Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN

PROGRAM ELIT OLAHRAGA


Syukur ke hadrat Yang Esa kerana dengan izin-Nya dapat saya dan rakanrakan yang lain menyempurnakan PROGRAM ELIT OLAHRAGA.
Sepanjang program ini dijalankan, saya memperoleh banyak ilmu baharu,
terutamanya mengenai peraturan-peraturan tertentu sepanjang program berlangsung
ekoran berlaku beberapa kesulitan dari segi pengelolaan. Antara input baharu yang
saya peroleh ialah mengenai tugasan menjalankan latihan dengan teknik-teknik
latihan.
Saya turut memperoleh pengalaman melalui peluang untuk membuat bantahan
berikutan terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pihak pengelola sendiri sebagai
pegawai yang bertugas. Saya berpeluang mempelajari cara untuk berhubung
dengan pihak tertentu mengenai bantahan yang ingin dilakukan walaupun bantahan
yang dibuat tidak diendahkan oleh pihak pengelola. Malah secara tidak langsung,
kesulitan tersebut mengajar saya untuk lebih bersabar menghadapi pelbagai karenah
manusia di sekeliling.
Kekuatan yang terdapat dalam projek yang kali ini ialah dapat memberi
peluang kepada semua guru yang terlibat adalah pakar, kepegawaian dan olahraga
secara praktikal selepas melalui kursus dan Peperiksaan Pegawai Teknik Kejohanan
Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) baru-baru ini.
Kekuatan saya dari segi penglibatan sebagai peserta Kejohanan Mini Olahraga
pula ialah mempunyai pengalaman dalam menyertai beberapa acara dalam olahraga
sejak dari sekolah rendah. Pengalaman sedia ada memudahkan penglibatan saya
sebagai peserta acara lompat jauh ekoran mengetahui peraturan yang terdapat
dalam acara ini. Namun berikutan sudah lama tidak melibatkan diri dalam acara
lompat jauh ini berbanding acara lompat kijang, saya hanya berjaya memperoleh
tempat ketiga daripada 10 orang peserta.
Walau bagaimanapun, projek yang dikelolakan oleh rakan daripada unit lain
buat julung-julung kali ini masih terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapat
dielakkan berikutan kami semua masih dalam proses pembelajaran. Antaranya ialah

mengenai spesifikasi pembahagian tugas yang kurang efektif dalam kalangan guru
pelatih yang bertindak sebagai Pegawai Teknik Kejohanan kali ini. Hal ini berikutan
berlaku beberapa kesulitan sepanjang projek ini dilangsungkan. Salah satu
daripadanya ialah pegawai teknik yang membatalkan penyertaan pasukan semasa
pertandingan dijalankan. Sewajarnya, pasukan tersebut diberi peluang bertanding
dalam bantahan sehingga tamat acara yang dipertandingkan. Malah salah faham
antara hakim balapan, penjaga masa, dan pelepas turut menjejaskan prestasi larian
peserta acara 100 meter wanita ekoran terpaksa mengulangi larian mereka sebelum
cukup waktu rehat yang sepatutnya, iaitu 45 minit bagi acara 200 meter ke bawah.
Manakala kelemahan yang ada pada diri saya dan rakan yang lain pula ialah
tidak dapat menguruskan emosi dengan baik sehingga menyebabkan kekecohan
berlaku sewaktu kejohanan dilangsungkan. Perkara ini jelas dan disaksikan
beberapa pensyarah yang hadir semasa acara lari berganti-ganti 400 meter dan
acara 100 meter wanita. Terdapat guru pelatih yang bertikam lidah berikutan terdapat
terlalu banyak kesilapan dari segi pengelolaan pegawai yang bertugas. Malah
kesilapan yang dilakukan mereka tampak jelas apabila tidak terdapat seorang
pegawai pun yang membawa buku peraturan KOAM untuk pemudahcara sekiranya
berlaku bantahan dan kesulitan-kesulitan lain semasa mengelolakan sesuatu
kejohanan yang melibatkan banyak pihak.
Sehubungan daripada itu, saya mendapati perihal pihak pengelolaan ini
merupakan satu ancaman bagi peserta pertandingan dan pegawai teknik daripada
kelas lain ekoran kecuaian mereka dari segi pengelolaan bukan sahaja mengganggu
daya fizikal, malah turut melibatkan emosi dan perasaan yang boleh menyebabkan
pertelingkahan berlaku. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pengelola
harus mentelaah undang-undang yang terdapat dalam buku Peraturan KOAM
terlebih dahulu sebelum menganjurkan projek besar seperti ini. Ancaman lain yang
saya dapati daripada projek Kejohanan Mini Olahraga ini ialah mengenai peruntukan
masa yang kurang efektif dalam kalangan para pengelola. Hal ini kerana kami
dimaklumkan bahawa projek yang akan dilaksanakan hanya memakan masa selama
dua jam dan perkara sebenar berlaku ialah selama empat jam. Pengurusan masa ini
mengakibatkan masa pengajaran dan pembelajaran bagi subjek lain terpaksa
ditunda dan diganti pada hari yang lain.

Pada pandangan saya bagi proses penambahbaikan, pihak pengelola


sepatutnya lebih peka mengenai spesifikasi tugas bagi setiap pegawai teknik agar
tidak berlaku salah faham dan sebagainya yang boleh membawa kesan negatif
kepada pihak lain. Pihak pengelola perlu bijak menyusun dan memilih senarai
pegawai yang bertugas semasa kejohanan berlangsung agar setiap pegawai yang
dipih mahir dalam bidang masing-masing. Contohnya meletakkan Wan Nor Farhana
binti Megat Haron sebagai referi berikutan sudah memiliki sijik Pegawai Teknik
Kejohanan dan mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan kejohanan di
beberapa tempat yang berbeza.
Selain itu, peruntukan masa bagi sesuatu majlis atau program besar seperti ini
memerlukan latihan atau raptai penuh agar peruntukan masa yang dibuat mencukupi
atau hanya melebihi beberapa minit seperti yang dijangkakan. Hal ini penting bagi
memastikan perjalanan majlis yang dianjurkan berjalan dengan lancar tanpa
rungutan daripada pihak lain yang turut serta dalam program tersebut. Malah
peruntukan masa yang salah dan melebihi masa yang sepatutnya juga akan
menjejaskan program lain yang akan berlangsung sejurus selepas itu. Maka hal ini
jelas menyusahkan banyak pihak selain pihak penganjur sendiri.
Secara keseluruhannya, projek ini sangat sesuai dilaksanakan dalam kalangan
guru pelatih ekoran banyak ilmu yang diperoleh sepanjang mengelola dan menjadi
peserta dalam projek yang dikelolakan ini. Di samping itu, guru pelatih juga
berpeluang untuk mendalami ilmu teori yang dipelajari di dalam kelas secara
praktikal semasa kejohanan berlangsung. Konklusinya, projek sebegini perlu
dijalankan lebih kerap dalam kalangan guru pelatih agar ilmu yang diperoleh dapat
diaplikasikan segera dan lebih kerap untuk memahirkan pengetahuan sedia ada.
Malah projek ini turut memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan
gaya hidup yang sihat melalui aktiviti sukan dan senaman dengan cara yang betul.
Justeru itu, saya berharap agar segala yang saya pelajari sepanjang
menyiapkan tugasan projek kali ini dapat membantu saya membentuk jati diri saya
untuk menjadi seorang guru yang mempunyai ciri-ciri guru yang serba boleh dan
disenangi oleh semua pihak. Melalui pengalaman menyempurnakan tugasan ini,
saya juga berharap agar mampu melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang

berfikiran kreatif, kritis, kritikal dan berdaya saing bagi membimbing serta menjadi
role model kepada anak didik kelak.

Anda mungkin juga menyukai