Anda di halaman 1dari 5

PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS

Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan .kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar. 4.1 Ketua Bidang Sains dan Matematik Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik. 4.1.1 Syarat Kelayakan Perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik a. Dilantik dalam kalangan guru sains / matematik yang berpengalaman. b. Mempunyai pengkhususan dalam bidang sains / matematik. c. Gred jawatan DG 44. 4.1.2 Latihan yang diperlukan a. Pengurusan stok. b. Pengendalian peralatan sains. c. Prosedur pelupusan bahan kimia dan peralatan sains. d. Pengendalian peralatan ICT. e. Pengurusan dan keselamatan makmal sains. 4.1.4 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik

Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum semua mata pelajaran sains dan matematik di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Ketua Bidang Sains dan Matematik juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional kepada guru-guru sains dan kakitangan makmal sains. Bimbingan ini adalah untuk memastikan peningkatan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang pengajaran dan perkembangan staf. Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam pengurusan makmal sains adalah seperti : a. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan. b. c. Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan. Merancang dan menyediakan : i. ii. iii. iv. v. d. e. f. g. h. i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan Peraturan keselamatan Latihan kecemasan dan kebakaran Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannya Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains. Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa. pembelajaran serta pengurusan makmal melalui program

j. k. l. m. n. o. p.

Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya. Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains). Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal. Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

4.2

Ketua Panitia Sains Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua Bidang Sains

dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal dan bilik sains sekolah. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Pengetua dan Guru Besar secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di bawah tanggungjawabnya. Ketua Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Bagi memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan berkesan. 4.2.1 berikut : a. b. c. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan. Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti

d.

Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.

e.

Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut : i. sains ii. iii. peralatan dan bahan sains iv. v. vi. vii. Kerosakan dan kehilangan Penyelenggaraan dan pemeriksaan Kemalangan Rekod penggunaan makmal sains Stok makmal sains Pinjaman atau pemindahan Pesanan peralatan dan bahan

f. g. h. i. j. k. l. m. n. o. p. q.

Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan makmal dan bilik sains. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains. Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya. Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan : i. sains ii. penyelenggaraan peralatan iii. Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan berbahaya yang lain Pengendalian dan Pengurusan makmal dan bilik

r. s. t. u.

Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan dengan makmal dan bilik sains. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

4.3

Guru Sains

Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut : a. b. c. d. e. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains. Melaksanakan PEKA Sains. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains. f. g. h. i. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai