Anda di halaman 1dari 1

Ruj. Kami: SMKWM 05/12/001 Jld.

2
Tarikh : 18 Mac 2015
Datuk Musa Hj.Yusof (DPSM)
Pengarah
Bahagian Pemasaran Domestik
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
(Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia)
Aras 4, No.2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
YBhg Datuk,
PERMOHONAN SUMBANGAN KEWANGAN BAGI LAWATAN KE PULAU
TIOMAN , PAHANG TAHUN 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah berkaitan.
2.
Kelab Rekreasi dan Pelancongan SMK Wangsa Melawati akan mengadakan
aktiviti rekreasi dan perlancongan pada 3 April hingga 5 April 2015.
3.
Sehubungan itu, kami dengan berasa rendah diri ingin memohon sumbangan
kewangan daripada pihak YBhg Datuk bagi menampung sebahagian perbelanjaan
aktiviti rekreasi dan perlancongan tersebut. Untuk makluman YBhg Datuk, antara
aktiviti yang akan dijalankan semasa aktiviti rekreasi dan perlancongan tersebut
ialah Snorkeling , Rappid Shooting dan Jungle Tracking . Aktiviti ini merupakan
sebahagian daripada sumbangan murid-murid sekolah ini bagi mempromosi Pulau
Tioman sebagai salah satu destinasi dan tarikan pelancongan. Bersama-sama ini
disertakan 1 salinan Kertas Kerja serta Anggaran Belanjawan Mengurus untuk
rujukan dan tindakan YBhg Datuk selanjutnya.
4.
Besarlah harapan kami agar pihak YBhg Datuk
dapat meluluskan
permohonan ini supaya aktiviti rekreasi dan perlancongan ke Pulau Tioman tahun
2015 sekolah ini dapat berjalan dengan lebih lancar.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
(PN LAILANIE BT )
Pengetua
SMK Wangsa Melawati
Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai