Anda di halaman 1dari 3

SIRAH NABI AYUB A.

S
NABI AYUB

, anak Nabi Ishak dilimpahi kekayaan harta

benda, malah mempunyai banyak binatang ternakan seperti lembu,


kambing, kuda, kaldai dan unta. Kekayaan itu membuatkan kehidupannya
senang.
Beliau juga mempunyai keturunan yang besar kerana ramai anak, baik
lelaki mahu pun perempuan. Seorang daripada anaknya menjadi nabi, iaitu
Basyar.
Walaupun kaya dan mempunyai segala kemewahan, Nabi Ayub tidak lupa
membuat kebajikan kepada golongan fakir, miskin dan anak yatim. Beliau
tidak sombong, malah tetamu yang mengunjungi rumahnya disambut
dengan baik.
Harta dan keturunan yang besar tidak sedikit pun menjadikannya bongkak
dan hamba kepada kekayaan. Sebaliknya, dengan kekayaan itu keimanan
dan ketakwaannya kepada Allah semakin luhur.
Melihatkan keadaan Nabi Ayub itu, iblis berusaha menggunakan segala
tipu helah untuk menggugat keimanannya.
Justeru Nabi Ayub diuji dengan pelbagai cubaan. Pertama diuji melalui
kekayaan dan harta bendanya. Kemewahan dengan kekayaan yang
dinikmati, semakin hari menjadi susut dan seterusnya semua kekayaan itu
habis.
Ayub akhirnya menjadi miskin dalam sekelip mata. Walaupun menghadapi
ujian getir itu keimanan kepada Allah tidak langsung terjejas. Beliau sabar
menghadapi dugaan dengan hatinya tidak ketinggalan mengingati Allah.
Pendirian Nabi Ayub ternyata tidak mudah diubah. Justeru, diuji sekali lagi
dengan kematian anaknya, namun beliau masih bersabar dan pada masa
sama memupuk ketakwaan pada Allah.

Mengenai pelbagai ujian itu, Allah berfirman, maksudnya: Dan


sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila
ditimpa musibah mereka mengucapkan, sesungguhnya kami milik Allah
dan kepada-Nya kami kembali.
Nabi Ayub memang tetap dengan pendiriannya, tidak tewas dengan tipu
helah iblis. Selepas itu, Nabi Ayub diserang penyakit kulit yang luar biasa.
Beliau menderita kerana penyakit itu selama tujuh tahun.
Walaupun begitu lama menanggung sengsara penyakit itu, beliau tidak
pernah gelisah. Beliau tabah menghadapi dugaan. Walaupun badannya
semakin kurus, hingga menakutkan mata memandang, beliau masih
mampu mengingati Allah.
Disebabkan penyakit Nabi Ayub itu sungguh dahsyat tiada orang sanggup
melihatnya, melainkan isterinya yang sabar menemani dan merawatnya.
Iblis tidak senang apabila menyaksikan kesabaran dan kesetiaan isteri
Nabi Ayub.
Isterinya digoda supaya tidak melayaninya lagi. Tipu daya iblis itu
sebenarnya diketahui Nabi Ayub dari awal lagi lalu diberitahu kepada
isterinya.
Nabi Ayub berkata kepada isterinya: Jika aku sembuh, engkau pasti aku
pukul 100 kali. Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada Allah seperti
digambarkan melalui al-Quran: Ingatlah ketika Ayub menyeru kepada
Tuhannya: Ya tuhanku! Aku mendapat penyakit dan cubaan daripada
syaitan.
Doa Nabi Ayub dimakbul Allah dan penyakit yang dideritainya selama tujuh
tahun sembuh. Dalam al-Quran diceritakan: Cecah kakimu, inilah air yang
sejuk untuk mandi dan minum. Dan Kami anugerahkan dia dengan
mengumpulkan kembali keluarganya dan Kami tambahkan kepada mereka
sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pengajaran bagi
orang yang mempunyai fikiran.

Mengenai nazarnya, Nabi Ayub mengingatkan isterinya yang terpedaya


dengan iblis bahawa beliau akan memukul isterinya itu 100 kali jika beliau
sembuh. Justeru, apabila benar-benar sembuh dan sihat, Nabi Ayub
bertekad untuk melaksanakan nazar itu.
Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ayub mengenai cara melakukan
nazar itu. Firman Allah, bermaksud: Dan ambillah dengan tanganmu seikat
rumput (100 batang), lalu pukullah dengan itu dan janganlah kamu
melanggar sumpah.
Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik
hamba kerana dia sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.
Nabi Ayub menggunakan rumput yang diikat itu untuk memukul isterinya
dengan sekali libasan. Walaupun sekali pukulan, ia dikira 100 kali kerana
rumput yang diikat itu mengandungi 100 helai daun

Anda mungkin juga menyukai