Anda di halaman 1dari 17

1.

Pendahuluan

Setiap benda yang benyawa tidak lari daripada fitrah untuk berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Komunikasi atau proses interaksi antara manusia ataupun setiap makluk yang bernyawa dapat disimpulkan sebagai satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penghantar) kepada satu pihak yang lain (penerima). Dalam berkomunikasi terdapat beberapa elemen-elemen yeng penting yang dapat melengkapkan kosep komunikasi itu sendiri.

Walaubagaimanapun, dalam proses komunikasi juga terdapat banyak halangan yang menghalang keberkesanan proses komunikasi dan mengakibatkan maklumat yang ingin disampaikan tersasar maksudnya dari perkara dasar. Halangan-halangan ini akan meninggalkan beberapa kesan kepada pengantar ataupun kepada penerima. Kesan-kesan inilah yang menjadi duri dalam setiap individu dan seterusnya mengakibatkan pertelingkahan dan pergaduhan sesama sendiri. Masalah-masalah seperti ini perlu dibendung agar atlit kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni terutamanya dalam konteks kehidupan alam sukan di Malaysia yang mempunyai pelbagai agama, bangsa, dan etnik.

Komunikasi menurut kamus dewan edisi ke-3 ialah perhubungan langsung atau tidak langsung dengan perantaraan surat,radio, telefon dan alatalat yang boleh digunakan untuk berkomunikasi. Komunikasi juga bermaksud mengadakan perhubungan seperti berbincang antara satu sama lain, bercakapcakap, dan bertukar-tukar pendapat antara satu pihak dengan pihak yang lain. Komunikasi menurut Johns (1996) ialah proses pertukaran maklumat di antara penyampai dan penerima maklumat di kalangan pelbagai pihak. Contonya antara jurulatih dan atlit.

Beberapa kemahiran dalam komunikasi adalah seperti kemahiran menimbulkan minat orang, melibatkan pendengar, menghiburkan, mengenalpasti keistimewaan orang lain, membawa topik perbualan yang anda mahir. Manakala kemahiran bagi seorang pendengar pula adalah kemahiran memberi

perhatian, mendengar dengan aktif, tumpu

sepenuh perhatian dengan

pertembungan mata, duduk ke hadapan sedikit menghadap orang yang bercakap, memberi maklumbalas lisan atau bukan, lisan yang positif dan bertanya soalan untuk penjelasan. Selain itu pendengar perlu memberi peluang orang lain bercakap, pertembungan mata yang wajar, sentiasa sabar, tidak menyampuk, berfikiran terbuka dan mengenalpasti maklumat bukan lisan seperti mimik muka, air muka, pertembungan mata, gambaran perasaan dari suara dan nada suara, gaya duduk atau berdiri

Komunikasi dalam sukan merupakan satu aspek yang paling penting dalam menghubungkan atlit dengan jurulatih. Atlit, jurulatih dan setiap unit yang terlibat dalam sukan mempunyai stail, kemahiran dan tingkah laku yang berbeza ketika berkomunikasi. Setiap individu pula mempunyai perwatakan dan ciri-ciri personal yang berbeza. Umumnya, seorang pemimpin, jurulatih dan pengurus yang Berjaya itu adalah seorang yang bertimbang rasa, bertolak ansur, dan peka terhadap perbezaan individu (Nideffer, 1981). Bertutur dengan baik merupakan aspek penting dalam berkomunikasi. Komunikasi yang berkesan akan

memudahkan perhubungan antara jurulatih dan atlitnya semasa melaksanakan aktiviti sukan. Dengan adanya komunikasi yang baik, seorang jurulatih dapat menegur kesilapan atlit dan mebetulkannya tanpa ada sebarang ketidakpuas hati atau perasaan malu. Selain itu, melalui komunikasi, jurulatih dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan dan dapat memberi kata semangat dan perangsang serta galakan terhadap atlit supaya lebih bersemangat dan bersungguhsungguh.

Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang

berbeza, maklumat yang tidak mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis atau berbagai makna (selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yangdifikirkan), kejadian

yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua halangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa,halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar.

a. Halangan fizikal

Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak. Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang sangat ketara dalam komikasi. Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut. Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini

berkomunikasi. sejak kecil.

Ada juga individu yang kurang kemahiran komunikasi

b. Halangan Bahasa

Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang

kurang jelas, laras bahasa yang berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakandan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti

menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu

perkataan mungkin membawa erti yang berbeza antara individu dengan individu yang lain.

c. Halangan Sikap Penghantar

Sikap

penghantar

yang

sering

memerintah,

mengarah,

mengancam, memberi amaran dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana

komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negatif. Penampilan orang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting dalam memberi keyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada komunikasi.

d. Halangan Sikap Penerima

Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang hendak disampaikan. Ada penerima yang telah

mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerima

maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang kerja, sesuatu hari mendapat pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yang diterima bercanggah dengan apa yang disangka lebih awal akan menghalang individu untuk terus mendengar dan menerima mesej.

e. Halangan Alam Sekitar

Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan. Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petit dan banjir. Proses komunikasi sering terjejas kerana medium yang

menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang menyebabkan proses komunikasi tidak efektif.

2.0

Jenis-jenis komunikasi

Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi intrapersonal dan komunikasi interpersonal. Kedua dua jenis komunikasi ini mempunyai sifat dan ciri yang dengan jelas membezakan bentuk komunikasi yang berlaku. Komunikasi intrapersonal adalah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang. Komunikasi ini dibentuk di dalam diri seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat. Menurut Capstone (2001) maklumat yang dibentuk dalam diri seseorang melalui komunikasi intrapersonal terbahagi kepada dua iaitu maklumat yang disampaikan secara lisan dan maklumat yang disampaikan secara tidak lisan. Contoh komunikasi secara tidak lisan ialah keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan. Manakala komunikasi secara lisan terbahagi kepada tiga iaitu sintatik, semantik dan pragmatik. Sintatik komunukasi yang dibentuk oleh perhubungan di antara perkataan, semantik pula ialah hubungan di antara perkataan dengan objek yang diwakili oleh perkataan manakala pragmatik

pula perhubungan di antara perkataan dan tingkahlaku.

Sebagai penyampai

maklumat dalam proses komunikasi maklumat akan diurus dalam bentuk lisan dan tidak lisan dalam membentuk makna pada kontek yang ada. Sebagai

contoh komunikasi intrapersonal ialah reaksi muka seseorang terhadap tingkahlaku orang lain. Seorang jurulatih sukan akan menunjukkan reaksi yang gembira dan bangga apabila atlitnya dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Manakala komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang melibatkan proses interaksi di antara dua orang samada dalam bentuk bersemuka atau dalam bentuk meditasi. Menurut Capstone (2001) komunikasi interpersonal

wujud dalam empat perspektif iaitu komunikasi hubungan, komunikasi kontek, komunikasi kuantitatif dan komunikasi strategi. Dalam komunikasi hubungan, penghantar dan penerima maklumat bekerjasama serentak dalam membentuk kefahaman komunikasi. Manakala dalam komunikasi kontek perhubungan yang berlaku di antara dua orang berlaku dalam situasi yang tertentu. Dalam

komunikasi kuantitatif pula wujud perhubungan yang akrab dalam proses komunikasi seterusnya dalam komunikasi strategi komunikasi wujud dalam proses untuk mencapai objektif interpersonal. Contohnya seorang jurulatih

menyatakan rasa puas hati dan gembira dengan pencapaian atlitnya. Jurulatih tersebut perlu menyatakan rasa puas hati dalam bentuk pujian supaya atlit tersebut merasa dihargai dan lebih bersemangat.

3.0

Ciri-ciri komunikasi berkesan

Komunikasi yang berkesan merupakan komunikasi yang mencapai matlamatnya. Apabila tercapai matlamat maka selesailah tugas si penutur kepada si pendengar. Terdapat beberapa ciri yang perlu dipatuhi sebelum sesebuah

komunikasi boleh dianggap sebagai berkesan.

a. Personaliti

Penutur perlulah mempunyai kemahiran berucap atau berpenampilan menarik untuk menarik perhatian pendengar. Kelebihan ini akan

membuatkan pedengar mahu menerima apa yang hendak disampaikan oleh penutur tersebut. Dengan ini, kerja penutur untuk menarik para

pendengar akan menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, seorang jurulatih sukan perlulah mempunyai perwatakan yang santai dan pandai memancing perhatian atlitnya. Jurulatih tersebut tentunya mendapat

sambutan jika dia berjaya menambat hati para atlit.

b. Mendengar dengan aktif

Seorang atlit hendaklah mendengar dengan teliti dan menjadi pendegar yan aktif. Hal ini berlaku kerana jika seseorang atlit menjadi pendengar yang teliti, dia akan memahami apa yang disampaikan oleh jurulatih. Dengan ini dia akan menjadi pendengar yang aktif dan boleh melontarkan soalan mahupun pandangannya terhadap topik yang dikemukakan oleh jurulatih. Apabila mendengar dengan aktif, penerima maklumat dapat

mencerna informasi dengan betul dan tiada salah tafsiran berlaku. Tindak balas positif akan berlaku jika penerima mesej faham isi kandungan mesej dan member komen yang baik. Namun tindak balas negatif akan berlaku jika pendengar buat tidak endah dengan penyampaian isi maklumat .

c. Bahasa badan

Bahasa badan jurulatih mampu mempengaruhi sesebuah komunikasi kerana dengan menguntum senyuman dan menggunakan pergerakan tangan yang sederhana, seorang jurulatih akan kelihatan lebih

berkeyakinan ketika berucap. Senyuman yang manis dan sapaan yang mesra akan menjadi satu permulaan yang baik untuk sebuah komunikasi yang positif. Jadi, seorang jurulatih yang akan menyampaikan maklumat hendaklah mempunyai bahasa badan yang menarik. Mimik muka dan

pertentangan mata juga memainkan peranan yang penting.

d. Bahasa yang mudah difahami

Seorang pemberi maklumat perlu mengambil kira latar belakang mengenai penerima maklumat yang hendak disampaikannya. Dalam erti kata lain, jurulatih perlu tahu tahap penerima maklumat sama ada tahap sekolah, mahasiswa mahupun orang-orang tua. Dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut umur, para penerima maklumat iaitu atlit dapat memahami mesej yang hendak disampaikan oleh jurulatih. Dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, para pendengar akan berasa seronok kerana mereka faham dengan penyampaian isi kandungan penutur atau penceramah. Dengan ini, komunikasi yang

berkesan akan berlaku kerana berlaku hubungan dua hala yang aktif dan positif antara pengirim dan penerima mesej.

e. Kejelasan maklumat

Perkara ini penting bagi seorang penutur dan juga penerima. Penutur haruslah menerangkan maklumat dengan jelas supaya penerima maklumat dapat mencerna maklumat dengan baik. Dengan ini, matlamat penutur akan tercapai untuk menyampaikan maklumat kepada penerima.

Hal ini kerana komunkasi yang berkesan mampu member pengaruh kepada penerima maklumat tersebut. Salah satu fungsi komunikasi

adalah mengubah tingkah laku penerima menerusi perubahan sikap, nilai dan cara berfikir. Misalnya , apabila seseorang itu mendengar pidato

mengenai nilai integrity dan faham maklumat yang disampaikan, pendengar itu akan mengaplikasikan nilai integrity dalam kehidupan sehariannya. Selain itu, bimbingan yang positif dan berterusan dari

seorang jurulatih juga mampu meransang atlit untuk menjadi seorang atlit yang berjaya dan cemerlang.

Aspek yang perlu dipatuhi dalam berkomunikasi :

a. Penutur

Aspek penutur sangat penting kerana penutur merupakan penyampai yang akan menyampaikan maklumat. Dalam bilik darjah, guru merupakan penyampai maklumat, dalam bilik kaunseling, kaunselor merupakan penyampai maklumat. Hal ini menunjukkan, proses menyampai informasi tetap berlaku namun dengan situsi yang berbeza,penyampainya juga berbeza. Selain itu, seseorang penutur itu perlu dikenal pasti terlbih Hal ini kerana

dahulu dari segi kedudukan mahupun jawatannya.

seseorang yang mempunyai latar belakang berbeza akan menimbulkan kefaham yang berbeza. Sebagai contoh, jika seorang jurulatih mengujarkan, Ada masalah baharu hari ini, hal ini membawa maksud bahawa terdapat masalah disiplin seperti ponteng latihan atau

pergaduhan berlaku. Namun begitu, jika ujaran ini diujarkan oleh seorang pegawai sukan, maka ujaran tersebut boleh membawa maksud bahawa terdapat kes jenayah baharu yang berlaku. Perkara ini penting kerana individu berlatar belakangkan berbeza keadaan mungkin tidak dapat

mentafsir mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang jika mesejnya terlalu umum.

b. Penerima

Aspek kedua pula merupakan aspek penerima. Ciri-ciri komunikasi yang berkesan sememangnya memerlukan penerima yang

memberi tindak balas atau respons.

Mengenal pasti pendengar juga

adalah sama pentingnya seperti mengenal pasti penutur. Berbeza gaya bahasa yang menjadi perbualan antara rakan sebaya suami isteri, orang tua serta yang mempunyai berbeza status atau mempunyai pangkat dan gelaran. Sebagai contoh, seorang remaja bercakap dengan rakan sebayanya dengan menggunakan kata ganti nama aku. Namun begitu, pengucapan kata ganti nama aku tidak sesuai digunakan ketika bercakap dengan orang yang lebih dewasa kerana perkara ini dianggap kasar dan biadap. Kemungkinan remaja tersebut akan dilabel sebagai tiada adab ketika berbicara dengan orang tua. Masalah akan timbul jika perkara Sebaliknya, apabila

tersebut berlaku dan komunikasi akan terhalang.

seseorang yang lebih muda hendak berkomunikasi dengan orang yang lebih dewasa, mereka sepatutnya membahasakan diri sebagai saya kerana perkataan ini lebih sopan.

c. Latar belakang komunikasi

Latar belakang komunikasi mengambil kira masa, tempat, keadaan semasa dan hubungan perkaitan di antara penutur dan pendengar. Aspek ini perlu diambil kira kerana jika seseorang itu tidak mengetahui maklumat tentang latar belakang sesuatu perbualan, tafsiran yang salah mungkin akan dibuat .

d. Topik pembicaraan

Dalam sesebuah perbualan, terdapat banyak perkara yang dibualkan dan manusia akan fokus pada satu tajuk apabila bercakap. Dengan ini

matlamat yang ingin dicapai iaitu perkongsian dan pertukaran maklumat akan berlaku. Kedua-dua pihak iaitu penutur dan penerima harus jelas mengenai topik pembicaraan supaya apabila penutur memberi tahu penerima mampu member respons. Jika penerima tidak menunjukkan

sebarang respon, kemungkinan penutur tidak menjelaskan dengan lebih terang mengenai topik pembicaraannya. Sebagai contoh, jika seorang lelaki mahu melamar seorang wanita dengan bahasa kiasan seperti, Saya mahu menyunting bunga di taman. Namun, jika wanita tersebut tidak faham akan maksud lelaki itu, wanita itu tidak akan memberi respon terhadap lamaran lelaki tersebut. Dengan ini, maksud yang ingin

disampaikan oleh lelaki tersebut tidak dapat dihadam oleh wanita tersebut.

4.0

Proses Komunikasi dalam Sukan

Idea

Sesuatu bahan, fakta, pemikiran yang hendak disampaikan oleh jurulatih kepada atlet.
Jurulatih terjemahkan idea kepada mesej yang sesuai dan disampaikan kepada atlet.

Mesej

Lisan Saluran Bukan lisan

Penerimaan

Atlet tunjuk isyarat mesej jurulatih diterima.

Tafsiran

Atlet terjemahkan maksud mesej jurulatih

Respons atlet terhadap mesej jurulatih. Reaksi

5.0

Gangguan dalam Berkomunikasi

6.0

Saluran Komunikasi

Komunikasi boleh berlaku melalui pelbagai saluran seperti dalam bentuk lisan,sidang video, e-mel, telefon termasuk telefon bimbit, risalah, surat, dan papan kenyataan. Lussier&Kimball (2004) membahagikan saluran-saluran komunikasi kepada tiga:

Saluran lisan

Saluran bertulis

Saluran visual

Bersemuka Mesyuarat Persembahan Telefon Mel suara Telesidang

Memo Surat Laporan Papan kenyataan Risalah Buletin E-mel Faks

Televisyen Poster SMS(telefon bimbit)

7.0

Kemahiran Komunikasi Untuk Jirulatih

a. Bina Kredibiliti berikan kerjasama berpengetahuan tentang sukan bersikap adil, boleh dipercayai, dinamik, terbuka dan sepontan positif konsisten tunjukkan kemesraan dan rasa empati

b. Berkomunikasi dengan Pendekatan Positif penekanan kepada pujian, peneguhan dan ganjaran bantu atlet menghargai diri gunakan saluran lisan dan bukan lisan bersikap ingin menerima, mamahami dan saling menghormati

c. Berkomunikasi dengan Pendekatan Positif penekanan kepada pujian, peneguhan dan ganjaran bantu atlet menghargai diri gunakan saluran lisan dan bukan lisan bersikap ingin menerima, mamahami dan saling menghormati

d. Berkomunikasi dengan Pendekatan Positif penekanan kepada pujian, peneguhan dan ganjaran bantu atlet menghargai diri gunakan saluran lisan dan bukan lisan bersikap ingin menerima, mamahami dan saling menghormati

e. Berkomunikasi dengan Pendekatan Positif penekanan kepada pujian, peneguhan dan ganjaran bantu atlet menghargai diri gunakan saluran lisan dan bukan lisan bersikap ingin menerima, mamahami dan saling menghormati

f. Berkomunikasi dengan Pendekatan Positif penekanan kepada pujian, peneguhan dan ganjaran bantu atlet menghargai diri gunakan saluran lisan dan bukan lisan bersikap ingin menerima, mamahami dan saling menghormati

Anda mungkin juga menyukai