Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Pada 2 Januari hingga 10 Januari yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling
dengan kerjasama guru-guru Tahun 1 telah mengadakan satu Program Transisi dan
Guru Penyayang Tahun 1 bagi tahun 2014.
Program ini bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada
pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun
Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan
murid-murid Tahun 1 yang berasal daripada pelbagai latar belakang keluarga dan
sosioekonomi dapat memulakan proses pembelajaran pada tahap dan pencapaian
yang hampir sama. Di samping itu, menerusi program ini dapat memupuk nilai-nilai
penyayang antara guru dan murid.
Program ini dijalankan selama 2 minggu. Terdapat banyak aktiviti yang
dijalankan semasa program ini berlangsung. Antaranya mewarna gambar, membuat
kolaj, menggunting gambar dan lain-lain. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk
menguatkan motor kasar dan motor halus murid-murid supaya mereka mudah untuk
menulis nanti. Selain itu, murid-murid turut dibawa melawat persekitaran sekolah
supaya mereka mudah untuk bergerak dan tidak takut apabila berada di sekolah. Muridmurid turut dibawa ke padang untuk menjalani aktiviti senaman dan permainan kecil.
Murid-murid dibahagikan mengikut kelas masing-masing. Seterusnya mereka dibimbing
oleh guru dalam pelbagai jenis permainan. Antaranya membawa pundi kacang di atas
kepala, menunggang kuda terpantas, membawa bola sambil berjalan zig zag dan
pelbagai jenis permainan kecil yang mudah. Murid-murid kelihatan sangat gembira dan
bersemangat dalam menyertai aktiviti ini.
Pada hari terakhir, upacara penutup disempurnakan oleh Guru Besar
Cemerlang, Tn Hj Abd Shukor bin Hj Ujang. Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan
kehadiran murid-murid tahun 1 ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 dan mengharapkan
agar murid-murid tahun satu dapat mengikut peraturan sekolah yang sedia ada. Selain
itu, beliau juga berharap murid-murid Tahun 1 dapat belajar di sekolah dengan keadaan
yang selesa dan seronok. Proses pembelajaran semasa tahun 1 sangat penting kerana

tabiat yang dipelajari semasa Tahun 1 akan dibawa hingga ke Darjah 6 dan seterusnya
ke sekolah menengah. Sekiranya mereka mempelajari tabiat yang salah, mereka akan
meneruskan tabiat tersebut tanpa mengetahui kesilapan yang mereka lakukan. Guru
Besar berharap agar guru-guru dan ibu bapa dapat membantu murid-murid Tahun 1
menyesuaikan diri mereka di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai