Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN INKUIRI BERSTRUKTUR (KUMPULAN 6)

TUJUAN :
Untuk mengkaji kesan suhu bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas.

PERNYATAAN MASALAH:
Bagaimanakah suhu tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas?

PEMBOLEH UBAH:
a) dimanipulasikan: suhu tindak balas
b) bergerak balas: kadar tindak balas
c) dimalarkan: Kepekatan dan isipadu larutan natrium tiosulfat 0.5moldm-3, kepekatan dan
isipadu asid sulfurik 1.0moldm-3, saiz kelalang kon

BAHAN: Larutan natrium tiosulfat 0.5moldm-3 berlabel R1, asid sulfurik 1.0moldm-3 berlabel R2
RADAS: Silinder penyukat 10cm3, silinder penyukat 100cm3, kelalang kon 150cm3, kertas putih
bertanda “X”, penunu Bunsen, mancis, kasa dawai, tungku kaki tiga, termometer, penitis
dan rod kaca.

PROSEDUR:
1. 50cm3 larutan R1 disukat dengan menggunakan silinder penyukat 100cm3 dan larutan itu
dituangkan ke dalam sebuah kelalang kon 150cm3.
2. Suhu larutan R1 disukat dengan menggunakan termometer.
3. Kelalang kon itu diletakkan di atas sekeping kertas putih yang bertanda “X”.
4. 5cm3 larutan R2 disukat dengan menggunakan silinder penyukat 10cm3.
5. Dengan cepat dan cermat, larutan R2 dituangkan ke dalam kelalang kon yang mengandungi
50cm3 larutan R1. Pada masa yang sama, jam randik dimulakan.
6. Campuran di dalam kelalang kon digoncang dan diletakkan di atas kertas putih yang bertanda
“X”.
7. Tanda “X” diperhatikan secara menegak daripada atas.
8. Jam randik dihentikan sebaik sahaja tanda “X” hilang daripada penglihatan.
9. Masa yang diperlukan untuk tanda “X” tidak kelihatan direkodkan dalam unit saat.
10. 50cm3 larutan R1 disukat dengan menggunakan silinder penyukat 100cm3 dan larutan itu
dituangkan ke dalam sebuah kelalang kon 150cm3.
11. Kandungan kelalang kon dipanaskan dengan perlahan-lahan sehingga suhu larutan mencapai
35oC.
10. Kelalang kon itu diletakkan di atas sekeping kertas putih yang bertanda “X”.
11. 5cm3 larutan R2 disukat dengan menggunakan silinder penyukat 10cm3.
12. Dengan cepat dan cermat, larutan R2 dituangkan ke dalam kelalang kon yang mengandungi
50cm3 larutan R1. Pada masa yang sama, jam randik dimulakan.
13. Campuran di dalam kelalang kon digoncang dan diletakkan di atas kertas putih yang bertanda
“X”.
14. Tanda “X” diperhatikan secara menegak daripada atas.
15. Jam randik dihentikan sebaik sahaja tanda “X” hilang daripada penglihatan.
16. Masa yang diperlukan untuk tanda “X” tidak kelihatan direkodkan dalam unit saat.
17. Langkah 10 hingga 16 diulang dengan menggunakan 50cm3 larutan R1 pada suhu 40oC, 45oC
dan 50oC.
18. Keputusan eksperimen direkodkan dalam jadual.

PENJADUALAN DATA
Suhu (oC) Masa yang diambil untuk 1/masa (s-1)
tanda “X” tidak kelihatan (s)
30.0 9.0 0.11
35.0 8.0 0.13
40.0 6.0 0.17
45.0 4.0 0.25
50.0 3.0 0.33

Graf
ANALISIS DATA:
1. Larutan natrium tiosulfat bertindak balas dengan asid sulfurik cair untuk membentuk mendakan
sulfur.

Na2S2O4(ak) + H2SO4(ak) Na2SO4(ak) + S(p) + SO2(g) + H2O(ce)

2. Mendakan kuning yang terhasil adalah sulfur.


3. Menurut graf suhu melawan masa, semakin tinggi suhu, semakin singkat masa yang diperlukan
untuk tanda “X” tidak kelihatan.
4. 1/ masa adalah kadar tindak balas
5. Menurut graf suhu melawan 1/ masa, semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar tindak balas.

KESIMPULAN:
Hipotesis diterima, Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar tindak balas.

JAWAPAN UNTUK BAHAGIAN C


1.
(a) Gelembung gas terhasil dengan lebih cepat dan banyak dalam asid sulfurik yang bersuhu
tinggi berbanding dengan asid sulfurik yang bersuhu rendah dalam masa 3minit.
(b) Semakin tinggi suhu asid sulfurik, semakin tinggi kadar tindak balas.
(c) Kaedah penyesaran air.
(d) Kehadiran mangkin dan Saiz logam

2.

Potongan daging ayam yang lebih kecil dapat menjimatkan kos dan dapat keuntungan yang
munasabah. Ini adalah kerana, apabila saiz daging ayam dipecahkan kepada ketulan yang lebih
kecil, jumlah luas permukaan yang terdedah kepada perlanggaran antara daging ayam dan minyak
bertambah. Frekuensi perlanggaran antara daging ayam dengan zarah-zarah minyak bertambah.
Hal ini meningkatkan frekuensi perlanggaran berkesan. Maka, masa yang diperlukan untuk daging
ayam yang bersaiz kecil menjadi masak adalah lebih singkat berbanding dengan daging ayam
yang bersaiz besar. Justeru kuantiti gas yang diperlukan untuk memasak dapat dikurangkan. Lebih
banyak daging ayam masak yang dapat dihasilkan dalam masa yang singkat yang seterusnya
meningkatkan kuantiti jualan yang dapat dibuat dalam masa yang singkat.

ALAT DAN RADAS:


1. Radas tidak dibilas dengan air suling sebelum eksperimen dimulakan.
2.

LAPORAN INKUIRI TERBUKA (KUMPULAN 6)

TUJUAN :
Untuk membandingkan keberkesanan sabun dan detergen mencuci dalam air liat.

PERNYATAAN MASALAH:
Adakah detergen lebih berkesan apabila digunakan untuk mencuci dalam air liat berbanding
dengan sabun?

PEMBOLEH UBAH:
a) dimanipulasikan: Sabun dan detergen
b) bergerak balas: Keberkesanan mencuci dalam air liat
c) dimalarkan: Kepekatan dan isipadu larutan air liat, isipadu sabun dan detergen

PROSEDUR:
1. Sabun dikikis dengan menggunakan pisau bedah untuk menghasilkan cebisan kecil.
2. Cebisan kecil sabun dimasukkan ke dalam cawan plastik dan ditimbang dengan
menggunakan penimbang tiga alur.
3. Dengan menggunakan cawan plastik yang sama, serbuk detergen yang sama jisim dengan
serbuk sabun ditimbang dengan menggunakan penimbang tiga alur.
4. 100 cm3 air suling diukur dengan menggunakan silinder penyukat dan dituang ke dalam
cawan plastik yang berisi sabun dan detergen.
5. 50 cm3 larutan Magnesiun nitrat 1.0 mol dm-3 diukur dengan menggunakan silinder penyukat
ditambah ke dalam besen berlabel A yang berisi dengan 500ml air suling.
6. 50 cm3 larutan Magnesiun nitrat 1.0 mol dm-3 diukur dengan menggunakan silinder penyukat
ditambah ke dalam besen berlabel B yang berisi dengan 500ml air suling.
7. Sehelai kain kotor bergris dimasukkan ke dalam kedua-dua besen itu.
8. Larutan sabun dicampurkan ke dalam besen A manakala larutan detergen dicampurkan ke
dalam besen B.
9. Setiap helai kain itu dicuci dengan larutan di dalam besen masing-masing.
10. Keberkesanan bahan pencuci di dalam setiap bikar diperhatikan dan direkodkan.

KEPUTUSAN:
Besen A B
Pemerhatian Tiada buih terbentuk. Mendakan Banyak buih terbentuk. Kain
putih (kekat) terapung pada dapat dicuci sehingga bersih.
permukaan larutan. kain masih
kotor.

ANALISIS DATA:
1. Sabun tidak dapat berfungsi dengan baik dalam air liat manakala detergen dapat berfungsi
dengan baik dalam air liat.
2. Ini adalah kerana anion sabun bertindak balas dengan ion magnesium, Mg 2+ membentuk garat
tak terlarutkan yang dikenali sebagai kekat.
3. Oleh itu, sabun tidak akan menghasilkan buih dalam air liat.
4. Detergen tidak membentuk kekat dalam air liat kerana garam magnesium detergen ialah garam
terlarutkan. Maka, detergen masih dapat mencuci dengan berkesan dalam air liat.

KESIMPULAN:
Hipotesis diterima. Detergen dapat mencuci dengan berkesan dalam air liat manakala sabun tidak
dapat mencuci dengan berkesan dalam air liat.

Anda mungkin juga menyukai