Anda di halaman 1dari 7

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

GARIS PANDUAN DAN SYARAT e-PERTANDINGAN DEKLAMASI


SAJAK KEMERDEKAAN DAN SYAIR ADAB & NILAI
KATEGORI MURID PERINGKAT KPM (TAHUN 2020)

PENGENALAN

1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah sebagai rujukan pengurusan aktiviti adab dan nilai yang
berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi tahun 2020. Garis panduan ini
hendaklah dibaca bersama-sama arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
2. Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar program pembangunan
adab dan nilai dapat diteruskan bagi tahun 2020.

KATEGORI
Kategori Kelas
1. Deklamasi Sajak Kemerdekaan Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1 - 6
2. Deklamasi Syair Adab & Nilai Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1 - 6

DEFINISI
3. Deklamasi Sajak Kemerdekaan dan Syair Adab & Nilai bermaksud penghasilan dan
pembacaan sajak dan syair yang membabitkan suara, sebutan, nada, intonasi, mimik
muka, gerak badan dengan gaya bersesuaian yang memberi makna dan hubungkait
terhadap elemen patriotisme (bagi sajak) dan teras nilai kemanusiaan (bagi syair).
Ianya sebagai salah satu penjelmaan bagi ekspresi idea dan minda dalam
pembentukan adab serta nilai bagi semua warganegara Malaysia.

PERATURAN UMUM
SYARAT UMUM PENYERTAAN
4. e-Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan dan Syair Adab & Nilai terbuka
kepada semua murid Sekolah Menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 sekolah
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia SAHAJA.
5. Sajak/Syair yang ditulis mestilah dalam Bahasa Melayu serta sesuai untuk bacaan
umum.
6. Teks dan video deklamasi sajak/syair yang dihasilkan mestilah karya ASLI penulis.
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebarang karya plagiat, terjemahan, atau karya yang pernah disiarkan di mana-mana
penerbitan cetak atau digital adalah terbatal.
7. Karya tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan negatif mana-mana pihak. 65
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu video deklamasi sajak/syair.
Tetapi hanya satu karya sahaja yang dipilih sebagai pemenang.
9. Para peserta perlu mengisi borang penyertaan dan pengakuan keaslian karya yang
dilampirkan. Ia perlu dihantar bersama dengan karya.
10. Karya yang dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak penganjur berhak
menyunting, mencetak dan menerbitkan karya tersebut.
11. Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan
mengikut ketetapan berikut:
Pelaksanaan Urus setia Tarikh penyertaan
1. Peringkat Daerah Unit Pendidikan Islam PPD 1 hingga 31 Julai 2020
2. Peringkat Negeri Unit Adab dan Nilai JPN 1 hingga 31 Ogos 2020
3. Peringkat Kebangsaan Cawangan Pembangunan Adab
dan Nilai, BPI KPM
1 hingga 30 September 2020
12. Keputusan panel juri adalah muktamad.

SYARAT KHAS PERTANDINGAN


13. Penulisan sajak/syair perlu mengambil kira perkara berikut:
14. Sajak/Syair yang dipilih untuk dideklamasikan mestilah ditulis sendiri dalam
Bahasa Melayu.
15. Sajak/Syair hendaklah ditaip di atas kertas A4 dalam jarak 1.5 langkau .
16. Ditaip menggunakan font Arial bersaiz 12 dan dicetak pada sebelah muka setiap
helaian.
17. Sajak/Syair ditulis dalam lingkungan 20 hingga 25 baris sahaja (tuliskan bilangan
baris pada hujung teks).
18. Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan
tema sajak.
19. Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati sajak/syair yang ingin
dideklamasikan.
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

