Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PEMBUBARAN JPP

Yang Hormat, Dato’ Hj. Jaafar bin Idris, Pengarah IPGKTAA, Yang Berusaha, Dr.

Abd Shatar bin Che Abdul Rahman, Timbalan Pengarah IPGKTAA, Yang Dihormati, Tuan

Haji Wahab bin Isa, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ketua-ketua Jabatan, Pensyarah-

pensyarah, barisan ahli JPP sesi 2013/2014, seterusnya rakan-rakan guru pelatih yang

dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1. Alhamdulillahirabbil alamin wasalatu wasalamu ala syaidina Muhammadin wa ala

alihi wasohbihi ajmain. Syukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah dan kurnianya,

kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini di dalam majlis pembubaran

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013.

Hadirin sekalian,

2. Sepanjang penglibatan kami di dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, kami

menimba banyak pengalaman berharga terutama dari segi pengurusan dan

kepimpinan yang mana tanpa kami sedari telah banyak mengubah sikap dari

seorang yang pasif kepada seorang yang aktif dan berdisiplin. Daripada seorang

guru pelatih biasa sebelum ini, dan setelah dipilih untuk menjadi ahli Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar, jiwa kami telah diserap dan diterapkan dengan elemen-elemen

yang baru untuk kami pelajari dan untuk kami praktikkan pada masa-masa akan

datang. Antara elemen-elemen yang telah kami pelajari sepanjang penglibatan kami

di dalam JPP ialah elemen Kepimpinan dan Keyakinan diri, Pengurusan, Etika

Sosial dan Protokol, Pengurusan Strategik dalam Kepimpinan dan Perancangan

Program. InsyaAllah dengan terisinya elemen-elemen tersebut di dalam jiwa kami,

kami akan cuba mengaplikasikannya sebaik mungkin untuk menjadi guru yang

berketerampilan dalam mendidik anak bangsa pada masa hadapan.


Hadirin yang saya hormati sekalian,

3. Di kesempatan ini, saya mewakili semua ahli JPP sesi 2012/2013, menyusun

sepuluh jari memohon maaf atas segala salah dan silap yang telah dan pernah kami

lakukan sepanjang kami menjadi JPP. Segala kesilapan yang telah kami lakukan

akan kami jadikan pengajaran dan iktibar untuk menjadi guru pelatih yang lebih

berdisiplin dan cemerlang. Semua orang boleh menjadi pemimpin tetapi tidak semua

boleh menjadi pemimpin yang baik. Saya berharap agar JPP yang akan datang

dapat memberikan komitmen yang tinggi dan dapat menjadi pemimpin yang baik

bagi membantu IPGKTAA dalam mencapai visi dan misi IPG.

4. Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan mendidik kami sepanjang

kami menjadi JPP untuk sesi 2012/2013 terutamanya kepada Jabatan Hal Ehwal

Pelajar yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna untuk kami

dalam melaksanakan tugas kami sebagai pemimpin dalam kalangan guru-guru

pelatih yang lain. Sekali lagi saya mewakili semua ahli JPP ingin memohon maaf

atas segala salah dan silap kami sepanjang penglibatan kami dalam JPP.

Sekian, saya akhiri ucapan saya dengan wabillahitaufiq walhidayah

wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai