Anda di halaman 1dari 4

Refleksi

Pertama kali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuhan kerana dengan
rahmat tuhan saya dapat menyiapkan kerja kursus bagi subjek RBT 3173E iaitu Pengenalan
Kepada Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ini dengan sempurna. Tugasan ini memberikan satu
pengalaman yang baru kerana ia memerlukan saya untuk berkomunikasi dengan orang lain
untuk mencari maklumat. Saya menghadapi pelbagai cabaran semasa membuat kerja kursus
ini tetapi cabaran cabaran tersebut mengajar untuk saya tidak mudah berputus asa jika
hendak mencapai hasrat. Walau bagaimanapun, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan
yang diberi dengan bantuan pensyarah yang bernama En.Ainuddin Bin Mohd Isa. Tanpa
bantuan mereka saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini.
Benar kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, sebelum saya memulakan tugasan ini,
saya berasa agak berat untuk melakukannya kerana saya agak kurang faham dan mengalami
masalah ketika ingin mencari bahan dan mengolah isi dalam buku yang telah di dapati. Walau
bagaimanapun, dengan kerjasama dan tunjuk ajar pensyarah serta rakan rakan seperjuangan
yang lain, saya dapat memahami konsep yang diperlukan dalam tajuk tugasan Kemahiran
Hidup ini dengan baik dan lebih bersemangat dan gembira dalam melaksanakan tugasan kerja
kursus ini. Setelah itu, saya bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam kerja kursus dan
berharap agar dapat memberi yang terbaik dari diri saya sebagai seorang pelatih di institut
perguruan ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat berkat dan hidayah
daripadanya.
Tugasan ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama bagi tugasan ini adalah
mengkaji perancangan pentadbiran bengkel Kemahiran Hidup. Saya telah membuat kajian
tersebut di Bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Perbadanan.
Sebelum memulakan tugasan bagi bahagian pertama ini saya mendapatkan kebenaran
daripada guru panitia matapelajaran Kemahiran Hidup untuk meneroka bengkel Kemahiran
Hidup di sekolah tersebut. Semasa membuat lawatan di bengkel, saya dapat peluang untuk
menemuduga beberapa guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup. Mereka memberi
banyak maklumat mengenai cara pengurusan bengkel, kegunaan kelengkapan bengkel, aktiviti
aktiviti yang biasa dijalankan di bengkel tersebut dan sebagainya. Setelah menemuduga
beberapa murid, mereka mengatakan bahawa mereka akan lebih berseronok jika guru
menjalankan pengajaran dan pembelajaran di bengkel Kemahiran Hidup.

Setelah membuat pemerhatian terhadap bengkel Kemahiran Hidup, saya telah dapat
membayangkan bagaimana untuk menguruskan sesebuah bengkel kelak. Memandangkan saya
adalah bakal guru Kemahiran Hidup, saya mungkin akan dipertanggungjawabkan untuk
menguruskan sebuah bengkel. Melalui lawatan ini, saya boleh jadikan bengkel ini sebagai
penanda aras bagi menguruskan bengkel lain kelak. Selain itu, saya juga dapat mengetahui
bahawa pengurusan bengkel yang berkesan merupakan antara komponen penting bagi
pendidikan dalam bidang pekerjaan yang merangkumi latihan bengkel.
Pengurusan secara sistematik di dalam bengkel amat penting untuk memperolehi
keberkesanan dalam proses pembelajaran dan pengajaran (Yahya, 1989). Saya bersetuju
dengan pendapat beliau kerana

sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan

bersistematik akan membantu keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran. Perkara ini
bersesuaian dengan proses pembelajaran dan pengajaran itu sendiri yang mana disebabkan
kerja kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel merupakan kompenen
utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran
(Newable dan Canon, 1989). Disamping itu, kerjasama dari guru guru di sekolah itu dapat
membantu saya untuk mencari maklumat tentang bengkel Kemahiran Hidup.
Melalui pemerhatian yang telah saya buat, sudah tentu ada kekurangan yang dikesan.
Kekurangan yang perlu dilakukan penambahbaikan adalah mengenai susunan beberapa
perabot. Sebagai contoh, ada perabot yang diletakkan di tengah tengah laluan. Ini
menyebabkan laluan meja di sembit dan menyukarkan pergerakan pelajar. Apa yang boleh
dilakuakn seperti mengalihkan perabot ini dan diletakkan di sudut lain. Selain itu, keluasan
bengkel yang agak sempit tidak sesuai untuk meletakkan barangan yang terlalu banyak.
Mungkin guru boleh mengeluarkan beberapa barangan yang kurang diperlukan.
Tambahan pula, saya mendapati bahawa bengkel tersebut kekurangan bekalan peralatan
atau kemudahan yang sepatutnya. Peralatan seperti alatan tangan tidak mencukupi dan
menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara amali dilaksanakan. Pun
begitu, peralatan disusun dengan rapi mengikut kategori dan dilabelkan. Ini dapat memudahkan
guru lain mencari bahan atau peralatan yang diperlukan. Selain itu, suasana dalam bengkel
kelihatan kurang menarik dan boleh menjejaskan minat murid untuk belajar.Tiada mural di
dinding dinding bengkel menyebabkan bengkel ini kekurangan dari segi serinya.Hal ini
mungkin disebabkan guru panitia Kemahiran Hidup sekolah tersebut kurang berkemahiran dan

masih belajar dalam menguruskan sesebuah bengkel.Walaubagaimanapun, keadaan bengkel


adalah seamat digunakan dan sentiasa dalam keadaan yang bersih.
Seterusnya bahagian kedua dalam kerja kursus ini adalah menyediakan satu rancangan
pengajaran harian yang lengkap berdasarkan matepelajaran KHSR memberikan saya beberapa
pengalaman yang diharga. Tajuk yang saya pilih untuk membentuk satu rancangan pengajaran
harian adalah mengukur, menanda dan memotong bahan bagi tahun 5. Kemahiran yang
ditekankan dalam rancangan pengajaran harian ini adalah murid murid akan dapat
memahirkan diri untuk mengukur dan menanda bahan bahan yang berkenaan untuk
melaksanakan kerja kerja buat sendiri. Di samping itu, murid juga mampu untuk memotong
bahan yang telah ditandai untuk melaksanakan projek yang telah dirancang.
Pertama sekali saya menghadapi masalah dalam memilih tajuk yang sesuai untuk
membentuk satu rancangan pengajaran harian kerana didapati ada di antara kawan kawan
saya telah memilih tajuk yang saya pilih. Oleh itu, saya terpaksa menukar tajuk saya.dan
akhirnya dengan bantuan rakan rakan sekelas saya dapat memilih tajuk untuk RPH. Saya
agak keliru sikit untuk membentuk rancangan pengajaran harian ini walaupun mempunyai
pengalaman dalam membentuk rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran lain kerana
ini adalah kali pertama bagi saya untuk menyediakan rancangan pengajaran harian khususnya
bagi matapelajaran Kemahiran Hidup dan inilah kali pertama saya cari tajuk-tajuk KHSR yang
sesuai untuk saya untuk membuat RPH yang berkesan. Sebelum saya memulakan RPH, saya
juga melayari internet dan merujuk buku untuk mendapatkan cara yang betul untuk
menyediakan RPH. Di samping itu saya juga merujuk kepada pensyarah saya untuk
mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai penyediaan RPH. Yang pentingnya adalah
elemen-elemen yang perlu ada dalam RPH. Saya mengikuti elemen yang terdapat dalam RPH.
Oleh itu saya berasa senang untuk menyediakannya.
Hasil daripada tugasan ini, saya dapat mengetahui aspek aspek yang perlu ada dalam
perancangan pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum merancang dan melaksanakan P&P
seseorang guru perlulah

Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam


Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai
Merancang pengajarannya
- Set iduksi
- Perkembangan pengajaran dan pembelajaran
- Penutup
Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran
Menyediakan bahan bantu pengajaran

Menyediakan penilaian
Selain itu saya juga dapat mempelajari banyak perkara tentang strategi, kaedah dan

teknik pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Saya telah menyedari betapa pentingnya
perancangan pengajaran Kemahiran Hidup dalam menjamin keselamatan dan keharmonian
kelas khususnya murid murid yang terdiri daripada ragam yang berbeza. Saya telah
mempelajari tentang cara membuat bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan kemahiran
hidup ini, jika dahulu kami cuma memahaminya konsep ini dari perkataan sahaja iaitu tiada
hands on.
Kesimpulannya, dalam melaksanakan tugasan ini, banyak manfaat yang saya perolehi
sebagai bekalan menjadi seorang guru pada masa hadapan. Ianya membantu saya menjadi
lebih kreatif dan kritis. Saya begitu berpuas hati dengan tugasan ini kerana telah membantu
dalam usaha untuk menjadi seorang guru. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus
saya ini terutamanya rakan rakan yang banyak memberi komen yang bernas tentang tugasan
saya ini. Semoga dengan bantuan anda anda semua diberkati oleh Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai