Anda di halaman 1dari 16

PENGURUSAN MAKMAL SAINS

KONSEP MAKMAL SAINS


Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untuk
pengajaran-pembelajaran amali Sains.
Ia dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen Sains di
bawah keadaan yang terkawal.
Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal
Sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran Sains dengan lebih
berkesan.


PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Komponen pengurusan makmal sains meliputi:

1. Kemudahan dan susunan fizikal makmal sains.
2. Anggota struktur organisasi
3. Stok yang merangkumi pengurusan buku-buku stok, bahan dan
peralatan, dan proses pemerolehan, pembelian, penyelengaraan dan
penyimpanan.











Carta di bawah mengilustrasikan secara amnya komponen-komponen pengurusan
makmal Sains di peringkat sekolah, institut perguruan dan kolej matrikulasi.



STRUKTUR ORGANISASI MAKMAL SAINS

Pengurusan makmal sains dengan cekap bergantung kepada sikap proaktif dan
kerjasama yang erat di antara guru-guru Sains dan pembantu makmal.
Aspek-aspek utama dalam pengurusan makmal Sains ialah:

1. Keceriaan makmal Sains

2. Penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan dan bahan.

3. Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan
4. Keselamatan Makmal Sains



KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS
Komponen-komponen keselamatan dalam makmal Sains meliputi:

1. Persediaan peraturan penggunaan makmal Sains termasuk
peralatan dan bahan sains.
2. Penyediaan alat pemadam api dan senarai cara
menggunakannya.
3. Persediaan pelan laluan kecemasan dan latihan
kebakaran.
4. Persediaan peti pertolongan cemas dan panduan kemahiran
pertolongan cemas seperti: luka, pengsan, selar dan lecur, kejutan
elektrik, mata terkena bahan kimia atau benda asing, sengatan
serangga, terkena asid atau alkali, terhidu gas, tertelan kimia dan
sebagainya.




PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS

Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung
dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua
dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan
bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru
Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan
kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan
Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan
Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam
keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sainsberkaitan pengendalian program
kurikulum dan
.
kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan,
penyelarasan, penilaian danpemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen
dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar.
4.1 Ketua Bidang Sains dan Matematik
Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang
diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik.
4.1.1 Syarat Kelayakan Perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik
a. Dilantik dalam kalangan guru sains / matematik yang
berpengalaman.
b. Mempunyai pengkhususan dalam bidang sains / matematik.
c. Gred jawatan DG 44.

4.1.2 Latihan yang diperlukan

a. Pengurusan stok.
b. Pengendalian peralatan sains.
c. Prosedur pelupusan bahan kimia dan peralatan sains.
d. Pengendalian peralatan ICT.
e. Pengurusan dan keselamatan makmal sains.

4.1.4 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik

Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab kepada
Pengetua dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum
semua mata pelajaran sains dan matematik di sekolah dari segi
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan.
Ketua Bidang Sains dan Matematik juga bertanggungjawab dalam
memberi bimbingan profesional kepada guru-guru sains dan
kakitangan makmal sains. Bimbingan ini adalah untuk memastikan
peningkatan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran serta pengurusan makmal melalui program perkembangan
staf.

Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam
pengurusan makmal sains adalah seperti :

a. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem
bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan
menepati ciri-ciri keselamatan.
b. Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam
keadaan bersih dan selamat digunakan.
c. Merancang dan menyediakan :
i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan
ii. Peraturan keselamatan
iii. Latihan kecemasan dan kebakaran
iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual
penyelenggaraan
v. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput
tarikh penggunaannya
d. Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal
sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.
e. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja
kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja
tersebut dipatuhi.
f. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains
dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
g. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan
sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.
h. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan
bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.
i. Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan
bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang
berkuatkuasa.
j. Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang
baru dibeli dan yang baru diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya.
k. Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan
Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains).
l. Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.
m. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti
perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.
n. Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal
sains dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
o. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan
peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan.
p. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa
ke semasa.


4.2 Ketua Panitia Sains

Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua Bidang
Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian
daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal dan bilik
sains sekolah. Panitia sains yangdiketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-
guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains
Tambahan, Fizik,Kimia dan Biologi.
Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Pengetua
dan Guru Besar secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains
di bawah tanggungjawabnya. Ketua Panitia Sains secara automatik menjadi
Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Bagi memastikan semua tugas
dapat dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab untuk
memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan berkesan.
4.2.1 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains
Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah
seperti berikut :

a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan
peralatan dan bahan sains.
b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari
segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk
tujuan hapus kira dan pelupusan.
d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan
manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.

e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan
bilik sains seperti berikut :
i.
Pesanan peralatan dan bahan sains
ii.
Stok makmal sains
iii.
Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains
iv.
Kerosakan dan kehilangan
v.
Penyelenggaraan dan pemeriksaan
vi.
Kemalangan
vii.
Rekod penggunaan makmal sains
f. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan
sempurna.
g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik,
air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri
keselamatan.
h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains
dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal
dan bilik sains.
i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan
bilik sains.
j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan
selamat.
k. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam
panitianya dan kakitangan makmal dan bilik sains.
l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi
panitianya.
m. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik
sains.
n. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.
o. Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan
dan bahan sains di bawah jagaannya.
p. Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
q. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk
guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan :
i.
Pengurusan makmal dan bilik sains
ii.
Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan
iii.
Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan
bahan berbahaya yang lain
r. Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan
yang berkaitan dengan makmal dan bilik sains.
s. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok
tahunan.
t. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.
u. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru
Besar dari masa ke semasa.


4.3 Guru Sains

Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam
pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :

a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.
b. Melaksanakan PEKA Sains.
c. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan
makmal dan bilik sains.
d. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
e. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan
digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk
tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.
f. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan
dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
g. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia
merekod, menyemak dan mengemas kini stok.
h. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
i. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru
Besar dari masa ke semasa.


4.4 Pembantu Makmal

4.4.1 Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu Makmal

a. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
b. Lulus dalam mata pelajaran matematik atau salah satu daripada
mata pelajaran sains.
c. Lulus Bahasa Melayu.

4.4.2 Keperluan Latihan Pembantu Makmal

a. Kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan larutan
(kemolaran).
b. Kemahiran menyediakan larutan piawai.
c. Kemahiran mengendalikan bahan kimia terutamanya bahan toksik.
d. Kemahiran mengendalikan eksperimen yang berkaitan dengan
mikroorganisma.
e. Kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat, berkarat dan
mudah teroksida.
f. Kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan, seperti
tumpahan bahan organik, bahan mengkakis, rejatan elektrik dan
seumpamanya.
g. Kemahiran mengendalikan stok dan penyimpanan alat atau bahan
sains yang sistematik.
h. Kemahiran mengendalikan komputer.
i. Kemahiran membaiki kerosakan kecil sistem pendawaian dan
sistem paip air.
j. Kemahiran menguruskan stok.
k. Kemahiran mengendalikan peralatan sains terutama yang
memerlukan kejituan seperti dalam pengukuran dan timbangan.
l. Kemahiran menyelenggarakan peralatan sains mengikut
prosedur.
m. Kemahiran melupuskan bahan-bahan kimia dan peralatan sains.

4.4.3 Tugas-tugas Pembantu Makmal

4.4.3.1 Tugas Harian

a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal
sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci
pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar
sentiasa dalam keadaan bersih.
c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang
dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau
borang pesanan.
e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi
sebelum kerja amali dijalankan.
f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang
diperlukan untuk kerja amali.
g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam
mengendalikan peralatan dan bahan sains.
h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang
kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.
i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains
ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.
j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas,
air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.
k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains
termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid
mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.
m. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang
terakhir pada setiap hari :

i. Membersih bekas dan sisa
bahan sains yang telah digunakan

ii. Menutup bekalan gas, air
dan elektrik


iii. Menutup tingkap, mengunci
pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains

iv. Menyimpan kunci bilik
makmal sains mengikut arahan pengetua
n. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan
segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada
guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik
atau Pengetua.
o. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains
seperti mengemaskini stok dan sebagainya.
p. Mencuci peralatan sains yang kotor.
q. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan
menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.
r. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Pengetua dari masa ke semasa.

4.4.3.2 Tugas Semasa Cuti sekolah

a. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru
sains mengemas kini rekod stok.
b. Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan
sebagainya seperti yang diperlukan untuk kerja amali.
c. Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan
larutan kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol
reagen jika perlu.
d. Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan
terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains.
e. Menghasilkan air suling.
f. Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan
sains.
g. Mengecas dan discas akumulator.
h. Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta,
model, alat timbang dan sebagainya.
i. Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat
dan bersistem.
j. Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan
berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
k. Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta
alat mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak
luput tarikh.

l. Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan
sains jika perlu.
m. Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah
luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.
n. Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan
rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi
yang baru diterima.
o. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja
hapus kira dan pelupusan.
p. Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot
makmal sains.
q. Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia
dan bahan biologi disusun dengan teratur.
r. Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal
termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. Jika berlaku
sebarang kerosakan atau kebakaran, laporkan perkara ini dengan
segera kepada pihak sekolah.
s. Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun
serta berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
t. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat
anggaran belanjawan.

4.4.3.3 Tugas-tugas Lain

a. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru
sains dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu
pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan).
b. Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan.
Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua / Ketua Bidang
Sains dan Matematik / Ketua Panitia.
c. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua
berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik sahaja
diterima daripada pembekal.
d. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
e. Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat bantu
mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran sains.
f. Membantu mengurus buku stok / inventori.
g. Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli
serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok utama dan
kad stok.
h. Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang
pesanan.
i. Memasang klip buaya pada dawai.
j. Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains, kem sains
dan sebagainya.
k. Menajamkan alat-alat pemotong.
l. Merekod radas rosak atau pecah semasa amali.
m. Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan binatang
jika ada
n. Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali.
o. Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan baru.
p. Membuat catatan dalam buku kerosakan atau pecah, kemalangan,
pinjaman dan lain-lain yang berkaitan.
q. Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat




Bibliografi

1. Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan Keselamatan
Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala
Lumpur

2. Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2
bertarikh 14 Mei 2009

3. Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)(BPO)253/2/11-6
Klt.27(36) bertarikh 30 Disember 2008

Anda mungkin juga menyukai