Anda di halaman 1dari 5

LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI PERKHIDMATAN :

LENCANA AHLI PERTOLONGAN CEMAS

Setelah memperoleh Lencana Kepandaian-KAtegori PEngetahuan, Pengakap Kanak-Kanak itu


perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan dua Lencana Kepandaian dalam
Kategori Perkhidmatan. Salah satu lencana tersebut adalah Lencana Ahli Pertolongan Cemas
Lencana Ahli Pertolongan Cemas ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak sebagai
mengakui pengetahun dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti
memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membuat
anduh.
Pengakap Kanak-Kanak perlu lulus 11 elemen dan penilaian yang telah ditetapkan bagi
memperoleh Lencana Ahli Pertolongan Cemas ini. 11 elemen dan penilaian tersebut adalah
mengetahui isi kandungan dan mengetahui menggunakan serta menjaga pertolongan cemas,
mengetahui keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya
mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang berpengalaman, mengetahui
cara bertindak memberi rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan
terkejut, menunjukkan bagaimana memberhentikan perdarahan yang keluar dari hidung,
mengetahui sekurang-kurang lima tempat nadi terpenting dan tahu cara menahan darah yang
keluar dari badan pesakit, mengetahu bagaimana untuk mencuci dan membalut luka dan
mengetahui menggunakan jenis pembalutan termasuk pembalutan tiga segi dan membuat
anduh, menunjukkan cara merawat pesakit dalam hal memberi kerehatan, keselesaan dan
keriangan, mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara
keseluruhan kulit yang terbakar atau melecur, mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan
serangga selain dari gigitan ular, jengking dan semburan beracun, mengetahui cara menolong
orang pengsan atau pitam selain dari terkena kejutan elektrik, mengetahui cara membuat
panggilan kecemasan kepada pemeriksa seperti memanggil polis, bomba dan ambulans
dengan jelas serta betul serta mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila menemui

kemalangan atau
kemalangan.

lain-lain

kecemasan

pelanggaran

kenderaan

yang

menyebabkan

Ahli Pengakap Kanak-Kanak perlu mengetahui isi kandungan, menggunakan dan


menjaga peti pertolongan cemas bagi elemen pertama. Isi kandungan dalam sesebuah peti
kecemasa yang lengkao adalah bandage tiga segi, pita lekat, kutik kapas, kapas gulung,
penyepit, gunting, bandage khas kesan kebakaran, minyak angin, cecair antiseptik, minyak
gamat, losyen antiseptic, pil ubatan, plaster, bandage gulung dan kapas. Bagi item kedua pula,
Pengakap Kanak-Kanak perlu menunjukkan cara menggunakan alatan yang terdapat dalam
peti kecemasan dengan betul. Penilai akan memeriksa dan memberikan penilaian ketika amali
sedang dilakukan. Contohnya, membuat balutan menggunakan bandage.
Item seterusnya adalah Pengakap Kanak-Kanak perlu mengetahui cara bertindak
memberi rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang berada dalam keadaan
terkejut. Pengakap Kanak-Kanak perlu sekurang-kurangnya menerangkan cara yang diperlukan
untuk membuat rawatan tersebut. cara-cara untuk memberikan rawatan kepada mangsa
kejutan dengan betul adalah dengan merawat terlebih dahulu punca renjatan atau kejutan.
Kemudian, baringkan mangsa. Pastikan kepala direndahkan. Sokong dan tinggikan kaki supaya
darah ditumpukan kepada organ penting. Longgarkan pakaian yang keta seperti tali pinggang
atau tali leher jika ada. Pengakap Kanak-Kanak perlu melakukan simulasi terhadap cara
rawatan tersebut.
Item keempat adalah Pengakap Kanak-Kanak perlu menunjukkan prosedur yang betul
untuk memberhentikan darah keluar dari hidung. Langkah-langkah yang perlu diterangkan dan
ditunjukkan oleh Pengakap Kanak-Kanak adalah pertama, dudukkan mangsa dengan badan
condong kehadapan. Posisi kepala ditundukkan. Kemudian, picit bahagian hidung yang lembut
selama sepuluh minit. Ulang jika perlu. Pastikan mangsa bernafas melalui mulut dan jangan
hembus melalui hidung. Akhir sekali, pastikan mangsa minum air untuk hilangkan kesan darah
ditekak bagi mengelakkan rasa loya.
Seterusnya, item kelima adalah Pengakap Kanak-Kanak perlu mengethaui sekurangkurangnya lima tempat nadi terpenting dan tahu cara untuk menahan darah yang keluar
daripada badan pesakit. Sebagai perawat sementara, Pengakap Kanak-Kanak hendaklah
menunjukkan cara penahan darah yang keluar dari bahagian arteri paha, lengan, selangka,
leher, muka dan pelapis. Cara-cara untuk mengawal pendarahan yang perlu ditunjukkan oleh
Pengakap Kanak-Kanak adalah pertama, tekan terus atas luka tersebut. kemudian, gunakan
tangan atau jari dengan pembebat yang bersih. Tekan sekurang-kurangnya 10 minit di tempat
luka tersebut. Akhir sekali, baringkan mangsa. Pastikan posisi anggota yang cedera diangkat
atas daripada paras jantung.
Item seterusnya yang perlu diuji bagi mendapatkan Lencana Ahli Pertolongan Cemas
adalah Pengakap Kanak-Kanak perlu mengetahui prosedur yang betul untuk mencuci dan
membalut luka. Pengakap Kanak-Kanak juga perlu mengetahui menggunakan jenis pembalutan
termasuk pembalut tiga segi dan membuat anduh. Langkah-langkah untuk mencuci dan
membalut luka yang betul adalah, pertama, cuci kawasan luka dengan air bersih. Kemudian,
tekan tempat luka dengan mengunnakan tangan atau jari untuk sekurang-kurangnya sepuluh
minit. Sapukan larutan antiseptik pada kawasan luka tersebut. akhir sekali, gunakan kapas atau
kain kasar yang bersih untuk membalut kawasan luka tersebut. Pengakap Kanak-Kanak juga
dikehendaki menamakan anduh atau balutan yang ditunjukkan. Antara anduh atau balutan yang
ditunjukkan adalah balutan rahang, kepala atau leher, anduh segi tiga, balutan kaki dan anduh
cincin. Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki menunjukkan cara membuat sekurang-kurangnya
dua jenis anduh termasuk balutan tiga segi.

Item ketujuh bagi syarat-syarat pemerolehan Lencana Pertolongan Cemas ini adalah
Pengakap Kanak-Kanak perlu menunjukkan cara merawat peaskit dalam hal memberi
kerehatan, keselesaan dan keriangan. Pengakap Kanak-Kanak perlu menyenaraikan lima
langkah sama ada dalam memberikan rawatan kepada pesakit atau mewujudkan keselesaan
kepada pesakit. Lima langkah tersebut adalah sediakan tempat duduk atau baring yang selesa
bagi pesakit. Seterusnya, sediakan ubat yang diperlukan pesakit di tempat yang mudah dicapai.
Kemudian, pastikan tempat rehat pesakit tersebut berhampiran dengan tandas. Perawat juga
hendaklah sentiasa bertanyakan keadaan pesakit bagi membuat rawatan. Akhir sekali, perawat
perlu memberi pesakit makanan yang sesuai dan menyihatkan. Kelima-lima langkah ini
dilakukan bagi memastikan pesakit berasa selesa dan tidak tertekan akibat kesakitan yang
dialami.
Seterusnya, item ke lapan adalah Pengakap Kanak-Kanak harus mengetahui cara untuk
memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kulit yang terbakar atau
melecur. Antara tindakan yang boleh diambil adalah dengan menjauhkan mangsa dari kawasan
kebakaran. Bawa mangsa ke tempat yang selamat dan jauh dari kawasan kebakaran.
Seterusnya, pastikan mangsa selamat dan tidak terbakar. Telefon bantuan kecemasan dengan
kadar segera. Kemudian, bersihkan habuk, batu, pasir pada kawasan kulit melecur dengan
menggunakan berus atau kain. Pastikan tiada aksesori besi seperti cincin, rantai atau gelang
pada mangsa. Cuci bahagian kulit yang melecur dengan air sejuk. Kemudian, cuci luka melecur
tersebut dengan cecair antiseptic sebelum membalut kulit yang melecur dengan kain bersih.
Langkah-langkah tersebut adalah rawatan awal yang boleh diberikan kepada mangsa bagi
mengelakkan keadaan menjadi parah. Setelah itu, lebih elok jika mangsa dibawa untuk
berjumpa dengan pegawai perubata bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Item ke sembilan yang terkandung dalam syarat-syarat bagi memperoleh Lencana Ahli
Pertolongan Cemas adalah Pengakap Kanak-Kanak perlu mengetahui cara mengubati gigitan
dan sengatan serangga selain dari gigitan ular, kala jengking dan semburan beracun. Pengakap
Kanak-Kanak perlu menjelaskan cara-cara untuk membuat rawatan kecemasan mangsa yang
telah terkena gigitan ular, kala jengking dan semburan beracun. Pertamanya, perawat perlu
jauhkan mangsa dari kawasan yang mempunyai serangga atau haiwan berbisa tersebut.
Seterusnya, pastikan mangsa dalam keadaan selamat dan bertenang. Telefon bantuan
kecemasan dengan kadar yang segera. Cuci kawasan gigitan dengan air sejuk dan letakkan ais
di kawasan gigitan.
Pengakap Kanak-Kanak juga perlu mengetahui cara yang betul untuk menolong orang
pengsan atau pitam selain daripada terkena kejutan elektrik. Pengetahuan ini adalah item yang
kesepuluh dalam syarat untuk mendapatkan Lencana Ahli Pertolongan Cemas. Tindakan yan g
boleh diambil bagi menolong orang yangpengsan atau pitam selain daripada terkena kejutan
elektrik adalah dengan bawa mangsa ke kawasan lapang atau berikan mangsa ruang. Elakkan
daripada orang ramai mengerumuni mangsa. Pastikan kawasan sekitar mangsa selamat dan
tiada ancaman. Kemudian, baringkan mangsa dan periksa pernafasan serta nadi mangsa.
Cuba untuk mendapatkan respon dari mangsa. Seterunsya, sokong dan tinggikan kaki mangsa
agar darah dapat mengalir ke tempat yang sepatutnya. Longgarkan pakaian yang menghalang
mangsa bernafas seperti tali lehar atau butang baju. Kemudia, jika didapati mangsa tiada
pernafasan, perawat hendaklah memulakan kardiopulmonary resusitasi (CPR) terhadap
mangsa. Telefon bantuan kecemasan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Item yang terakhir sekali dalam syarat untuk mendapatkan Lencana Ahli Pertolongan
Cemas adalah Pengakap Kanak-Kanak perlu mengetahui cara membuat panggilan kecemasan
kepada penilai seperti memanggil Polis, Bomba dan Ambulans dengan jelas dan betul.
Pengakap Kanak-Kanak juga perlu mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila menemui

kemalangan atau lain-lain kecemasan pelanggaran kenderaan yang boleh menyebabkan


kemalangan. Apabilan berlaku kemalangan, tindakan pertama yang perlu dilakukan adalah
dengan membuat panggilan kecemasa kepada 999 untuk melaporkan kejadian dan
mendapatkan bantuan. Kemuddian, letakkan kendaraan di tempat yang selamat dan tidak
menggangu trafik. Buat tanda lalu lintas bagi memastikan pengguna jalan raya yang lain sedar
bahawa terdapat kemalangan di kawasan tersebut. Pergi ke arah mangsa untuk memastikan
keadaan mangsa. Bawa mangsa ke tempat selamat jika mangsa boleh bergerak. Periksa
keadaan mangsa untuk mengenalpasti kecederaan yang dialami. Lakukan rawatan kecemasan
jika didapati perlu. Tunggu bersama mangsa sehingga ketibaan bantuan menyelamat. Cuba
untuk tenangkan mangsa dan pastikan mangsa berada dalam keadaan selesa.
Rekod ujian Lencana Ahli Pertolongan Cemas akan disahkan oleh penilai untuk
memastikan Pengakap Kanak-Kanak telah membuat kesemua sebelas item yang disyaratkan
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai