Anda di halaman 1dari 12

Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing

golongan remaja secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui
pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah agar
remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini diasaskan
pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang merupakan "Bapa
Pengakap Sedunia".

Sejarah awal
Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral. Selepas penubuhan
Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides") pada tahun 1910
dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell. Pada tahun 1910, Pergerakan
Pengakap bermula di Malaysia.

Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai
saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.

Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan
Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri.
Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang
pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking,
Afrika Selatan, di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang
Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers
(Afrikaner), yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan
kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota
tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell
melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu
mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet
menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi
fleur-de-lis, yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.
Batu peringatan di Pulau Brownsea, Pelabuhan Poole, England, memperingati kem Pengakap
pertama.

Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya
mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual
latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada
1899) menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.

Pada 1906, Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell
berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai
Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat,
kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan
remaja.

Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada
1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama,
untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak
lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama
seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour, Dorset, England. Kaedah
organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci
kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka
dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas
menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell
memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons,
untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya
muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan.

Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for Boys
(Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama
Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud
buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys' Brigade.
Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan
membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan
Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri.
Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap
Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat
menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa,
latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan
kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan
tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin
yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).

F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang
Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of
Britain.

Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang


Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan
memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang
Perang Dunia Pertama

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya,
saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara 


Menolong orang pada setiap masa 
Menurut undang-undang pengakap
Undang - Undang Pengakap

Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan


kehormatan dirinya.

Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong,
kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya,
orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. 

Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada
setiap masa. 

Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 

Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 

Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 

Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-
bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada
apa-apa soalan. 

Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam
kesusahan. 

Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat 

Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan


perbuatannya.
Hormat Pengakap

1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan
persaudaraan dan penghormatan. 

2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 

3. Selapas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. 

4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. 

5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. 

SIMPULAN DAN IKATAN


BUKU SILA
Kegunaannya : -
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar
saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut
senang dibuka semula

BUNGA KETI
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu
dengan tali kapal

BUNGA KETI BERGANDA


Kegunaannya : -
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat
digunakan dengan selamat.

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT


Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara Begini
Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya

SIMPUL MANOK (Clove Hitch)


Kegunaannya : -
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)
Kegunaannya : -
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin

SIMPUL PULIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk
menguatkan bahagian yang tidak kukuh

LILIT BALAK
Kegunaannya : -
Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang Balak

TINDIH KASIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak
terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga

SIMPUL PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING)


Kegunaannya : -
Untuk Mematikan Hujung Tali Supaya Tidak Terurai

LILIT ( Taut-Line )
Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana Kepanjangan
Tali Boleh Di Ubah-Ubah
sejarah Pengakap Dunia

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert


Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell
atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari
1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama
Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford,
London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T.
Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah
beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan
Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti
berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell
bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki
berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP
telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di
India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta
sebagai penolong Setiausaha Tentera.

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk


menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar
KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell
sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar
IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP
dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin
Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang
menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS
(Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang
dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi
kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke
Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk
mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan
pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu
sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar
yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya
mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer.
Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA
sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya


Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau
telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang
termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan
menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera
Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50
tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah


menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun
1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-
Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan
Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat
patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati,
mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya
diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati
oleh budak-budak yang menyertainya.

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul
"Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau
semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau
Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan
Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di
England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan.
Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika
Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Biodata BP

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sejarah Pengakap Malaysia


Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya)
apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910
( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). 

      Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah
diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang
pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu,
pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

      Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler
dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan
yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School
pada tahun 1915.

      Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13
tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar
(MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah.
Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di
Maktab Sultan Abu.Bakar.

      Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone.
Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan
Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan
di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. 

      Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan
Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan
Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap
Malaysia. 

      Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands
1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915
Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff
1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri
Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927
Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

 Secara Ringkasnya:

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )

2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )

3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )

4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )

6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )

7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )

8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )

9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )

10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )

11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )

12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang


Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh
Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak
Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak
Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada
Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari
gagasan Malaysia.
Logo Pengakap Dunia

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat


kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. 

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-
melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. 

Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. 

Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. 

Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia. 

Warna putih-kesucian dan kebersihan.

Logo Pengakap Malaysia

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada
Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. 

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi


Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja. 

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan-
melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. 

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. 

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu


agama Islam. 

Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja. 
Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah
Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai