Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016

Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri


(Inquiry-based Science Education) (IBSE)

Pendekatan Inkuri (Inquiry Discovery)

• Mementingkan pembelajaran melalui pengalaman.

• Secara amnya, inkuiri bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat


sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.

• Pembelajaran secara penemuan inkuiri berlaku apabila konsep dan prinsip utama
dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.

• Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan
mencapai kesimpulan sendiri.

• Guru membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri
tersebut.

• Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri ini.

• Namun demikian, pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi
PdP. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh
guru atau melalui inkuiri terbimbing.

Ciri-ciri inkuiri sains

● Teroka (Explore) – pelajar akan akrab (familiar) dengan fenomena yang


dipelajari

● Menyiasat (Investigate) – pelajar merancang dan menjalankan penyiasatan


PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016

● Membuat/Membina kesimpulan (Draw final conclusions) – pelajar


mensintesiskan apa yang mereka telah dipelajari dan dapat membentuk
kesimpulan.

● Berkomunikasi (Communicate) – pelajar dapat berkongsi kefahaman mereka


kepada orang lain.

IBSE di dalam kurikulum Sains Malaysia

● Diperkenalkan sejak 1960an.

● Ditakrifkan sebagai proses mendapat tahu yang melibatkan pertanyaan soalan


mengkaji atau menyiasat sesuatu fenomena dengan menggunakan deria dan kognitif
kita.

● Melibatkan penggunaan kemahiran proses sains, pengetahuan dan sikap saintifik


untuk melakukan penemuan,

● Mempelajari sesuatu konsep, menaakul dan menyelesaikan masalah.

● IBSE menekankan murid memahami perkara yang dipelajari dan bukan setakat
menghafal “content” dan maklumat sahaja.
(Worth, Duque & Saltiel, 2009)

Inkuiri membantu pelajar

• Memahami konsep saintifik dan tabii Sains

• Menghargai proses memperolehi pengetahuan melalui Sains

• Mengembangkan/memupuk kemahiran menjadi “independent inquierers”

(Ferko & Ferko, 2005)


PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016

Inkuiri

Memenuhi keperluan domain afektif pelajar – memupuk motivasi dan sikap positif terhadap
pembelajaran Sains.
(Blumenfeld, Kempler, Krajcik, 2006; Chin & Kayalvizhi, 2005).

ARAS INKUIRI

Terdapat 4 aras inkuiri :

1. Inkuiri Terbuka (Open Inquiry)

Peluang terbaik untuk bertindak seperti ahli sains – mengemukakan soalan, merancang dan
menjalankan penyiasatan dan membentang hasilnya.

Paling memerlukan penaakulan saintifik dan tuntutan kognitif yang tinggi

Harus dilaksanakan apabila pelajar-pelajar telah menunjukkan kebolehan merancang dan


melaksanakan penyiasatan apabila ditujukan persoalan. Pelajar-pelajar juga harus mampu
mencatat dan menganalisa data lalu membuat kesimpulan berasaskan data/evidens yang
diperolehi.

2. Inkuiri Terbimbing (Guided Inquiry)


PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016

Guru cuma memberikan pelajar soalan untuk penyiasatan. Pelajar perlu merancang
penyiasatan, melaksanakan dan melaporkan serta menjelaskan hasil dapatan mereka.

Inkuiri terbimbing ini akan amat berkesan apabila/jika pelajar-pelajar diberi pelbagai peluang
untuk belajar dan mencuba kaedah-kaedah yang berbeza untuk menjalankan dan
merekodkan data. Pelajar-pelajar masih memerlukan bimbingan guru untuk memastikan
bahawa penyiasatan mereka bermakna.
(Banchi & Bell, 2008)

3. Inkuiri Berstruktur (Structured Inquiry)

Guru perlu memberikan pelajar soalan dan prosedur untuk penyiasatan. Akan tetapi, pelajar
perlu melaporkan serta menjelaskan hasil dapatan mereka.

4. Inkuiri Pengesahan (Confirmation Inquiry)

Guru memberikan pelajar soalan dan prosedur untuk penyiasatan, dan hasil yang perlu
dicapai sudah diketahui.

Sesuai digunakan:

• untuk mengukuhkan idea atau konsep yang telah dipelajari

• untuk memberi pengalaman menjalankan eksperimen

• sebagai latihan untuk memperolehi kemahiran inkuiri tertentu, seperti merekod dan
menganalisis data

Pelajar perlu mengikut arahan dan prosedur eksperimen.

Merupakan penyiasatan inkuiri bertahap rendah tetapi dapat membantu pelajar


meningkatkan kemahiran secara beransur ke tahap inkuiri terbuka.
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016

Tahap-tahap inkuiri dan maklumat yang diberikan kepada pelajar

Bil Tahap Inkuiri Soalan Prosedur Penyelesaian


a) Inkuiri pengesahan – pelajar
mengesahkan suatu prinsip atau hukum
sains , di mana hasil akhirnya sudah
/ / /
diketahui.
b) Inkuiri berstruktur – Pelajar menyiasat
persoalan yang telah dikemukakan oleh
guru berdasarkan prosedur-prosedur
/ /
yang ditetapkan.
c) Inkuiri berpandu – Pelajar menjalankan
penyiasatan berdasarkan persoalan
yang diberi oleh guru tetapi
perancangan dan prosedur ditentukan
/
oleh pelajar.
d) Inkuiri terbuka – Pelajar
mengemukakan persoalan dan
menentukan cara penyiasatan harus
dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai