Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2019

TEMA: KESULTANAN MELAYU MELAKA (BAHASA ISTANA)

ATURCARA TEKS CATATAN


Peringatan / Cue: peringatan kepada semua hadirin
Makluman
Penggunaan - Perhatian: Majlis Sambutan Hari Guru pada hari ini
Bahasa Istana akan menggunakan Bahasa Istana yang bertujuan
untuk Pembelajaran bersama terutama penekanan
kepada calon-calon UPSR tahun ini.
- Penggunaan kosa kata ganti diri seperti Patik, Beta,
Sulta, Panglima Besar, Hulubalang dan lain-lain
hanya bersifat sementara dan hanya untuk
perkongsian pembelajaran bersama guru dan murid
sahaja.
- Watak-watak dalam lakonan hanya lakonan semata-
mata tiada kena mengena samada yang hidup atau
mati.
- Para hadirin juga diminta berdiri sebaik sahaja
Pengacara Majlis mengumumkan ketibaan para
tetamu kehormat.
- Kerjasama sidang hadirin amat kami hargai. Terima
kasih.

Hebahan Cue: Selepas perarakan


Voucher McD
- Untuk makluman semua guru dan staf sahaja tidak
termasuk guru pelatih dan staf kontrak.
- Didalam doorgif terdapat voucher berbentuk makanan
sumbangan daripada Pihak Mcdonald Malaysia.
Guru-guru boleh lah menebus voucher tersebut
bermula hari ini sehingga 20 haribulan Mei sahaja.
Boleh teus di mana-mana cawangan rangkaian
restoran Mc Donalds seluruh Malaysia. Harap
maklum.
Kata-kata aluan Cue: Hadirin dalam keadaan duduk

- Bismillahirrahmanirrahim,
- Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Negeri
Melaka

Ampun Tuanku,

- Mengadap Duli yang Maha Mulia Sultan Zamzuri


Shah Ibni Sultan Ab Rahman, Sultan Yang DiPertua
Bagi Negeri Melaka. “Patik memohon perkenan Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Untuk Patik Memulakan
Atucara Majlis”

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

- Yang Maha Mulia, Sultan Zamzuri Shah Ibni Sultan


Ab Rahman
- Yang Dihormat Pembesar Berempat:
- Datuk Temenggong Hajjah Norina Binti Shuib
- Datuk Penghulu Bendahari Noor Aznah Binti Taib
- Datuk Laksamana Norhayati Binti Osman
- Para Panglima Terhormat, Saudagar-saudagar, para
hulubalang dan rakyat jelata yang dikasihi sekalian
Daulat Tuanku,

- Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru


Peringkat Sekolah Kebangsaan Ayer Itam 2019.

Istana kota sebelas tingkat,


Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari Guru kita raikan.

- Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun


bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di
Malaysia dalam mendidik anak bangsa.

- Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka


lahirlah warganegara yang berjaya dalam hidup dan
seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia
yang berjaya.

- Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini


“GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI”
#TERIMA KASIH CIKGU

Lagu Negaraku Cue: Hadirin akan berdiri


Lagu Negeri
Ampun Tuanku,

- Majlis dengan sukacitanya,


- Memohon Duli yang Maha Mulia dan Semua Para
Pembesar Kanan dan Kiri serta Rakyat sekalian untuk
berdiri bagi bersama-sama menyanyikan Lagu
Kebangsaan dan Lagu Negeri
- Para hadirin dimohon berdiri
****nyanyian lagu
Bacaan doa - Para hadirin dijemput duduk
(murid)

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Ampun Tuanku,

- Bagi memohon keberkatan,


- Majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Hulubalang Nazarul Mubin untuk memimpin bacaan
doa.
- Dipersilakan.
****bacaan doa

Bacaan Cue: Cikgu Ariff Mazdi & Cikgu Shaaban standby


Perutusan
Menteri - Amin-amin ya Rabbal A’lamin.
Pendidikan dan - Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
Pengarah KPM terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Angin menderu dengan sepoinya


Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya
Masa dan tenaga rela kobankan

Wahai rakyat jelata sekalian,

- Majlis pada pagi ini dietruskan dengan Bacaan


Perutusan Menteri Pendidikan oleh Panglima
Terhormat Shaaban Bin Shaik Mydin.
- Dipersilakan.
****bacaan perutusan
Bacaan Ikrar Cue: Bacaan Ikrar & Nyanyian oleh guru
Nyanyian 2 Lagu
-Kami Guru - Demikian tadi selesainya Bacaan Perutusan
Malaysia Sempena Hari Guru tahun 2019
-Biarku Menjadi
Lilin
Ampun Tuanku,

- Majlis Bacaan Ikrar Hari Guru


- Pihak majlis dengan rasa hormatnya mempersilakan
Puteri Walinongsari Hasfalina Binti Hassan untuk
mengetuai Bacaan Ikrar.
- Dengan itu, Para Pembesar Kanan dan Kiri, Panglima
Terhormat dan Saudagar-saudagar diminta berdiri.
- Dipersilakan.
****bacaan ikrar

- Seterusnya, Nyanyian Lagu Guru Malaysia.


- Mohon para Saudagar, para Panglima Terhormat dan
Pembesar Berempat bersama-sama dengan Yang
Maha Mulia Sultan dan untuk menyanyikan 2 buah
lagu iaitu ‘Kami Guru Malaysia’ dan Biarku Menjadi
Lilin.
- Dipersilakan.
****nyanyian lagu Guru

Ucapan wakil Cue: Wakil murid stanby


murid
- Menjunjung kasih Tuanku
- Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Yang Maha Mulia Sultan dan Para Pembesar Negeri
Melaka atas nyanyian sebentar tadi.

Daulat Tuanku,

Waktu malam melihat bulan,


Mendengar pungguk berlagu merdu,
Selamat hari guru kami ucapkan,
Kerana jasa menaburkan ilmu

- Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Ketua


Hulubalang Aiman Danish Bin Azizul bagi
menyampaikan ucapan.
- Dipersilakan.
****ucapan wakil murid
Ucapan YDP Cue: YDP PIBG standby
PIBG
- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ketua
Hulubalang atas ucapan itu tadi.

Burung pipit siburung helang,


terbang tinggi tidak sejajar;
biar sejuta rintangan menghalang,
tetapku gagah teguh mengajar.

Ampun Tuanku,

- Sidang majlis sekalian, seterusnya,


- Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Orang Kaya Shahbandar Encik Azhar Bin Hanapi,
Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Ayer Itam untuk menyampaikan ucapan
sempena Sambutan majlis Hari Guru Tahun 2019.
- Dipersilakan.
****ucapan YDP PIBG

Ucapan Cue: GB standby


Perasmian oleh
GB - Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Orang Kaya Shahbandar atas ucapan sebentar tadi.

Teratai Melati Melur dan Mawar,


Bunga-Bungaan Harum dan Wangi,
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.

Ampun Tuanku,

- Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya


mempersilakan, Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
Zamzuri Shah Ibni Sultan Ab Rahman dari Negari
Melaka bagi menyampaikan titah sempena Majlis
Sambutan Hari Guru.
- Dipohonkan titah perasmian
- Dipersilakan.
****ucapan Perasmi GB
GIMIK Cue: Gong & Muzik Zaman Hang Tuah standby
Perasmian
- Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku

Pohon palma tegak berdiri,


Ditanam mari tepi bangunan;
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.

Daulat Tuanku,

- Beralih kita ke acara seterusnya GIMIK PERASMIAN


sempena SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
NEGARA AIR ITAM 2019.

****Penyerahan keris taming sari & pukul gong

Hebahan Cue: ICT standby

Perhatian, mohon Para Pembesar Berempat mengiringi


Yang Maha Mulia Sultan untuk menuruni singahsana dan
mengambil tempat di bahagian hadapan pentas.
Para saudagar juga boleh lah bergerak ke bahagian
belakang bagi memudahkan tontotan video dan
persembahan.

Tayangan video
Daulat Tuanku,
Rakyat jelata sekalian,

- Seterusnya Persembahan selingan – Tayangan Video


Khas hasil titik peluh Kelab Badan Kebajikan Guru
dan Staf sempena SAMBUTAN HARI GURU 2019.
- Dipersilakan.
****tayangan slaid oleh Juruteknik Ilya
Persembahan Cue: Guru Pelatih standby
teater
Ampun Tuanku,

Putik baru mekar di laman


Kembang kudup kumbang terikat
Hargaiku sepanjang zaman
Agar hidup beroleh berkat

- Penunggang Kedua yang akan membuat


persembahan yang berkonsepkan teater yang
bertajuk Pujaan hati Tuanku.
- Sama-sama kita saksikan.
****persembahan

Tukaran hadiah Cue: Pertukaran hadiah – pantun klu standby


guru & staf
- Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru
Pelatih Universiti sains Malaysia atas persembahan
yang menghiburkan kita semua sebentar tadi.

Ampun Tuanku,

- Seterusnya, Majlis Pertukaran Hadiah bersama


Iringan Pantun Klu.
- Dimulai dengan Yang Maha Mulia Sultan Zamzuri
Shah Ibni Sultan Ab Rahman dengan iringan pantun
klu. Para hadirin dimita bersedia.
- Kita tengok siapa yang kena......
****sesi pertukaran hadiah

Rehat Cue: Juri dan Hakim standby


Pertandingan
selfie REHAT / PERTANDINGAN SELFIE TAMAT
Penyampaian Cue: GPK standby – hadiah mewarna & kad gergasi
hadiah 1
Ampun Tuanku, ***minta
Rakyat jelata sekalian, senarai nama
pemenang
- Majlis seterusnya menjemput Pembesar Datuk dengan
Laksamana Norhayati Binti Osman mengiringi Datuk Hasfalina
Bendahara Hajjah Norina Binti Shuib untuk
penyampaian hadiah.
- Dipersilakan.
****sesi penyampaian hadiah

Penyampaian Cue: GB standby – anugerah khas


Anugerah Khas
- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pembesar
atas penyampaian sebentar tadi.

Ampun Tuanku,

- Bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah


khas,
- Majlis dengan sukacitanya menjemput Pembesar
Orang Kaya Shahbandar perkenan Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan Zamzuri Shah Ibni Sultan Ab Rahman
untuk penyampaian hadiah.
- Dipersilakan.

Diumumkan, penerima tokoh


****sesi penyampaian hadiah

- ANUGERAH PUTERA BANGSAWAN dinobatkan


kepada ______________________

- ANUGERAH PUTERI BANGSAWAN dinobatkan


kepada ______________________

- ANUGERAH GURU X ________________________

- ANUGERAH GURU Y ________________________

- ANUGERAH GURU Z ________________________

- Dan sesi penyampaian hadiah istimewa, daripada


Encik Ambu, Pekerja Kebersihan Sekolah untuk Adik-
Adik Praktikum Pendidikan Khas USM. Diminta wakil
untuk tampil ke pentas bagi menerima hadiah.
Dipersilakan.
Sesi Bergambar Cue: Pengumuman

- Menjunjung kasih Tuanku


- Sesi bergambar

Daulat Tuanku,

- Mohon Perhatian: Semua para Pembesar, Panglima


Terhormat, Orang Kaya Shahbandar serta Yang
Maha Mulia Tuanku untuk bersama-sama dalam sesi
bergambar sebagai kenang-kenangan di hari
mendatang yang kita semua berpakaian lengkap
Kesultanan Melayu Melaka.
- Dipersilakan.
****sesi bergambar Pakaian Kesultanan Melayu Melaka

Nyanyian lagu Cue: Nyanyian lagu Terima Kasih oleh murid


penutup oleh
murid
Rakyat jelata sekalian,

- Berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.


- Sekali lagi, syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat
jelata Negeri Melaka kerana menjayakan majlis pada
hari ini.
- Patik berdua memohon seribu kemaafan diatas
kekhilafan sepenjang mengacara majlis.

Bunga seroja di atas cemara,


Jatuh sekuntum di atas para;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.

Tanam sirih dalam taman,


Gali lubang tepi perigi,
Terima kasih hadirin budiman,
Lain kali bersua kembali.

- SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU


Bersurai
Daulat Tuanku,

MENGUMUMKAN KEBERANGKATAN PULANG DULI


YANG MAHA MULIA SULTAN ZAMZURI IBNI DAN AB
RAHMAN, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI DAN
JAJAHAN TAKLUK NEGERI MELAKA

Anda mungkin juga menyukai