Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Majlis Persaaran – Pn Yong Mei Li

SAYA DAN SKAI

Selamat Pagi
Salam Negaraku Malaysia

Yang di hormati saudara Pengacara Majlis


Yang berusaha Puan Guru Besar Puan Salizawati Bt Omar
Yang Dihormati YDP Encik Azhar Bin Hanapi
Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Barisan AJK PIBG
Barisan Kelab BAKES 2017
Rakan-rakan guru dan Staf Sokongan
Dan Murid-murid yang dikasihi sekelian

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana hingga ke saat ini kita masih dipanjangkan usia dan
dapat berkumpul di dewan mulia untuk meraikan pesaraan saya.

Sesungguhnya saya mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga diatas
keraian yang diusaha oleh rakan-rakan guru, murid-murid dan semua hadirin sekelian.
Tiada kata untuk saya nukilkan kerana sungguh hebat segala sambutan atas asbab
sudah alam perkhidmatan sebagai guru dibumi ini.

Tema ucapan saya pada hari ini ialah “SAYA DAN SKAI” 

1. Kronologi Perkhidmatan di SKAI


2. Keluarga dan SKAI
3. Pengetua yang memimpin di SKAI ketika saya menjadi guru di SKAI
4. Suka dan duka di SKAI

Contoh : Pengalaman yang digali

5. Di sini mula membina identiti sebagai guru Sains di SMK Luar Bandar serta
melaksanakan hasrat yang membara sejak memulakan karrier sebagai seorang
guru.
a. Berkempen memupuk bahawa Sains dan matematik adalah mudah
b. Memulakan kelas aliran Sains Tambahan 1992
c. Memulakan kelas aliran Sains Tulen 2002
d.
6. Di sini mengenal erti kawan dan taulan. Ada yang sanggup bersengkang mata
membantu kejayaan anak murid yang disayangi bersama-sama dalam satu
pasukan dan ada juga yang mengamalkan sikap tonjol-tonjolan sambil menginjak
rakan sejawat untuk dapat dilihat kehebatan oleh orang atasan.  Sesungguhnya
yang bersikap tonjol-tonjolan menginjak rakan tidak kemana kesudahan.
Sengguhnya yang sentiasa berkerja sama dalam pasukan bersedia membantu
rakan itulah yang terserlah kejayaan.
7. Di sini mengenal kerja-kerja pentadbiran. Masih segar dalam ingatan
dimanaTuan Haji Jusoh Hassan menggunakan satu malam seminggu melatih
kami menjadi pentadbir pendidikan. Apatah lagi kalau dia balik dari IAB, beliau
akan mengadakan sessi penataran hal-hal pentadbiran pendidikan selepas solat
isyak. Mereka yang ada masa dipelawa untuk berbincang dibilik pengetua.
Melalui bimbingan yang beliau beri, saya menerima latihan dan menjana
kemahiran dalam pentadbiran.
8. Di sini mengenal kaedah pengajaran. Bermula tahun 1988 ketika KBSM
rancak diusahakan, saya terlibat menjadi Kakitangan Sumber Negeri. Saya
terdedah dengan berbagai kaedah pengajaran dan melaksanakan semampu
yang boleh serta menyebarkan kepada rakan. Sesungguhnya pengalaman itu
sangat berguna sehingga saya berjaya menjadi Guru Cemerlang.
9. Di sini kerja ajar dan didik. Semasa saya muda, memang mudah
menyampaikan pengajaran tetapi bila meningkat usia, penyampian pengajaran
agak sukar sedikit. Maka benarlah satu kajian yang mengatakan bahawa
pengajaran sangat berkesan jika beza umur antara pengajar dan yang diajar itu
kecil tetapi jika beza umur itu besar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
sukar. Oleh itu bagi rakan-rakan guru yang sudah meningkat usia tua sewajarnya
kita gunakan lebih banyak teknik mengajar berbentuk perbincangan sesama
murid dengan kita guru menjadi fasilitator.
10. Di sini ku lihat bekas muridku menjadi guru. Sesungguhnya saya sangat
gembira apabila melihat ramai mantan murid saya yang sudah menjadi guru
apatah lagi menyambung legasi saya di SMKPT. Kepada mereka semua saya
rakamkan tahniah dan berusahalah menjadi guru yang berjaya mendidik anak
bangsa dengan cemerlang.
11.

6.  Akhir kalam saya susun kata kemaafan atas beribu kesilapan yang disengaja atau
tidak disengajakan. Semoga perkenalan, persahabatan terus dikekalkan. Kepada adik-
adik pendidik yang ku tinggalkan, tabahlah anda sekelian kerana kerja mendidik
semakin banyak cabaran. Pengalaman, ilmu dan pengetahuan yang pernah saya
kongsikan saya halakan dan gunakan untuk menyambung kata Rasul menjadikannya
ilmu yang dimanfaatkan.

Kepada murid yang tidak sempat saya bantu sebelum peperiksaan, saya minta maaf,
tetapi kalau ada permintaan dan kelapangan masa insya Allah akan saya datang
membantu di saat-saat kelemasan.

7.  Ahkir kata sekali lagi…..  Seribu kemaafan dari saya...SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai