Anda di halaman 1dari 3

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN RESOS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Setelah melakukan beberapa metod

dan kaedah bagi mendapatkan maklumat mengenai bahan resos yang terdapat di Sekolah Tengku Budriah ini, beberapa kelebihan dan kelemahan telah dapat dikenalpasti. Antara metod yang telah digunakan adalah pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Kaedah soal selidik dan temu bual telah dijalankan terhadap guru dan juga pelajar. Pertamanya, kelebihan yang dapat dikenalpasti adalah penggunaan bahan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran daapt menjadikan proses tersebut sesuatu yang menarik dan menghiburkan. Para pelajar tidak akan mudah bosan dan jemu apabila mempelajari sesuatu topic Matematik. Sebaliknya, pelajar akan terhibur di samping memperoleh input-input yang berguna berdasarkan topik-topik yang diajar. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penggunaan bahan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu topik Matematik yang diajar. Ini telah menjadikan salah satu kelebihan penggunaan bahan resos. Para pelajar akan lebih memahami sesuatu topik dengan bantuan bahan resos kerana adanya bahan maujud yang mampu mereka lihat dan alaminya sendiri. Terutamanya para pelajar Tahap 1 yang masih tidak mampu untuk membayangkan sesuatu perkara abstrak dengan lebih jelas. Seterusnya, kelebihan penggunaan bahan resos adalah bahan tersebut menjadi satu medium atau platform untuk para pelajar melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika selama ini proses pengajaran dan pembelajaran hanya berpusatkan guru semata-mata, dengan adanya penggunaan bahan resos, proses tersebut akan berubah menjadi berpusatkan pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar ternyata lebih menarik dan seronok untuk dilakukan. Para pelajar tidak lagi hanya perlu mendengar penerangan guru tetapi dapat mengalaminya sendiri. Sebagai contoh, bagi topik timbangan, para pelajar berupaya untuk menimbang sendiri sesuatu objek berbanding hanya mendengar teori daripada guru semata-mata.

Kebanyakkan para pelajar tidak gemar akan subjek Matematik kerana dikatakan subjek ini sukar untuk difahami dan kompleks. Penggunaan bahan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik mampu mengubah persepsi pelajar tersebut sekaligus menarik minat para pelajar untuk menyukai subjek Matematik. Penggunaan bahan resos akan mewujudkan suasana yang seronok dan kondusif bagi menarik minat para pelajar untuk mempelajari subjek Matematik. Apabila pelajar sudah mula menyukai subjek Matematik, maka kefahaman merekan terhadap sesuatu topic akan meningkat. Di samping itu, penggunaan bahan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat member peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori=teori yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana rata-rata bahan resos yang digunakan mempunyai perkaitan dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, penggunaan guli bagi menerangkan konsep operasi asas seperti penambahan dan penolakan. Bahan-bahan resos yang mempunyai reka bentuk seperti bahan sebenar seperti replika wang dapat memberi pendedahan kepada para pelajar. Guru dapat membuat simulasi urusan jual beli bagi mengaplikasikan penggunaan wang dalam kehidupan seharian Sudah menjadi lumrah apabila ada kelebihan pasti ada kelemahan. Penggunaan bahan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Pertamanya, masalah teknikal yang wujud apabila menggunakan bahan resos. Masalah-masalah seperti bahan rosak, ukuran timbangan tidak tepat, peralatan menyukat pecah dan sebagainya. Masalah-masalah seperti ini akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Para guru akan mengalami kesukaran untuk menerangkan dengan jelas kepada para pelajar apabila wujudnya masalah teknikal ini. Para pelajar pula akan mengalami kekeliruan sekaligus tidak memahami mengenai sesuatu topic yang diajar. Seterusnya, kekangan masa juga menjadi salah satu kelemahan penggunaan bahan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Hal ini kerana penerangan menggunakan bahan resos akan mengambil masa yang agak lama berbanding penerangan tanpa menggunakan bahan resos. Perkara ini berlaku kerana guru ingin memastikan bahawa setiap pelajar dapat menggunakan bahan resos yang

disediakan bagi meningkatkan kefahaman mereka. Sebagai contoh, bagi topik timbangan, guru ingin memastikan setiap pelajar mampu membuat timbangan menggunakan penimbang yang dibawa. Kesannya, guru tersebut akan mengambil tempoh masa yang lama sekaligus akan memberi kesan kepada perancangan pengajaran topik yang telah dibuat. Salah satu kelemahan penggunaan bahan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah pelajar menyalahgunakan bahan resos yang dibekalkan. Perkara ini akan berlaku apabila guru gagal mengawal kelas dengan baik dan pelajar tidak mematuhi sepenuhnya arahan guru. Sebagai contoh, apabila guru menggunakan penimbang bagi menerangkan konsep timbangan, para pelajar akan menimbang sesuatu yang lebih dari had penimbang tersebut. Para pelajar mungkin akan cuba untuk meletakkan sesuatu yang sangat berat melampaui had penimbang itu. Keadaan menjadi lebih teruk apabila ada pelajar yang akan mencuba untuk berdiri di atas penimbang tersebut. Penimbang tersebut akan rosak dan pelajar tersebut mungkin akan terjatuh dan mengalami kecederaan. Kelemahan seterusnya yang dapat dikenalpasti adalah daripada aspek pengurusan bahan resos itu sendiri. Meskipun sebuah bilik khas yang diberi nama BIlik Matematik telah disediakan bagi menempatkan bahan-bahan resos tersebut, bilik tersebut tidak dijaga dengan elok. Keadaan bilik yang tidak terurus dan berdebu menjadikan bilik tersebut tidak kondusif untuk para pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan resos juga tidak disusun dengan rapid an bersepahsepah.

Anda mungkin juga menyukai