CADANGAN TEMA UNTUK DIMUATKAN DALAM SAJAK/SYAIR


1. Cinta kepada Negara
2. Semangat Patriotik
3. Toleransi
4. Menghormati Kepelbagaian Kaum dan Etnik
5. Bersatu-padu
6. Hormati Kepelbagaian
7. Menghargai anugerah alam sekitar Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia
8. Menghormati dan mentaati raja, pemimpin dan negara
9. Amanah
10. Menunaikan Hak Keluarga
11. Mematuhi Peraturan dalam Komuniti
12. Keberanian
13. Menjaga kebersihan sekolah
14. Berfikiran Positif
15. Kebersamaan
16. Kemesraan
17. Menikmati kecemerlangan dan kegemilangan negara
18. Keharmonian
19. Keakraban
20. Menghargai dan menyayangi alam sekitar
21. Ketaatan
22. Memuliakan orang lain
23. Membentuk identiti warganegara yang setia
24. Berdisiplin
25. Integriti, Amanah dan Cekap
26. Bersyukur
27. Penghargaan
28. Menikmati Keamanan Negara

PENGHANTARAN KARYA
20. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap peringkat
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

dengan menyertakan item berikut:


1.1. acara;
1.2. kategori;
1.3. nama penuh;
1.4. nombor kad pengenalan;
1.5. jantina;
1.6. agama;
1.7. nama kelas;
1.8. nama sekolah;
1.9. nama daerah;
1.10. nama negeri;
1.11. e-mel untuk dihubungi;
1.12. nombor telefon untuk dihubungi;
1.13. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan
(attachment); dan
1.14. dokumen teks sajak, syair.

21. Rakaman video persembahan (paparan meliputi keseluruhan tubuh badan)


dalam format mp4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti
berdurasi minimum 3 minit dan maksimum 5 minit tanpa disunting
hendaklah dimuatnaik ke youtube (tetapan unlisted) seterusnya melengkapkan
borang pendaftaran menggunakan aplikasi google form (pautan rakaman video
di youtube diperlukan) yang disediakan oleh urus setia.
6667
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

22. Karya yang dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak penganjur berhak
menyunting, mencetak dan menerbitkan bahan tersebut. Hak cipta karya yang
dihantar menjadi milik penganjur.
23. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan
tidak akan dipertimbangkan.
24. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel atau panggilan telefon urus setia
berikut:
PERINGKAT URUS SETIA
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Daerah Pejabat Pendidikan Daerah


Negeri Jabatan Pendidikan Negeri
Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia
25. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada tarikh yang akan ditetapkan
oleh pihak penganjur kelak.
26. Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada pihak urus setia daerah
selepas dua (2) minggu dari tarikh tutup penyertaan maka peserta tersebut dianggap
tidak berjaya.

HADIAH PEMENANG
27. Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang utama (johan, naib
johan dan ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.
Disediakan oleh:
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

PERAKUAN KEASLIAN KARYA e-PERTANDINGAN DEKLAMASI


SAJAK KEMERDEKAAN DAN SYAIR ADAB & NILAI
PERINGKAT KPM (TAHUN 2020)

Saya (............................................................……………………............................) bernombor kad


pengenalan
(.......................................................................) dengan ini mengakui bahawa:
1. Semua butiran diri yang diberikan adalah benar.
2. Karya yang dihantar adalah hasil tulisan saya sendiri sepenuhnya.
3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap karya yang dihantar dari segi kesahihan fakta dan
bebas
daripada unsur plagiat, terjemahan, atau karya yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan
4. Bersetuju bahawa hasil karya ini akan menjadi milik penganjur untuk disunting dicetak dan
diterbitkan.

Pengesahan Pengetua
Tandatangan : ...............................................… Tandatangan : ..........................................
Nama : ................................................………… Cop jawatan :
No. Kad pengenalan:……………………………..
Untuk rekod Urus setia

Tarikh Terima :...........................................…


Nama penerima :.............................................
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PENJURIAN e-PERTANDINGAN DEKLAMASI


SAJAK KEMERDEKAAN DAN SYAIR ADAB & NILAI
PERINGKAT KPM (TAHUN 2020)

Anda mungkin juga menyukai