Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN PENTOMEN KEMERDEKAAN 2016

Melayang serindit di atas permatang,

Merbak berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi, salam perpaduan dan salam 1


Malaysia.

Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, ajk pelaksana, para
guru, para peserta serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan


keizinannya dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis kita pada pagi
ini iaitu Pertandingan Pentomen Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2016.

Untuk makluman, Pertandingan Pentomen ini telah menerima sebanyak


_______ penyertaan manakala bagi Koir pula sebanyak _______ penyertaan.
Kesemua penyertaan adalah daripada pelajar Tingkatan 2 SMKDPB.

Hadirin yang dihormati sekalian, sebentar lagi kita akan memulakan


Pertandingan Pentomen dan Koir Kemerdekaan 2016.
Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya membaca syarat-syarat
petandingan pentomen.

Syarat-syarat Pertandingan

1. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada 5 hingga 15 orang sahaja.


2. Persembahan pentomen mestilah bertemakan kemerdekaan,
semangat patriotisme dan tidak menyentuh isu-isu sensitif dalam
politik, perkauman dan hal-hal yang berkaitan.
3. Masa yang dipeeruntukkan bagi setiap persembahan adalah tidak
melebihi 20 minit. Persembahan yang melebihi masa akan dikenakan
penalti.
4. Sebarang peralatan bagi tujuan persembahan semasa pertandingan
mestilah disediakan oleh peserta sendiri.
5. Iringan muzik, kesan bunyi dan penggunaan multimedia adalah
dibenarkan.
6. Pertandingan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak
penganjur. Segala keputusan yang dibuat oleh penganjur dan panel juri
adalah muktamad.

Pertandingan ini akan diadili oleh dua orang juri iaitu


___________________________ dan ____________________________. Keputusan
juri adalah muktamad, dan sebarang bantahan tidak dibenarkan. Penjaga
masa pertandingan ialah ______________________________.

Rakan-rakan guru dan pelajar yang dikasihi sekalian,

Pertandingan akan dimulakan sekarang. Tanpa melengahkan masa,


dipersilakan kumpulan yang pertama dari _________________ dengan tajuk
pentomen mereka iaitu _________________________________.

Demikian persembahan penuh kreativiti kumpulan yang pertama.


Terima kasih. Satu persembahan yang mengagumkan.
Selain terhibur, persembahan sebentar tadi menampilkan mesej yang
penuh bermakna.
Terima kasih. Satu persembahan yang mantap dan menghiburkan sekali.
Dipersilakan kumpulan yang seterusnya dari ________________ dengan
pentomen mereka yang bertajuk __________________________________.

Terima kasih kepada kumpulan _______________ yang merupakan kumpulan


terakhir bagi pertandingan ini.

............................(Ulang perkara yang sama sehingga kumpulan yang


terakhir)..........................

(KOIR)

Dengan berakhirnya persembahan dari kumpulan _______________ tadi,


maka berakhirlah Pertandingan Pentomen Kemerdekaan 2016 Peringkat
SMKDPB. Majlis akan berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan kepada
juri untuk membuat pemarkahan pertandingan.

Anda mungkin juga menyukai