Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MESYUARAT RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Sidang pertama dan taklimat program ppi modul ibu bapa


Tahun 2022 ppki sk cc

Bismillahhirrahmannirrahim

Bunga kecubung berwarna ungu


Ditatah berlian batu bermutu
Adat Melayu menyambut tetamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu

Yang dialukan,

1. Yg Berusaha Pn. Norzilah binti Haji Mohd Taib – Guru Besar SK Chepor,
Chemor.
2. Yg Berusaha en bahrin bin hamid, PK Pentadbiran SK Chepor
3. Yg Berusaha En attaufan bin jadid, PK HEM
4. Yg Berusaha Pn. Puteri Nilam Puri binti Megat Yusoff, PK Kokurikulum
5. Yang Berusaha En. Ahmad sukri bin zainun, PK Pend Khas
6. Rakan-rakan guru, pembantu pengurusan murid
7. Para ibu bapa, tuan-tuan puan-puan, dan para hadiran
Aluan
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat


Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinnya kita dapat bersama-sama dalam
Taklimat Pengurusan dan Mesyuarat Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi sidang
pertama bagi tahun 2022.

Terlebih dahulu, majlis mengalu-alukan kehadiran dan melakarkan kalungan budi


terima kasih diatas kesudian tuan puan para ibubapa kerana dapat hadir pada pagi ini
walaupun sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Semoga tindakan dan sokongan
yang diambil oleh ibu bapa pada pagi ini dapat memberi impak yang besar kepada
anak-anak kita dalam perkembangan kendiri.

1
Tetak buluh panjang tujuh
Buat menjolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon mendapat berkat

Bacaan Para hadirin sekalian,


Doa
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput En. Abu
Nain bin Mat Isa, untuk mengetuai bacaaan doa. Dipersilakan.

Amin-amin Ya Rabbil alamin. Semoga majlis kita ini mendapat keberkatan-Nya. Insya-
Allah.
Hadirin warga dewan yang dihormati sekelian,
Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara takwim
sekolah. Sesungguhnya ianya bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama
antara pihak sekolah dengan waris penjaga, malahan turut juga dapat
mengetengahkan segala pandangan waimma idea bernas daripada warga sekolah
mahupun para ibu bapa sekelian.
Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak
bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan
lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam aspek duniawi mahupun
ukhrawi..insyaAllah.

Adat bahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan

Para hadirin sekalian,


UCAPAN
Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan
ALUAN
Yang Berusaha En. Mohamad Azmi bin Razali, Pen Kanan Pend Khas SK Chepor
PKPK
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pen Kanan Pend Khas atas ucapan itu
tadi.
Adalah menjadi harapan kami agar kata-kata yang telah diluahkan tadi menjadi
renungan dan panduan untuk kita bersama.

2
Para hadirin sekalian,

Majlis diteruskan pada pagi ini dengan ucapan Yang Berusaha Pn. Norzilah binti
Mohd Taib, Guru Besar SK Chepor untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Ucapan aluan
GB Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Guru Besar SK Chepor atas ucapan itu
tadi.
Diharap agar ucapan itu tadi menjadi penguat semangat bagi ibu bapa supaya lebih bergiat aktif
di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi kecemerlangan anak-anak dalam
perkembangan kendiri mereka.

Hadiri-hadirat yang dihormati sekalian,

Setelah kita mendengar amanat yang disampaikan oleh Puan Guru Besar itu tadi, maka
marilah kita menambahkan kefahaman tentang pengurusan Program Pendidikan Khas
Taklimat SK Chepor.
Pengurusan
Majlis dengan ini menjemput EN. Ahmad Sukri bin Zainun, Pen. Kanan pendidikan
KHas.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Para hadirin sekalian,

Sepertimana yang kita tahu, terdapat dalam kalangan anak-anak kita yang terlibat
dengan program pendidikan inklusif di bidang akademik dan juga kokurikulum. Oleh
itum bagi menambahkan kefahaman ibu bapa terhadap program inklusif ini, majlis
Taklimat PPI
ingin menjemput Puan SAfiah Huraizah binti Abu Bakar bagi menerangkan tentang
program ini dengan lebih lanjut.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

3
Majlis dengan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada puan Guru Besar, Barisan
VIP undur diri.
Pentadbiran SKCC atas kesudian berada bersama kami pada hari ini.

Acara yang menyusul seterusnya adalah sesi perbincangan isu utama Rancangan
Pengajaran Individu bersama Guru Pencatat dan Ibu Bapa. Bagi ibu bapa yang baru
anak-anak mendaftar di Pendidikan Khas, ingin sy ceritakan serba sedikit tentang RPI.
RPI merupakan rancangan program penilaaian berterusan untuk seorang murid dan
sebagai teras perancangan pendidikan dalam program PPKI.
Sesi Soal
Jawab Maka bagi tahun ini, perbincangan akan berjalan antara guru pencatat dan ibu bapa.
Guru-guru akan berada di meja belakang. Saya akan bacakan nama anak-anak serta
guru pencatat. Ibu bapa akan berjumpa dengan guru pencatat bagi perbincangan dan
persetujuan RPI.

Penutup Dengan berakhirnya majlis taklimat pengurusan ini, maka berakhirlah sudah majlis kita
pada petang ini. Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan
sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk
itudatangnya dari diri saya sendiri.

Tiada ucapan seindah kemaafan;


Tiada kemaafan semurni keikhlasan;
Tiada keikhlasan setulus kesyahduan;

Justeru, marilah kita melabuhkan tirai pertemuan;


mencampakkan sauh pelayaran; dan merehatkan lelah kepenatan;

Lalu, sampai di sini sahaja berhujungnya majlis aku janji yang indah permai ini, dengan
penuh harapan kita menyusun kalimat refleksi agar
penganjuran mengundang kesan;
perbelanjaan tidak dipersiakan;
pengetahuan sudi dikongsikan;
kesamarataan dalam pendidikan kita sama-sama perjuangkan
Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

4
Dengan ini, saya sudahi dengan wabillahitaufik wahidayah, wassalamualaikum WB..

Anda mungkin juga menyukai