Anda di halaman 1dari 3

GAMBAR

Skpantai1- kehadiran pegawai pendidikan Labuan, Jabatan


kesihatan dan pergigian serta ibu bapa telah menjayakan program
transisi tahun 1 kali ini.
Skpantai2- Norain memberi taklimat berkaitan imunisasi anakanak kepada ibu bapa yang hadir.
Skpantai3- Mahani, Raisin dan Rahmat (duduk) serta ibu bapa yang
hadir terhibur dengan taklimat yang diberikan oleh Jabatan
kesihatan.
Skpantai4- Rasin (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada
Dr. Zubaidah (kiri) atas taklimat yang diberikan sambil diperhatikan
oleh Mahani (kanan).
Skpantai5- persembahan murid tahun 1, adik Nur Azimatul Aaliyah
Abdul Kahar dengan membaca buku dalam Bahasa Inggeris berjaya
memukau para hadirin dalam dewan.

PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG TAHUN 1 SK PANTAI


BERJAYA DILAKSANKAN.
LABUAN - Seramai 102 ibu bapa dan guru Sekolah Kebangsaan (SK)
Pantai telah menjayakan program transisi dan guru penyayang
tahun satu di Dewan Datuk Isli pada 12 Januari yang lalu.
Majlis penutupan dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Raisin Saidin.
Turut hadir, Guru Besar SK Pantai, Mahani Hj Hussin; Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Hj Rahmat Dasiman; Ketua
Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Sawal Salleh; Ketua Unit Bahasa,
Amiah Bua; Pegawai FasiLinus merangkap Pegawai Angkat SK
Pantai, Afandi Nasir; Ketua Penolong Pengarah Kesihatan, Dr Elniee
Melson; Ketua Jururawat unit kesihatan sekolah, Norain Amar dan
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Dr. Zubaidah Japri.
Menurut Mahani; program transisi ini bertujuan membantu murid
menghadapi perubahan pendidikan tidak formal di rumah ke arah
pendidikan yang lebih formal di sekolah. Program ini memastikan

semua murid tahun satu yang datang dari pelbagai latar belakang
dan pengalaman yang berbeza memulakan proses pembelajaran
mereka yang sama di sekolah ini.
Proses pembelajaran dapat dijalankan selama dua minggu dan
pelbagai aktiviti secara individu dan kumpulan dijalankan. Murid
berpeluang merasai pengalaman baru ketika berada di kawasan
sekolah. Seramai 113 orang murid telah ditempatkan di sekolah ini.
Selain keberhasilan sistem pendidikan, guru-guru dan ibu bapa
berusaha agar setiap murid berupaya untuk bersaing di peringkat
antarabangsa. Oleh itu, sebanyak enam ciri diterapkan oleh guruguru

semasa

proses

pembelajaran

dan

pemudahcaraan

dilaksanakan di sekolah ini.


Antaranya

membabitkan

kemahiran

pengetahuan,

kemahiran

berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan


kerohanian, dan identiti nasional perlu ada pada setiap murid sejajar
dengan falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan insan
yang seimbang. Ujarnya lagi.
Menurut Pengarah Pendidikan, Raisin Saidin; saya faham dengan
perasaan menjadi ibu bapa. Semua ibu bapa mahu anaknya
mendapat pendidikan yang sewajarnya dari guru supaya anak
peroleh masa depan yang cerah. Begitu juga dengan harapan dan
usaha guru-guru disini.
Oleh itu, ibu bapa harus melengkapi diri dengan pelbagai kemahiran
untuk mendidik anak-anak dalam persekolahan. Salah satunya,
kemahiran ibu bapa. Kemahiran ibu bapa dalam memberi kasih
sayang adalah yang penting bagi anak-anak agar perkembangan
mental, emosi, moral serta rohani anak dapat berkembang dengan
baik.
Jangan biarkan anak lapar sewaktu ke sekolah. Pastikan anak diberi
sarapan. Amalan bersarapan pagi perlu dipupuk kerana ianya dapat

menjana tenaga anak agar mereka kekal cergas dan dapat memberi
tumpuan ketika sesi pembelajaran berlaku di kelas. Oleh itu,
pastikan anak anda mengambil sarapan sebagai permulaan aktiviti
hariannya.
Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

(PPPM)

2013-2025

berhasrat mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan


Malaysia secara keseluruhan merangkumi akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan dan kecekapan.
PPPM akan berakhir pada tahun 2025. Ini bermakna tinggal lapan
tahun lagi, kita akan nampak keberhasilan anak kita di tahun satu
hari ini akan terhasil dengan perkembangan pembelajaran mereka
nanti. InsyaAllah, perkembangan positif anak-anak dapat ibu bapa
lihat

menerusi

peningkatan

sistem

pendidikan

negara

yang

diusahakan oleh kementerian pendidikan. Katanya lagi.


Tahniah kepada ibu bapa yang hadir dan ahli jawatakuasa program
menjayakan

program

transisi

ini.

terima

kasih

kepada

para

penceramah khususnya dari Jabatan Kesihatan dan pergigian WP


Labuan yang sama-sama memberi kerjasama dalam menjayakan
program ini.

Anda mungkin juga menyukai