Anda di halaman 1dari 3

aya telah menceritakan tentang eksperimen dengan tumbuhan pada post yang lalu.

Pada kali ini


pula, saya akan menceritakan tentang eksperimen kedua yang diarahkan oleh pensyarah saya.
Topic pelajaran adalah mengenai perbezaan air,udara dan tanah. Saya dan rakan-rakan sekelas
telah dibahagikan mengikut kumpulan air, udara dan tanah. Setiap pelajar perlu membuat satu
eksperimen yang berbeza tetapi mempunyai berkaitan dengan topic yang telah diberikan oleh
pensyarah.

Saya telah mendapat topic udara. Pada mulanya saya ingin melakukan eksperiment berkaitan
dengan udara dan buih sabun. Namun, eksperiment itu tidak bersesuaian yang KSPK. Jadi saya
telah memilih eksperimen TELUR TERAPUNG.
Udara adalah suatu yang tidak dapat dilihat dan dipegang didalam atmosfera. Udara ada dimanamana iaitu didalam tanah, didalam air dan di sekeliling kita. Semua benda hidup memerlukan
udara untuk bernafas dan meneruskan kehidupan.

Dalam eksperiment ini, saya ingin buktikan kepada rakan-rakan sekelas saya bahawa udara itu
wujud di dalam air dan udara bergerak mengikut ruang. Berikut adalah langkah-langkah
eksperiment ini:

Bahan-bahan:

2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus)

Air paip

Garam

2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar

Cara-caranya:
a)

Isikan air paip kedalam kedua-dua gelas sehingga separuh gelas.

b) Air paip digelas A dibiarkan tanpa mencamprukan apa-apa bahan.

c)

Sementara itu, masukkan 6 sudu besar garam digelas B dan kacau sehingga larut.

d) Masukkan telu di dalam bekas A dan lihat apa terjadi.

e) Kemudian masukkan telur kedalam bekas B dan lihat apa yang terjadi.

Hasilnya:

Gelas A: telur tenggelam hingga ke dasar gelas

Gelas B : telur terapug dipermukaan gelas.

Mengapa fenomena ini terjadi?


Air garam mempunyai berat lebih daripada air tawar, di mana banyak garam dilarutkan semakin
mudah bagi objek melayang di dalamnya. Ketika saya menurunkan telur ke dalam cecair itu
perlahan, telur akan terus melalui air masin, pada air garam yang telah larut ini mempunyai berat
yang melebihi dari berat air dan ini menyebabkan telur melayang dan terapung dipermukaan air
garam tersebut.

Mengikut prinsip seorang ahli sains terkenal iaitu HUKUM ARCHIMEDES

Benda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan mengalami gaya ke atas yang besarnya
sama dengan berat zat cair yang dipindahkan.

Contoh yang berkaitan denga reality kehidupan ialah laut mati yang berada di israel, apa saja yang
berada di atasnya pasti terapung kerana di laut mati kadar garamnya sangat tinggi dan tepu. Jadi,
zarah-zarahnya mampat dan udara tidak dapat menembusi garam tersebut.

Sementara air tawar pula mempunyai ruang udara yang luas jadi telur itu tenggelam hingga ke
dasar gelas dengan senang dan cepat. Begitu juga dengan tanah, tanah mempunyai berat, jadi
apa-apa hidupan yang teperangkap didalam tanah tidak boleh hidup kerana udara tidak boleh
menembusi ruang-ruang tanah yang terlalu mampat.

Kesimpulannya, berat dan kandungan sesuatu objek itu mempengaruhi oleh pergerakan udara dan
kemampatan udara dimana-mana sahaja.

Anda mungkin juga menyukai