Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GPK PENDIDIKAN KHAS – PROGRAM PERJUMPAAN WARIS PENDIDIKAN KHAS 2014

*terima kasih Pengerusi Majlis 

Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia

Yang Berusaha,
Encik Kamal Bin Abu Bakar
Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Ayer Itam

Yang Dihormati,
Encik Azhar Bin Hanafi
Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Ayer Itam

Yang Dihormati,
Encik Rahman Bin Ahmad
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer Itam

Barisan pengerak Guru-Guru Pendidikan Khas


Barisan sokongan Pembantu Pengurusan Murid

Para Jemputan ibu bapa dan waris Pelajar Pendidikan Khas Integrasi

Selamat datang Ke Kelas Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan Ayer Itam sempena Program
Perjumpaan Waris Pendidikan Khas bagi Tahun 2014.

Terlebih dahulu, saya selaku Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Ayer Itam ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Azhar Bin Hanafi selaku Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru serta para jemputan ibu, bapa dan waris pelajar pendidikan khas kerana sudi hadir ke program
hari ini anjuran Panitia Pendidikan Khas, SK Ayer Itam

Untuk makluman semua, program hari ini adalah untuk membentangkan perancangan dan aktiviti Kelas
Pendidikan Khas yang akan dijalankan sepanjang tahun 2014. Selain itu, matlamat utama adalah untuk
mensasarkan Program Sarana Ibu Bapa seperti dituntut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
merapatkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa dengan jalinan mesra. Kerjasama yang dijalin ini
diharap dapat melahirkan generasi yang berwawasan dan berpotensi untuk memajukan diri pada masa
akan datang.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Ini adalah pertama kalinya program Perjumpaan Waris diadakan. Oleh itu, saya ingin menerangkan
enrolmen murid pendidikan khas di SK Ayer Itam bagi tahun ini sehingga Februari adalah seramai 41
orang. 17 orang pelajar islam, 8 orang pelajar india dan selebihnya pelajar cina seramai 16 orang. Dan guru
pula terdiri:
 1 orang –Guru Penolong Kanan
 10 orang – Guru Penolong (Biasa)
 1 orang – guru Praktikal j-Qaf
 4 orang – Pembantu Pengurusan Murid

Dan kategori kecacatan murid adalah berbeza seperti sindrom down, celebral palsy, slow leaner,
hyperactive, kecacatan mental dan sebagainya. Mereka ini adalah kanak-kanak istimewa yang bergelar
OKU iaitu Orang Kelainan Upaya yang mampu megurus diri serta mampu mengikuti sesi persekolahan
seperti kanak-kanak lain.

Kelas Pendidikan Khas Integrasi telah beroperasi sejak Tahun _______ lagi dan menjangkaui 12 tahun.
Struktur bangunan pula di bahagikan kepada bilik-bilik khas seperti Bilik Guru Pendidikan Khas, Bilik
Agama, Tandas Pelajar, kelas dan Dapur. Kelas pelajar dibahagikan kepada 6 kelas iaitu Kreatif, Inovasi,
Cemerlang, Bestari, Pintar dan Gemilang. Proses Pengajaran dan Pembelajaran mengikuti Kurikulum
Standard sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSR) mengikut tahap pencapaian murid. Jadual Waktu
Pengajaran bermula seawal 7.45 pagi dan berakhir pada jam 1:00 tengahari.

Hadirin sekalian,

Pada tahun lepas, seramai 2 orang pelajar Inklusif Pendidikan Khas telah menduduki Ujian Peperiksaan
Sekolah Rendah.
Keputusan UPSR:
1. Ee Wei Kuang 1C –English 3D1E
2. Low Chin Ghee 2C – Math, BM Penulisan, 2D1E

Oleh yang demikian, pada tahun ini, seramai _____ orang murid pendidikan khas yang akan menduduki
UPSR. Syabas diucapkan kepada mereka.
Murid iknlusif pula seramai ____ orang. Ditempatkan di Tahun ____ dan Tahun 3.

Disini saya ingin maklumkan pada semua ibubapa dan waris, mulai tahun ini iaitu Tahun 2014, semua anak-
anak tuan-tuan dan puan-puan layak menikmati makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kerana pihak kementerian prihatin terhadap murid-murid
Pendidikan Khas. Murid-murid telah diajar proses berdikari dengan memakan makanan yang disediakan
mengikut menu daripada pihak kemeterian pada waktu rehat setiap hari persekolahan dengan bimbingan
guru dan pembantu pengurusan murid. Proses sebegini boleh meningkatkan lagi tahap keyakinan diri
murid dari semasa ke semasa.

Akhir kata, saya amat berharap agar kunjungan ini memberi manfaat kepada kita serta anak-anak kita
supaya sama-sama mendapat faedah. Dan terima kasih selagi lagi kepada pihak PIBG SK Ayer Itam kerana
prihatin dengan dunia pendidikan khas.

Anda mungkin juga menyukai