Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan rahmat dan


pertolongan-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus untuk subjek Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu (BMM3104) ini. Di ruang dan kesempatan ini, saya tidak akan
melupakan jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik
Mohd Nor Bin Mohamed yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan sentiasa bersabar dengan
tingkah laku anak didiknya yang penuh dengan kepelbagaian karenah masing-masing.
Setelah mendapat tugasan ini, saya memulakan proses pencarian maklumat melalui
internet, buku-buku dalam perpustakaan dan tidak lupa melalui perbincangan dengan
kawan-kawan yang lain.

Masalah yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini ialah seperti kekangan
masa disebabkan oleh jadual kelas yang padat ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti IPG,
kelajuan internet yang tidak memuaskan untuk saya mencari bahan-bahan tambahan serta
kadang-kadang tidak dapat meluahkan idea-idea yang baik untuk melengkapkan tugasan ini
disebabkan oleh kurang waktu untuk berehat. Tetapi semua masalah itu saya cuba untuk
atasi demi memastikan kesempurnaan tugasan ini. Saya dan rakan-rakan yang lain telah
berbincang dan bertukar pendapat mengenai tugasan ini untuk mempercepatkan proses
tugasan ini walaupun hakikatnya saya sedar kami semua mempunyai masa yang terhad.
Saya juga meminta bantuan rakan lain yang mempunyai pendapat dan idea yang bernas
untuk membantu saya dalam penghasilan maklumat utama untuk menggarap idea dalam
penulisan esei untuk banding beza antara pendekatan, kaedah dan teknik serta
menghasilkan rancangan pengajaran harian.

Hasil daripada tugasan kerja kursus ini ialah saya dapat memahami dan mengenal
pasti perbezaan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran kemahiran
bahasa melalui pembacaan keseluruhan saya terhadap tajuk tersebut. Daripada ketiga-tiga
tersebut, saya dapat meneroka dan membandingkan apa yang dikatakan pendekatan, apa
yang dimaksudkan dengan kaedah dan apa yang dikaitkan dengan teknik. Itu semua
merupakan ilmu yang sangat saya perlukan dan ia adalah cabaran yang perlu saya tempuhi
sebagai bakal guru yang ingin mendidik anak bangsa kelak.

Selain itu, untuk soalan yang kedua dalam tugasan ini iaitu menyediakan satu
rancangan pengajaran harian (RPH) kemahiran membaca atau menulis, saya berupaya
untuk menghasilkan RPH yang saya rasakan hampir sempurna jika dilihat daripada segi
format, tajuk dan isi yang saya pilih. Saya terpaksa memerah otak untuk memikirkan idea

23
bagaimana untuk membuat dan menghasilkan RPH yang baik untuk diketengahkan pada
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kelak. Tetapi, saya cukup teruja kerana
dapat menimba pengalaman dan mendapat bantuan daripada guru-guru yang lebih senior
dan telah menjadi guru selama lebih lima tahun semasa saya menjalani Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) untuk menghasilkan satu RPH yang bermutu. Selain itu, saya
juga mendapat ilmu baru dan cukup bangga kerana dapat menilai dan memeriksa karangan
murid tahap dua untuk kemahiran pengajaran bahasa melalui kemahiran menulis. Walaupun
masih lagi bergelar guru pelatih, tetapi pengalaman tersebut membuatkan saya berasa
seperti saya telah menjadi seorang guru Bahasa Melayu yang berpendapatan tetap.

Sepanjang saya melaksanakan tugasan kerja kursus ini, banyak pengalaman dan
ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh. Saya sedar bahawa sebagai seorang
bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin
sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Oleh
itu, melalui kursus ini secara tidak langsung saya dapat mengumpul dan menyimpan
sebanyak bahan yang boleh sebagai simpanan dan bekalan saya nanti untuk dijadikan
sebagai bahan bantu belajar untuk pelajaran matematik. Di samping itu, saya sedar bahawa
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas memerlukan perancangan dan
pelaksanaan yang pelbagai, menarik serta menyeronokkan murid. Melalui kursus ini, secara
langsung saya dapat belajar bagaimana untuk membina kemahiran komunikasi dan cara
pengajaran yang berkesan untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas kelak.

Secara tuntasnya, dapatlah saya simpulkan bahawa kursus ini memberi ruang serta
peluang kepada saya untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan
tentang cara menyelesaikan masalah dan cara untuk mengajar kanak-kanak dengan
berkesan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam opsyen
yang saya ambil iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kursus ini juga dapat
meningkatkan kefahaman saya tentang peranan dan tanggungjawab seorang guru di mana
ia dapat membantu serta memudahkan proses penyampaian pengajaran di dalam kelas
kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dapat
terus dikembangkan dan digunakan semaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di
sekolah nanti. Insya-Allah, sekian.

24

Anda mungkin juga menyukai