Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI ( AHMAD ASYRAF BIN M.

SHAIPULAH )

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat jua kami menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek (KKP) bagi kursus kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi tugasan semester kali ini dengan cemerlangnya. Soalan tugasan pada kali ini ialah menjelaskan definisi dan konsep pendekata,kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan memilih salah satu pendekatan,kaedah dan teknik untuk mengajar kemahiran bacaan dan pemahaman.Selain itu,saya dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) beserta bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai untuk sesi pengajaran selama 60 minit. Sepertimana yang diketahui, banyak dugaan atau rintangan yang terpaksa saya lalui dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Masalah masa, tidak memahami konteks soalan, dan sebagainya terus menghantui saya sejak awal lagi. Selain itu, banyak kerja kursus dan aktiviti lain yang bertembung pada suatu masa . Namun, sebagai bakal seorang pendidik saya melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk sama-sama menanganinya. Semasa membuat tugasan ini saya mengalami masalah dalam mencari maklumat tentang pendekatan,kaedah dan teknik.Ini kerana saya perlu mencari definisi dan konsep berkaitan pendekatan,kaedah dan strategi yang berkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Bersyukur ke hadrat Ilahi masalah ini saya dapat selesaikan dengan menggunakan sumber internet dan buku yang berada di peerpustakaan.Selain itu saya juga menggunakan baha-bahan yang diberikan oleh pensyarah saya. Setelah siap menjelaskan defini dan konsep pendekatan,kaedah dan teknik,saya mendapat kesukaran dalam membina RPH Bahasa Melayu.Saya dan rakan saya bersama-sama memikirkan RPH yang sesuai untuk dibuat yang berkaitan dengan kemahiran bacaan dan pemahaman.Setelah saya dan rakan saya membuat analisis,akhirnya kami bersetuju menyediakan satu RPH yang dikehendaki oleh tugasan ini.

Melalui tugasan ini saya bersama ahli kumpulan saya memperoleh banyak inpu-input yang berguna.Selain input yang saya dapat,saya juga dapat mengenali ahli kumpulan saya kerana banyak masa saya luangkan masa bersama rakan saya dalam menyiapkan projek ini.Tambahan pula saya dapai belajar nilai kerjasama amat penting dalam membuat tugasan ini.Saya tidak boleh mementingkan diri sendiri serta bersifat berfikiran terbuka dengan menerima pendapat orang lain. Setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya berasa sangat berpuas hati dengan usaha dan penat lelah kami selama ini kerana telah berjaya menyiapkan tugasan mengikut apa yang dikehendaki oleh pensyarah.Tugasan ini memberi input positif kepada saya kerana melalui tugasan ini saya dapat mempelajari cara membuat RPH yang betul dengan bimbingan pensyarah saya Encik Tn Haji Rosli Bin Ab.Ghani.Selain itu,saya bersama ahli kumpulan saya yang lain dapat memupuk nilai kerjasama semasa menjalankan tugasan ini.Saya berharap tugasan ini mampu membawa saya ke arah yang lebih cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai