Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Sistem pendidikan negara diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPM

bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah. KPT pula bertanggungjawab ke atas Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Kementerian Pendidikan Malaysia sering melakukan transformasi dalam melaksanakan tanggungjawab untuk

menyediakan peluang belajar yang sama rata dalam kalangan semua murid. Perubahan pendidikan yang berlaku di Malaysia antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa. Pada hari ini, pelbagai kemudahan yang berguna kepada sekolah dan juga murid telah disediakan sebagai satu usaha untuk memartabatkan pendidikan di Malaysia. Kemudahan dan bantuan yang ada pada hari ini dapat membantu pelajar menuntut ilmu dengan sempurna bagi melahirkan insan yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan negara.

KELEBIHAN PENDIDIKAN YANG DIBERIKAN KEPADA MURID YANG PERLU DISYUKURI

1. Kurikulum Sekolah Yang Sama

Pada masa kini, sistem pendidikan negara boleh dibahagikan kepada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan pra-universiti. Pendidikan prasekolah diwujudkan bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak dengan asas sosialisasi yang kukuh sebelum mendapat pendidikan formal di peringkat sekolah rendah. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) digubal pada tahun 2003 adalah untuk membolehkan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun memperoleh asas pendidikan yang kukuh dalam komunikasi, 1

sosial dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Pendidikan prasekolah di negara ini sama ada anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, agensi kerajaan seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan kelas-kelas anjuran swasta digalakkan menggunakan KPK. Kini, pendidikan prasekolah berasaskan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010/2011. Pembangunan kurikulum di peringkat pendidikan prasekolah adalah suatu proses dinamik dan berterusan. Penambahbaikan program prasekolah adalah berterusan dari semasa ke semasa seperti berikut: Buku Panduan Prasekolah Malaysia pada tahun 1986. Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia pada tahun 1993 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan pada tahun 2003 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010/2011

Sistem pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun. Kurikulum sekolah rendah sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan adalah berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kini sedang diperkenalkan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula pada tahun 2010. Bahasa pengantar bagi sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu dan bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan ialah bahasa Tamil dan bahasa Mandarin masih dikekalkan sehingga kini. Senario perubahan kurikulum sekolah rendah adalah seperti berikut: Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 Semakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 2003 Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada tahun 2010/2011

Sekolah Menengah masih lagi dibahagikan kepada dua iaitu sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas. Pertama, sekolah menengah rendah. Pelajar melanjutkan pelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Pada akhir tingkatan 3, pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah 2

Rendah (PMR). Pelajar akan dikategorikan mengikut aliran Sains atau Sastera berdasarkan kepada keputusan PMR dan pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan diberi pilihan untuk membuat pengkhususan vokasional di sekolah teknik. Kedua, sekolah menengah atas. Sekolah

menengah atas melanjutkan pelajaran dari tingkatan 4 hingga 5. Pada akhir tingkatan 5, pelajar masih lagi menduduki peperiksaan SPM. Peperiksaan SPM adalah berdasarkan kepada peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan tahap O General Certificate of Education (GCE) yang menjadi General Certificate of Secondary School (GSCE). Pelajar turut menduduki kertas GCE tahap O bagi bahasa Inggeris selain kertas bahasa Inggeris SPM sejak tahun 2006. Selain itu, penilaian karangan kertas bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah penguasaan pegawai peperiksaan Tahap O British dan dinyatakan pada kertas keputusan walaupun penilaian ini tidak termasuk dalam peperiksaan SPM.

Bagi pelajaran sekolah jenis kebangsaan Cina, pelajar yang berkelayakan boleh meneruskan pengajian di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Para pelajar akan menduduki peperiksaan piawai Unified Examination Certifacate (UEC) dan sesetengah pelajar boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. Peperiksaan UEC diadakan oleh Dong Jiao Zong iaitu Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina sejak tahun 1975. Dikatakan bahawa terdapat tiga tahap UEC iaitu Vokasional, Junior dan Senior. Bahasa Cina menjadi bahasa pengantar bagi Vokasional dan Junior. Bahasa Cina dan Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan.

Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di negara ini. Sekolah agama masih wujud di Malaysia dan biasanya pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Pelajar dari aliran agama boleh melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan namun kebanyakan pelajar sekolah agama di negara ini melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Pakistan.

Selepas SPM, pelajar boleh membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6, matrikulasi atau pengajian diploma. Pelajar yang meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 masih mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pendaftaran Malaysia (STPM). Peperiksaan STPM diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tingkatan 6 dan matrikulasi merupakan piawai atau kelayakaan perlu untuk kemasukan universiti. Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian dan memilih diploma, A-level, program matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.

2. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Percuma

Antara kelebihan pendidikan yang diperolehi oleh pelajar di sekolah ialah pemberian buku teks secara percuma kepada semua murid-murid di sekolah. Sepertimana yang kita sedia maklum, pemberian buku teks secara percuma telah dikuatkuasakan bermula tahun 2008 sehingga kini masih lagi berjalan di semua sekolah di Malaysia. Kemudahan buku teks percuma ini merupakan kemudahan yang paling berguna untuk semua murid kerana tanpa buku teks pasti proses pembelajaran akan terganggu. Setiap awal tahun persekolahan, Jawatankuasa SPBT akan mengedarkan buku teks bagi semua mata pelajaran kepada semua murid di sekolah. Murid-murid boleh menggunakan buku teks tersebut sebagai bahan pembelajaran mereka. Sekiranya ingin membeli sendiri buku teks tersebut, ianya memerlukan jumlah wang yang banyak kerana harga buku teks di kedai-kedai buku agak mahal. Oleh itu, murid-murid yang menerima pinjaman buku teks percuma haruslah bersyukur dengan apa yang mereka perolehi. Murid-murid haruslah menjaga buku teks tersebut dengan baik dan tidak melakukan kerosakan seperti mengoyak ataupun menconteng buku tersebut. Hal ini kerana setiap tahun murid yang berbeza akan menerima buku teks itu, maka untuk digunakan dalam jangka masa yang lama, struktur buku itu haruslah sentiasa dalam keadaan yang baik. Buku teks haruslah dibalut dengan kemas untuk mengekalkan kualiti buku tersebut supaya boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

3. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang. Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan, pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan ke semua kawasan di seluruh negara. Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi keluarga menjadi criteria utama pemilihan murid. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah salah satu program yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar. Melalui rancangan ini, murid-murid yang layak menerima bantuan RMT diberi makanan percuma setiap hari persekolahan pada waktu pagi sebelum sesi pembelajaran di dalam kelas bermula. Murid-murid akan bersarapan pagi di kantin dengan mengambil makanan yang disediakan oleh pihak yang menyediakan makanan tersebut. Jawatankuasa RMT sekolah akan bertanggungjawab mencari pihak yang bersedia menguruskan makanan bagi bantuan RMT yang biasanya diuruskan oleh tender kantin yang menyediakan makanan di kantin sekolah bagi muridmurid dan guru. Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab memantau perlaksanaan RMT setiap hari dan hendaklah memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan. Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05

bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun.

4. Pinjaman PTPTN

Skim pembiayaan pinjaman PTPTN juga merupakan satu kelebihan pendidikan yang di sediakan di Malaysia untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi seperti di universiti. Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan pendidikan ini akan

membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi. Oleh itu, sebagai rakyat melaysia yang bertanggungjawab, pelajar yang meminjam wang PTPTN haruslah menggunakan wang tersebut dengan sebaik mungkin seperti membayar yuran pengajian dan membeli buku-buku yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. Janganlah menggunakan wang pinjaman tersebut kea rah yang tidak berfaedah. Hal ini kerana saya sering melihat pelajar-pelajar IPTA yang menerima pinjaman PTPTN ini membeli telefon bimbit yang mahal dengan menggunakan wang tersebut untuk kepuasan diri mereka. Ini merupakan satu perkara yang tidak baik kerana wang pinjaman tersebut perlu digunakan sepanjang pembelajaran mereka setiap semester. Sekiranya mereka menggunakan wang tersebut untuk membeli telefon bimbit yang mahal, sudah pasti mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan sepanjang semester tersebut. Inilah masalah yang sering berlaku masa kini di mana wang tersebut digunakan dengan cara yang salah. Kelebihan ini haruslah digunakan sebaik mungkin.

5. Penggunaan ict di dalam pendidikan

Penelitian di dunia telah menunjukkan bahwa ICT dapat memimpin dalam perbaikan metode belajar para pelajar serta menghasilkan metode pengajaran yang lebih baik.Sebuah laporan yang di tulis oleh National Institute of Multimedia Education di Jepang, membuktikan bahwa peningkatan daya serap para pelajar dengan menggunakan teknologi ICT melalui integrasi kurikulum secara signifikan menghasilkan kesan yang positif, terutama dalam bidang pengetahuan, pemahaman, keterampilan praktis serta keterampilan persembahan dalam berbagai subjek pendidikan seperti matematika, ilmu pengetahuan, dan pelajaran sosial . Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk: mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM,Internet, portal maklumat dan sebagainya. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan ceritanya boleh dikawal oleh murid. Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, semua pelajar di sekolah mahupun di peringkat IPTA haruslah sentiasa bersyukur dengan segala kelebihan dan kemudahan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada kita. Pihak kementerian telah berusaha sebaik mungkin untuk memberi keselesaan dan kesenangan kepada semua pelajar supaya dapat menikmati pendidikan yang sempurna yang mampu menjadikan dan melahirkan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia. Gunakan

kelebihan-kelebihan dalam pendidikan ini sebaik mungkin untuk kemudahan kita sebagai pelajar dalam proses menuntut ilmu. Hal ini kerana usaha-usaha murni pihak kementerian ini adalah untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua golongan di Malaysia untuk menimba ilmu bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam semua aspek sekaligus mampu memberi sumbangan yang berguna kepada negara. Usaha murini ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah menekankan pembangunan aspek rahani, jasmani, emos dan intelek. Muridmurid tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar untuk menuntut ilmu sehingga berjaya dan berguna yang mampu menjadi pemipin kepada Negara pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai