Anda di halaman 1dari 30

PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS

Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan
bilik sains di sekolah. Pengetua bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian
program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan.
Pengetua merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam
aspek profesional dan pengurusan
Penolong Kanan Pentadbiran , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum dan Ketua Bidang Sains dan
Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian
program kurikulum dan .kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan.
Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar.

1.1 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik


Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum
semua mata pelajaran sains dan matematik di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan
pemantauan. Ketua Bidang Sains dan Matematik juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional kepada guru-guru
sains dan kakitangan makmal sains. Bimbingan ini adalah untuk memastikan peningkatan kemahiran mereka, khususnya dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal melalui program perkembangan staf.
Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam pengurusan makmal sains adalah seperti :
a. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya,
berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
b. Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.
c. Merancang dan menyediakan :
i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan
ii. Peraturan keselamatan
iii. Latihan kecemasan dan kebakaran
iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan
v. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannya
d. Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.
e. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan
waktu kerja tersebut dipatuhi.
f. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
g. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.
h. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan
makmal sains.
i. Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat
Pekeliling yang berkuatkuasa.
j. Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru diterima mengikut bilangan dan
spesifikasinya.
k. Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains).
l. Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.
m. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan
kakitangan makmal.
n. Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
o. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan.
p. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

1.2 Ketua Panitia Sains,Biologi,Fizik dan Kimia

Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua serta Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan,
penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal sains sekolah. Panitia sains
yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains, Fizik, Kimia dan Biologi.
Ketua Panitia Sains, Fizik, Kimia dan Biologiyang dilantik oleh Pengetua dan Guru Besar secara rasmi untuk memimpin guru-guru
mata pelajaran sains di bawah tanggungjawabnya. Ketua Panitia secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
Bagi memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia
dilaksanakan dengan berkesan.
1.2.1 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia
Tugas Ketua Panitia dalam pengurusan makmal sains adalah seperti berikut :
a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains.
b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang
tahun.
c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.
d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan
bersistem.
e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut :
i. Pesanan peralatan dan bahan sains
ii. Stok makmal sains
iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains
iv. Kerosakan dan kehilangan
v. Penyelenggaraan dan pemeriksaan
vi. Kemalangan
vii. Rekod penggunaan makmal sains
f. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.
g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan
menepati ciri-ciri keselamatan.
h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan
makmal dan bilik sains.
i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.
j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
k. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan makmal dan bilik sains.
l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
m. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains.
n. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.
o. Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya.
p. Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
q. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains
berkaitan dengan :
i. Pengurusan makmal dan bilik sains
ii. Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan
iii. Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan berbahaya yang lain
r. Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan dengan makmal dan bilik sains.
s. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.
t. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.
u. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

1.3 Guru Sains

Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah
seperti berikut :

a. Mematuhi jadual penggunaan makmal sains.


b. Melaksanakan PEKA Sains.
c. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains.
d. Memastikan makmal sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
e. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau
buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal .
f. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah
keselamatan.
g. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok.
h. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
i. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

1.4 Pembantu Makmal

1.4.1 Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu Makmal

a. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.


b. Lulus dalam mata pelajaran matematik atau salah satu daripada mata pelajaran sains.
c. Lulus Bahasa Melayu.

1.4.2 Keperluan Latihan Pembantu Makmal


a. Kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan larutan (kemolaran).
b. Kemahiran menyediakan larutan piawai.
c. Kemahiran mengendalikan bahan kimia terutamanya bahan toksik.
d. Kemahiran mengendalikan eksperimen yang berkaitan dengan mikroorganisma.
e. Kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat, berkarat dan mudah teroksida.
f. Kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan, seperti tumpahan bahan organik, bahan mengkakis, rejatan elektrik dan
seumpamanya.
g. Kemahiran mengendalikan stok dan penyimpanan alat atau bahan sains yang sistematik.
h. Kemahiran mengendalikan komputer.
i. Kemahiran membaiki kerosakan kecil sistem pendawaian dan sistem paip air.
j. Kemahiran menguruskan stok.
k. Kemahiran mengendalikan peralatan sains terutama yang memerlukan kejituan seperti dalam pengukuran dan
timbangan.
l. Kemahiran menyelenggarakan peralatan sains mengikut prosedur.
m. Kemahiran melupuskan bahan-bahan kimia dan peralatan sains.
1.4.3 Tugas-tugas Pembantu Makmal

1.4.3.1 Tugas Harian

a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci
pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih.
c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau
borang pesanan.
e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan.
f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali.
g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains.
h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.
i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.
j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.
k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.
m. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari :
i. Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan
ii. Menutup bekalan gas, air dan elektrik
iii. Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains
iv. Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua
n. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada
guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.
o. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya.
p. Mencuci peralatan sains yang kotor.
q. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.
r. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

1.4.3.2 Tugas Semasa Cuti sekolah

a. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains mengemas kini rekod stok.
b. Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti yang diperlukan untuk kerja amali.
c. Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen
jika perlu.
d. Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains.
e. Menghasilkan air suling.
f. Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains.
g. Mengecas dan discas akumulator.
h. Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model, alat timbang dan sebagainya.
i. Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem.
j. Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
k. Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak
luput tarikh.
l. Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains jika perlu.
m. Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.
n. Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi
yang baru diterima.
o. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja hapus kira dan pelupusan.
p. Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot makmal sains.
q. Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi disusun dengan teratur.
r. Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. Jika berlaku sebarang
kerosakan atau kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah.
s. Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
t. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat anggaran belanjawan.
1.4.3.3 Tugas-tugas Lain

a. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu
pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan).
b. Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua / Ketua Bidang
Sains dan Matematik / Ketua Panitia.
c. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik
sahaja diterima daripada pembekal.
d. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
e. Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat bantu mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran sains.
f. Membantu mengurus buku stok / inventori.
g. Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku
stok utama dan kad stok.
h. Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan.
i. Memasang klip buaya pada dawai.
j. Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains, kem sains dan sebagainya.
k. Menajamkan alat-alat pemotong.
l. Merekod radas rosak atau pecah semasa amali.
m. Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan binatang jika ada
n. Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali.
o. Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan baru.
p. Membuat catatan dalam buku kerosakan atau pecah, kemalangan, pinjaman dan lain-lain yang berkaitan.
q. Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan.
l. Membantu keceriaan makmal

1.4.4 Norma Perjawatan Pembantu Makmal di Sekolah Menengah


(diluluskan mulai tahun 2009)

Norma Perjawatan Perakuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Formula pengiraan kelayakan bagi :

a. Pembantu Makmal Gred C17

Bilangan Makmal x 1
b. Pembantu Makmal Gred C22

Sekolah Menengah (SM) yang mempunyai sekurang-kurangnya dua buah kelas Tingkatan Enam Sains adalah layak diwujudkan satu
jawatan Pembantu Makmal C22. Dalam pelaksanaan KUP, akan wujud perjawatan C22 di sekolah harian biasa. (Rujuk Surat Siaran
Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009.

Jawatan ini termasuk dalam perkiraan formula berikut :

Bilangan Makmal x 1

c. Pembantu Makmal Gred C26

Norma ini turut terpakai di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi jawatan Pembantu Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan
Pembantu Makmal gred C26
4.5 Cadangan

Pembantu Makmal yang baru dilantik wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja-kerja di makmal sains sebelum penempatan
dilakukan.
Lampiran 4.1

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C17)

1. Merancang dan mengawal operasi makmal.

2. Menyediakan dan mengendalikan bahan.

3. Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

4. Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

5. Menguruskan pentadbiran makmal.


Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C17)

1. Merancang dan Mengawal Operasi Makmal

(a) Menyediakan jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.


(b) Menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal/amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d) Menjalankan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
(e) Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang
menggunakan makmal.
(f) Mengawasi penggunaan makmal oleh pelajar agar mematuhi peraturan-peraturan ketika berada di makmal.
(g) Memastikan kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran makmal (dalam dan luar) serta kesesuaian susun atur perabot
di makmal.

2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

(a) Menklasifikasikan bahan-bahan di makmal.


(b) Menerima dan menyimpan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering,
menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

3. Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

(a) Mengklasifikasikan peralatan makmal.


(b) Menerima dan menyimpan peralatan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada
sumber haba)
(c) Menguji dan mengesahkan peralatan berfungsi dengan sempurna.
(d) Menyediakan peralatan untuk kegunaan P&P (amali).
(e) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f) Membersih dan menyenggara peralatan sains. (Contohnya kanta pembesar, mikroskop)
(g) Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.

4. Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

(a) Berada di makmal sains / bilik persediaan sains semasa amali berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila
diperlukan.
(b) Mengawasi pelajar ketika menjalankan ekperimen agar prosedur keselamatan dan kebersihan dipatuhi.
(c) Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan.
(d) Memastikan radas yang telah selesai digunakan dibersihkan dengan sempurna mengikut prosedur tertentu. (Contohnya
membersihkan radas menggunakan air suling)
(e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.
(f) Memastikan sisa bahan eksperimen dan lebihan bahan disimpan / dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

5. Menguruskan Pentadbiran Makmal

(a) Membantu pihak pentadbir menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b) Menguruskan inventori bahan / peralatan serta pengendalian stor mengikut prosedur.
(c) Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(d) Membantu pihak pentadbir menguruskan pelupusan peeralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(e) Menerima dan mengumpul aduan kerosakan bahan / peralatan untuk dilaporkan kepada pihak pentadbir agar diambil tindakan.
Lampiran 4.2

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)


1. Menyelaras dan menyelia operasi makmal.

2. Menyediakan dan mengendalikan bahan.

3. Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

4. Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

5. Menguruskan pentadbiran makmal.

6. Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains.

Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)

1. Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

(a) Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.


(b) Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal / amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d) Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
(e) Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan
pelajar yang menggunakan makmal.
(f) Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal).
2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan
(a) Memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b) Memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat
kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c) Memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran
tindak balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali).
(d) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati
3. Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b) Memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh
daripada sumber haba)
(c) Memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna.
(d) Menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P (amali).
(e) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f) Memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan
berhati-hati.
(g) Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.
4. Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

(a) Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
(b) Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila
diperlukan.
(c) Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
(d) Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas
digunakan.
(e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.

5. Menguruskan Pentadbiran Makmal

(a) Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.


(b) Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.
(c) Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.
(d) Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(e) Menguruskan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(f) Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.
6. Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains

(a) Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah
seliaannya.
(b) Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.
(c) Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar
agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
(d) Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.
(e) Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan
tindakan pihak pentadbir.
(f) Memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.
(g) Mengganti / menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi.0

Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)


1. Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal
(a) Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
(b) Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal / amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d) Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
(e) Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan
pelajar yang menggunakan makmal.
(f) Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal).

2. Menyelia dalam Urusan Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b) Memantau dan memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya
menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung dengan urusan memproses / menyediakan bahan keperluan makmal
yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P
(amali).
(d) Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

3. Menyelia dalam Urusan Menyedia, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b) Memantau dan memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya
dan jauh daripada sumber haba)
(c) Memantau dan memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna.
(d) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan
ketelitian untuk kegunaan P&P (amali).
(e) Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f) Memantau dan memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara
dengan baik dan berhati-hati.
(g) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.

4. Menyelia dan Memantau dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

(a) Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
(b) Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila
diperlukan.
(c) Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
(d) Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas
digunakan.
(e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.
5. Menguruskan Pentadbiran Makmal
(a) Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b) Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.
(c) Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.
(d) Menyelia urusan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(e) Menyelia urusan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(f) Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.

6. Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains
(a) Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah
seliaannya.
(b) Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.
(c) Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar
agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
(d) Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.
(e) Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan
tindakan pihak pentadbir.
(f) Memantau dan memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.
(g) Menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi.
Bibliografi :

1. Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan Keselamatan


Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala
Lumpur
2. Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2
bertarikh 14 Mei 2009
3. Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)(BPO)253/2/11-6
Klt.27(36) bertarikh 30 Disember 2008
Agihan Tugasan Khas Pembantu Makmal Sains SMKPP 2015

Bil Nama Makmal Tugasan 1 Tempoh Tugasan 2 Tempoh


1 En Mahmod bin Sipun Biologi 3K 5S
2 Pn Junaidah bt Suandi Kimia 5S Jun - Ogos 3K September-Disember
3 Pn Roswidayuny bt Faizul Marid Sains 3K 5S
4 Pn Wahidah Fizik 5S 3K

- Tugas khas ini dilaksanakan di samping tugas asasi


- Tugas khas boleh dilaksanakan secara berkumpulan,namun nama yang ditugaskan bagi setiap makmal adalah ‘person in
charge’ dalam tempoh yang ditetapkan.
- Sekiranya memerlukan alatan atau pun peruntukan kewangan,sila berbincang dengan GKMP,Ketua Panitia dan Guru Sains

Program 3K di makmal berpandukan ‘KRITERIA KECEMERLANGAN MAKMAL SAINS’

1.Pengurusan Makmal

A. Buku stok Penggunaan alat


B. Buku Stok Peralatan makmal
i. Daftar harta modal
ii. Daftar inventori
iii. Daftar stok bekalan pejabat
C. Rekod pergerakan alat.
D. Buku rekod peralatan.
E. Jadual bertugas kakitangan.
F. Jadual penggunaan makmal.

2.Fizikal makmal
A. Susunan alatan
B. Label alatan
C. Kebersihan dan keceriaan dalaman makmal.
D. Kebersihan dan keceriaan stor-stor utama & stor makmal.
E. Kebersihan dan keceriaan bilik persediaan
.F. Kebersihan dan keceriaan luaran sekitar makmal.
G. Susunan sudut-sudut khas.
H. Keseluruhan bahagian makmal berfungsi
.I. Pengelibatan keseluruhan makmal.
3.Sudut pameran & unsur pameran

A. Buku kajian/skrap
B. Papan kenyataan & pengisian
C. Hasil kerja pelajar
D. Model/gambar/poster dll
E. Akuarium/bahan awet
F. Carta pencapaian mata pelajaran sains/sains tulen PMR, SPM dan STPM
G. Album
H. Carta aliran kerja P&P

4.Pengurusan panitia sains

a. Fail minit mesyuarat


b. Perancangan tahunan
c. Minit mesyuarat panitia
d. Bank soalan.
e. Rekod analisis pencapaian ujian/peperiksaan.
f. Program latihan dalaman guru & kakitangan.
g. Perancangan perbelanjaan dan peruntukan kewangan.
h. Struktur organisasi.
i. Bahan sumber Asas
1.1 Sukatan pelajaran & huraian sukatan pelajaran.
1.2 Nota /edaran kursus/pukal sains
1.3 Surat Arahan PPD/JPN/KPM
j. ABM/BBM
k. Buku Rekod pengajaran (ditulis dan kemaskini)
l. Buku amali pelajar.
m. Buku latihan pelajar
n. Penghayatan PEKA
n.1. Dokumentasi PEKA
n.2. Bukti pelaksanaan PEKA pelajar
n. Buku-buku rujukan.
p. Teknik penggunaan radas/alatan.

5. Penyelenggaraan Alatan/bahan
a. Keselamatan penyimpanan
b. Kaedah penyusunan yang diselaraskan dengan buku stok
c. Penjagaan dan pemulihan
d. Tanda/label tempat simpanan
e. Radas dan bahan mencukupi
f. Pelupusan alatan/bahan.
f..1 Rekod pelupusan
f.2. Bukti pelupusan (tempat)

6.Keselamatan makmal

a. Peti rawatan kecemasan


b. Pemadam kebakaran
c. Rekod kemalangan
d. Peta laluan kecemasan.
e. Latihan kebakaran.
f. Peraturan keselamatan makmal.
g. Sistem penjagaan makmal teratur (gas, air dan elaktrik)
h. Peralatan keselamatan diri.
l. Peredaran udara dalam makmal.
j. Utamakan keselamatan diri di premis makmal.
k. Penggunaan baju makmal.

7.Ciri istimewa

a. Perpustakaan Jabatan Sains


b. Taman sumber sains
c. Galeri sains
d. Penggunaan IT dalam pelbagai pengurusan di makmal.
e. Projek khas - Contoh GLA.
f. Disiplin kakitangan makmal.
g. Impak budaya sains (Kuiz sains/puisi sains/inovasi sains dll
h. lain-lain

PROGRAM 5S DI MAKMAL SAINS IALAH SEPERTI BERIKUT (Butiran terperinci,boleh rujuk:Puan Wahidah)

1. SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja dan membuangkannya.

2. SEITON SUSUN

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

3. SEISO SAPU

Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk diatas lantai , mesin dan perkakas.
4. SEIKETSU SERAGAM

Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan peyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

5. SHITSUKE SENTIASA AMAL

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja dan membuangkannya.

Anda mungkin juga menyukai