantuman sel sperma 23 kromosom(lelaki) dan sel ovum 23 kromosom. b) Faktor Persekitaran Persekitaran termasuklah perapatan antara anak dan ibu bapa,pengaruh adik beradik/rakan, ahli keluarga lain, guru, bahan media cetak/elektronik, komputer, sekitar lokasi, masyarakat dan rumah ibadat.

Baumrind membahagikan 4 bentuk asuhan keluarga.

a)Autoritarian (peraturan & hukuman) Mengenakan peraturan dan hukuman kpd anak-anak mereka, Mahukan anak-anak patuh dan hormati merreka Peraturan lisan antara ibu bapa dgn anak adalah terhad dan tidak digalakkan. Anak yg dibesarkan sebegini biasanya tidak dapat bersosial dgn baik, bimbang tentang pertandingan, kurang inisiatif dan kurang mahir dlm komunikasi. Apabila seorang lelaki (x-o) (bermata coklat dan berkromosom coklat-biru) berkahwin pula dgn wanita bermata biru (berkromosom coklat-biru) 3 dpd anak mereka akan bermata coklat dan 1 bermata biru).

b) Authoritatif (kebebasan terbatas) Menggalakkan anak-anak berdikari dan sedikit kawalan Anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dgn ibu bapa yg menyokong perkembangan mereka. Anak yg dibesarkan begini menunjukkan tingkahlaku bersosial yg baik, berdikari, bersosial dgn baik, bersabar dan harga diri yg tinggi.

c)Abaikan (tiada penglibatan) Bertindak permisif tidak terlibat dlm kehidupan anak mereka. Sibuk dlm hal lain tidak sedar tingkah laku anaknya. Anak-anak begini tidak dpt bersosial dgn baik, tidak dpt mengawal diri dan tidak bermotivasi. d) Indulgent (Penglibatan tanpa disiplin) Ibu bapa terlibat dlm menjaga anak tetapi kurang mendisiplinkan anak. Mereka percaya, anak mereka akan kreatif dan berkeyakinan tinggi. Anak-anak sebegini akan gagal mengawal diri dlm masyarakat.

Teori Berkaitan Perbezaan Individu

Mula dikaji oleh Sir Francis Galton, beliau mengukur kebolehan deria motor (pendengaran, melihat). Beliau mendapati kebolehan deria setiap individu berbeza. 1 Teori Ekologi Bronfenbrenner Beliau mengkaji dari segi konteks sosial seseorang kanak-kanak yg mempengaruhi kehidupan dan perkembangan.

a) Sistem Mikro Hubungan sosial kanak-kanak dgn alam sekitarnya (keluarganya, guru, rakan dan jiran). Kanak-kanak akan berinteraksi secara timbal balik(bertolak ansur) dgn org lain.

b) Sistem Meso Ada kaitan dgn sistem mikro. Dlm hubungan pengalaman dgn alam sekitar boleh mempengaruhi pengalaman sistem mikro yg lain. Contoh: Kanak-kanak dipinggir oleh keluarga boleh mempengaruhi hubungannya dgn guru. c) Sistem Ekso

Pengalaman kanak-kanak dan guru (pasif) dlm sesuatu tempat akan dipengaruhi oleh pengalaman dari tempat lain. JPN .PPD .SEKOLAH. d) Sistem Makro Melibatkan budaya yg lebih luas (nilai, adab resam) boleh mempengaruhi setiap individu.

e) Sistem Krono Merujuk kpd keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang kanak-kanak. Contoh: Kanak-kanak sekarang dibesarkan dlm teknologi elektronik.

2. Teori Perkembangan Pergerakan (motor) Arnold Gesel

Arnold Gesel mempercayai baka/genetik sebagai pembentukan perkembangan kanak-kanak yg berbeza-beza. Kanak-kanak mencapai tahap kematangan fizikal tidak sama dan boleh mempengaruhi proses pembelajaran. Perkembangan kanak-kanak mengikut pola dan urutan tertentu dan kita boleh meramalkan perkembangan tingkah laku kanak-kanak.

Peringkat perkembangan motor kanak-kanak: a) Peringkat pertama (lahir 1 tahun). b) Peringkat kedua ( 1 tahun 2 tahun). c) Peringkat ketiga (2 tahun 3 tahun).

d) Peringkat keempat (3 tahun 4 tahun). e) Peringkat kelima (4 tahun 5 tahun). 3. Teori Tugas Perkembangan Havighurst Atan Long (1980) berpendapat `tugas perkembangan` adalah jangkaan dan harapan ibu bapa serta masyarakat tentang pencapaian sesuatu tingkah laku pada peringkat umur tertentu. Newman dan Newman (1999) menyatakan satu set kemahiran/kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu untuk meramal penguasaan terhadap persekitaran.

4. Teori Perkembangan Psikososial Erikson Seseorang kanak-kanak akan melalui 8 tahap perkembangan sepanjang hayatnya dan mereka mesti berjaya melepasi tahap dan krisis tersebut. Kanak-kanak yg gagal melepasi tahap tersebut akan gagal sehingga akhir hayat.

Pertama 0 18 bln Percaya lwn tidak percaya Kedua 18bln-3 thn Autonomi lwn malu/sangsi Ketiga 3thn-6 thn Inisiatif lwn bersalah Keempat 6thn-12 thn Industri lwn rendah diri Kelima 12 th -20th Identiti lwn keliru Keenam

20 th-40 th Mesra lwn asing diri Ketujuh 40 th-60 th Generativiti lwn kendiri Kelapan 60 th atas a) Kesediaan belajar

Implikasi Kesediaan belajar murid adalah berbeza-beza kerana perbezaan kecerdasan. Murid lemah sekiranya tidak dibimbing akan ketinggalan pada tajuk-tajuk seterusnya. b) Objektif P &P Guru perlu merangka objektif p & p sesuai dgn kebolehan yg pelbagai murid di dlm kelas. c) Tingkah laku Mengganggu Pembelajaran Pelajar bermasalah (disruptif dan destruptif) dlm p & p sering mengganggu perhatian murid lain semasa pembelajaran. Ada juga murid tingkah laku bermasalah positif.

d) Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Setiap murid mempunyai gaya belajar yg berbeza spt audio, visual, proses maklumat secara global dan analitikal. e) Perbezaan Personaliti Perbezaan personaliti murid spt pintar tetapi pendiam, bersendirian pendiam, pintar ramai kawan, peramah dan ramai kawan dan berfikiran terbuka dan riang.

5.6 PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU

a) Kaedah Kumpulan Aktiviti ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran. b) Program Pengayaan dan Pemulihan Aktiviti ini dijalankan selepas P &P. c) Pengajaran Terancang/Modul/Bahan Multimedia Perisian e-learning dlm komputer bersesuai dgn kebolehan murid. d)Pengajaran Koperatif Dlm sesuatu kumpulan terdiri drp murid heterogenius supaya mereka bantu membantu.

e) Peneguhan Positif dan Negatif Semasa p & p guru harus memberi peneguhan untuk membentu tingkahlaku murid. f) Pengagihan Tugas Mengikut Minat dan Keupayaan Tugasan ini diberi sesuai dgn tahap keupayaan murid. g) Pengajaran dan Pembelajaran Individu Bimbingan individu kpd pelajar yg lemah. h) Mempelbagai Bentuk Penilaian Guru boleh menilai murid semasa aktiviti p&p. i)Mempelbagai Strategi P & P Strategi p & p haruslah menarik. j) Mempelbagai Bahan Bantu Balajar Bahan bantu mengajar yg menarik boleh meransang minda pelajar untuk berfikir.

Anda mungkin juga menyukai