Anda di halaman 1dari 4

GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya

dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan
mempunyai struktur geometrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat
dalam tubuh manusia.

Garam Gunung Himalaya berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan
sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudaratkan apabila
proses “pembersihan” turut menyahkan unsur kalium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu
bekerjasama dengan sodium.
Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin
dalam tindakbalas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan,
mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang
kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin
dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.

Fakta
- Garam meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol
- Melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan.
- Dapat menyahkan toksin dan asid urik, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit.
- Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau
busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut.
- Garam mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus.
- Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone
minerlisation).
- Bersifat pengalir yang efisien
- Garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat
kepada otak.
- Garam menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan
virus kanser.
Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Drink
Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari , berorganik dan 100% semulajadi sebagai
ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah
Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea.
Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah
liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi
serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk.
Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan
kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya. Kebanyakan
garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa
panjang akan memudaratkan kesihatan.
Sebenarnya, Garam Buluh berasal dari penawar tradisi masyarakat Korea semenjak beribu-ribu tahun
dahulu. Garam Buluh menjadi cara utama untuk mengekalkan kesihatan di kalangan penduduk Korea.
Garam Buluh berunsur alkali. Alkali baik untuk kesihatan dan mampu meneutralkan asid dan bahan kimia.
Malah amat mujarab untuk menguatkan kesihatan dan mencegah kanser.
Cara Proses Garam Buluh
Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam
telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200
lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan
kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium,
kuprum, ferum, zink dan sebagainya.
Ketika proses pembakaran tadi, pada masa yang sama garam tersebut akan menerima mineral dari batang
buluh dan tanah liat merah. Ini amat sesuai untuk kesihatan badan manusia yang juga berunsurkan tanah
dan menjadi penawar mujarab.
Garam Buluh yang dibekalkan kepada kita sebagai minuman atau pemakanan yang menyihatkan ini
sebenarnya telah diproses pembakaran berulang-ulang kali selama lebih 9-10 jam. Proses pembakaran ini
juga dipanggil "6-Burned Bamboo Salt".
Pendek kata dalam proses penyediaan Garam Buluh adalah 100% semulajadi dan garam Buluh bersifat
organik serta berunsur alkali.
Apa itu Iodin?
Iodin adalah zat makanan yang sangat penting kepada
kehidupan manusia. Ia diperlukan untuk merangsang
proses pembesaran, perkembangan saraf dan
pembentukan sel-sel otak terutama kanak-kanak.
Kekurangan zat iodine dalam badan akan menjejaskan
kesihatan, terutama sekali kecerdasan otak.

Berapa banyak diperlukan?


Kekurangan dikalangan ibu hamil Seseorang dewasa hanya memerlukan 150mikrogram
menyebabkan;
(ug) iodine setiap hari. Jumlah ini amat sedikit
Gangguan terhadap perkembangan
otak janin seumpama satu kepala pin peniti kecil. Memakan
Keguguran makanan yang kaya dengan zat iodine atau
Kematian janin dalam kandungan
Kelahiran mati menggunakan garam beriodin di dalam masakan boleh
Kelahiran anak yang juga kekurangan memenuhi keperluan zat iodine harian kita.
iodine

Dikalangan remaja ,dewasa,warga Kekurangan Iodin


tua menyebabkan;
Anda berisisko sekiranya:
Tidak aktif
Lesu Kurang mengambil makanan yang kaya dengan iodine
Cepat letih iaitu makanan laut seperti ikan , udang, sotong, ketam,
Mengalami goiter (beguk)
kerang dan rumpai laut.

Makan makanan mengandungi bahan yang boleh


menghalang penyerapan zat iodine seperti pucuk ubi,
ubi kayu dan kobis secara berlebihan.

Tanda-tanda kekurangan iodine :


Satu daripada tanda-tanda kekurangan iodine yang paling ketara ialah bengkak di pangkal leher. Keadaan
ini dikenali sebagai goiter (beguk) yang disebabkan oleh pembesaran kelenjar tiroid.
Pada peringkat awal, tidak semua goiter dapat dilihat tetapi hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan rapi.

Kesan kekurangan iodine:


Dikalangan kanak-kanak menyebabkan:
Kelahiran anak yang mengalami keadaan cretinism yang mempunyai ciri-ciri kerdil, kerencatan akal dan
fizikal serta pekak bisu. Walaupun kanak-kanak kelihatan normal ada fizikalnya , tetapi terdapat kesan-
kesan berikut; rendah kecerdasan otak, pembesaran terbantut, perkembangan motor yang lambat,
kurang keupayaan otak/terencat akal, lembab dalam pembelajaran dan goiter/beguk.

Anda mungkin juga menyukai