Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH  MOTIVASI MAJLIS WATIKAH

PEMIMPIN SEKOLAH 2019 SMK KOLOMBONG, KOTA KINABALU.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..SALAM SEJAHTERA DAN


SELAMAT PAGI
Yang Dihormati ,
En Nohasdi bin Hassan, Pengarah Urusan Great Impact Resources selaku
penceramah kita pada pagi ini.
Yang Berusaha,
PENOLONG KANAN/ KETUA BIDANG

Barisan guru-guru penasihat Majlis Pemimpin Murid, Jawatankuasa Pengawas


Sekolah dan Pengawas Pendidikan Khas, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah,
Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya, Jawatankuasa Skuad Evo Sekolah,
Jawatankuasa Ketua Kelas dan Penolong.

Dan yang diraikan Pemimpin-pemimpin Muda Sekolah SMK Kolombong


yang  dikasihi   sekalian..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya  maka kita
diberikan kelapangan waktu, untuk sama-sama berkumpul  di dalam dewan ini
,bagi menjayakan  ceramah motivasi kepimpinan pelajar 2019 yang akan
dilakasanakan sebentar lagi. Semoga usaha kita pada pagi ini dilimpahkan
sepenuh keberkatan.

Melihat teruna terkelu lidah


Menjadi sejarah satu kenangan
Orang di nanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan

Selamat datang juga diucapkan kepada  Yang Dihormati En Nohasdi bin Hassan
selaku penceramah kita pada pagi ini. Terima kasih atas kesudian tuan untuk
bersama-sama berkongsi ilmu kepada pemimpin-pemimpin muda sekolah
SMk Kolombong bagi sesi 2019/2020.
SLOT -1
Hadirin Sekalian,

Sebentar lagi kita akan mengikuti aktiviti dan  slot ceramah yang akan
disampaikan oleh penceramah jemputan kita. Sebelum itu, izinkan saya
membacakan serba sedikit biodata diri penceramah kita pada pagi ini.

En Norhasdi bin Hassan merupakan Pengarah Urusan Great Impact Resources


selain daripada memegang jawatan sebagai yang Di Pertua PIBG SMK
Kolombong. Beliau yang berasal dari Benoni, Papar telah mendapat pendidikan
Ijazah Psikologi daripada Universiti Islam Antarabangsa dan Sarjana
Psikologi Kaunseling daripada Universiti Malaysia Sabah. Beliau juga
berpengalaman luas dalam bidang latihan, pengucapan awam dan kursus sejak
dari tahun 1994 bermula dari pengajian di universiti lagi. Selain itu beliau juga
merupakan penceramah bebas yang begitu dikenali umum.

Tanpa membuang masa majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Yang dihormati En Norhasdi bin Hasan,  Pengarah Urusan Great
Impact Resources,  untuk menyampaikan  ceramah motivasi pada hari ini. 

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada  Yang dihormati En Norhasdi bin


Hassan, Pengarah Urusan Great Impact Resources, atas ceramah dan aktiviti
yang cukup menarik pada pagi ini.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Sidang hadirin sekalian

Atur cara seterusnya adalah penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan


sekalung budi seutai kasih. Majlis mempersilakan Yang Berusaha
___________________________________________________________________
kepada penceramah kita pada hari ini.

Dipersilakan  Yang dihormati En Norhasdi bin Hassan untuk menerima


cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha  __________________________ dan


terima kasih juga kepada penceramah kita pada hari ini.
  
Terima kasih daun keladi
Kalau dijemput datanglah lagi

PENUTUP

Syabas kepada anak-anak yang juga pemimpin muda SMK Kolombong atas


kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot ini diadakan. Mudah-
mudahan  ada sesuatu yang telah pun kita perolehi pada majlis hari ini .

Sebelum kita menutup sesi pertama pada pagi ini, majlis ingin menjemput
tetamu kita dan juga guru-guru penasihat untuk menjamu kudapan di bilik
jamuan dan dipersilakan para pemimpin muda untuk mengambil makanan yang
telah disediakan di bahagian belakang dewan.

Untuk makluman hadirin dan hadirat, sesi kedua untuk majlis kita pada pagi ini
akan dimulakan pada jam _________ dan semua pemimpin muda dikehendaki
untuk berada di tempat masing-masing 5 minit sebelum majlis bermula. Terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai