Anda di halaman 1dari 35

KEMAHIRAN MENANDUK DALAM BOLA SEPAK

Pensyarah : En. Khairul Azman Khairuddin

Nurhafizah Ilias
Mohd Amir Hafiz Ghani
Nik Mohd Zaini Aikal Zainurin
Kemahiran
Menanduk
Apabila jurulatih bola sepak anda
menyuruh anda “gunakan kepala
anda”, beliau benar-benar
bermaksudkannya. Bola sepak ialah
satu-satunya permainan di mana
pemain menggunakan kepala
mereka untuk menanduk bola.
Pemain akan melompat untuk
menanduk bola ke rakannya,
menanduk bola lambung untuk
menjaringkan gol di kawasan pintu
gol pasukan lawan atau untuk
mengeluarkan bola dari kawasan
gol sendiri.
 Tandukan menerkan merupakan satu
kemahiran yang menarik dan akrobatik
yang digunakan dalam situasi tertentu
sahaja.
 Contohnya untuk mnejaringkan gol dari
bola lintang yang rendah. Jangan lakukan
tandukan terkam dalam kawasan yang
mempunyai ramai pemain. Kemungkinan
ada pemain yang akan cuba menyepak
muka atau kepala anda semasa cubaan tadi.
Buat keputusan secara bijaksana.
Mengapa
Kemahiran
Menanduk Penting
 Setengah pasukan amat bergantung kepada
kemahiran menanduk pemainnya lebih dari
kemahiran lain. Sebagai contoh, dalam Piala
Dunia 1994, pasukan Norway dan Ireland
bergantung kepada serangan mereka kepada
kebolehan pemain forward mereka untuk
memenangi bola di udara. Kedua-dua pasukan
mengutamakan hantaran jauh di mana bola
ditendang terus kepada pemain pertahanan ke
pemain forward.
 Walau apa pun corak permainan pasukan
anda, ada ketikanya bola akan berada di
udara pada masa-masa tertentu. Untuk
menjadi seorang pemain yang serba
boleh, anda mesti menguasai kemahiran
menanduk dengan baik. Tendangan gol,
tendangan sudut, hantaran lambung
atau semasa pertahanan, pemain
menggunakan kemahiran menanduk
untuk mengeluarkan bola.
Bagaimana
Melakukan Tandukan
Lompat
Persediaan :
 Bahu menghadap arah bola.
 Lutut bengkok.
 Berat badan di atas hujung kaki.
 Tangan di belakang.
 Tumpu pada bola.
Pelaksanaan :
 Lompat ke atas.
 Lonjakan dengan dua kaki.
 Angkat tangan untuk momentum.
 Lentikkan bahagian atas badan.
 Dagu rapat ke dada.
 Leher kukuh.
 Petik bahagian atas badan ke hadapan.
 Kontak bola dengan dahi.
 Mata buka dan mulut tutup.
Ikut lajak :
 Dahi ikut lajak dengan bola selepas
kontak.
 Pergerakan ikut lajak dengan bahagian
atas badan.
 Tangan di bawa ke sisi untuk
imbangan.
 Mendarat dengan lembut dengan
kedua-dua kaki.
Bagaimana
Melakukan
Tandukan Menerkam
Persediaan :
 Bahu menghadap ke arah bola.
 Berada dalam kedudukan dekam
sedikit.
 Berat badan di hujung kaki.
 Tangan ditarik ke belakang dan ke
sisi.
 Tumpu pada bola.
Pelaksanaan :
 Menerkam ke depan untuk memintas layangan
bola.
 Badan selari dengan bumi.
 Mendongakkan kepala ke belakang.
 Leher kukuh.
 Tangan diluruskan ke depan dan ke bawah.
 Mata terbuka dan mulut tertutup.
 Kontak bola dengan dahi.
Ikut lajak :
 Momentum ke depan melalui
titik kontak dengan bola.
 Tahan jatuh dengan tangan.
 Lompat untuk berdiri
semula.
Ansur Maju dan
Latih Tubi
Kemahiran
Menanduk
Lonjak dan menanduk bola
statik
 Berdiri berhadapan rakan anda lebih kurang 1
meter darinya. Rakan anda memegang bola
di depan atas kepala. Ambil satu langkah ke
depan, lonjak tegak ke atas dan petik ke
depan dari bahagian untuk kontak bola
dengan dahi anda. Gabungkan semua elemen
teknik tandukan lompat. Ulang sebanyak 30
kali dan kemudian tukar peranan dengan
rakan anda.
Tanduk Melompat ke Rakan

 Berdiri mengadap rakan anda sejauh 5 meter.


Rakan anda akan melambung bola setinggi
lebih kurang 12-18 inci atas kepala anda.
Gunakan lonjakan dua kali dan tanduk bola
semula ke rakan anda. Kontak bola dengan
dahi anda pada paras tertinggi lonjakan anda.
Lakukan sebanyak 20 tandukan, kemudian
tukar peranan dengan rakan anda.
Lambung, Menanduk dan Tangkap
 Bentuk satu kawasan segitiga dengan dua rakan dengan
jarak lebih kurang 10 meter di antara satu sama lain.
Anda sebagai pemain pertama dan rakan anda pemain
kedua dan ketiga. Mula dengan lambungan bola ke
pemain kedua yang akan melompat dan menanduk ke
pemain ketiga. Pemain ketiga akan menangkap bola
dan lambung pula kepada anda. Lonjak dan tanduk ke
pemain kedua yang akan menangkap dan melambung
bola kepada pemain ketiga. Teruskan permainan
sehingga setiap pemain telah melakukan 30 tandukan
lompat. Cuba tanduk bola tepat kepada rakan anda
supaya ia tidak melantun ke bumi.
Tandukan Bergerak
 Berdiri dia atas garisan tepi dengan menghadap seorang
pengumpan yang berada dalam jarak 5 meter dari anda.
Anda dan pengumpan berlari anak, pengumpan lari secara
berundur dan dengan masa yang sama melambungkan
bola kepada anda. Mara ke arah bola,lonjak ke atas untuk
menanduk bola semula kepada pasangan anda supaya ia
boleh menangkap bola di udara. Teruskan lari anak
melintasi padang sementara anda menanduk bola
lambungan daripada pasangan anda. Apabila anda sampai
ke garisan tepi yang bertentangan, undur semula dan
kembali ke kedudukan asal. Cuba mengekalkan jarak 5
meter dari pengumpan pada setiap masa. Menanduk
sebanyak 25 lambungan dan tukar peranan dengan
pengumpan.
Menanduk untuk Menjaring
 Bermain dengan dua rakan. Gunakan penanda untuk
menandakan satu kawasan 10X12 meter. Letak dua
skital dengan 4 meter di antaranya sebagai pintu gol di
satu penghujung kawasan. Letak seorang rakan anda
sebagai penjaga gol, seorang di bahagian pintu gol
pelambung dan anda di kedudukan 10 meter di hadapan
dan tengah pintu gol sebagai penanduk. Pelambung
akan lambung bola ke atas supaya ia jatuh di tengah
kawasan. Lihat layangan bola, bergerak ke hadapan dan
cuba menjaringkan gol, satu mata untuk tandukan ke
pintu gol tetapi diselamatkan oleh penjaga gol. Pemain
menukar kedudukan selepas setiap tandukan. Teruskan
sehinnga setiap pemain telah melakukan 30 tandukan.
Tandukan Menerkam ke Pasangan
 Lakukan latih tubi ini di atas pit habuk papan, di atas tilam
gimnastik atau atas pemukaan yang lembut. Seorang
pengumpan berdiri lebih kurang 10 meter menghadap anda.
Pengumpan akan melambung bola selari dengan lantai pada
paras ketinggian pinggang ke arah anda. Mara kearah bola,
junam ke hadapan selari dengan permukaan bumi, dan tanduk
bola semula ke pengumpan dengan menggunakan teknik
tandukan menerkam yang betul. Tanduk bola supaya
pengumpan tidak perlu bergerak lebih dari satu langkah dari
kedudukan untuk menangkap bola. Luruskan tangan anda ke
bawah untuk menyerap daya jatuh anda. Selepas setiap
tandukan, segera berdiri ke kedudukan asal dan bersedia untuk
tandukan seterusnya. Tanduk sebanyak 10 lambungan dengan
jayanya, kemudian tukar kedudukan dengan pelambung.
RUMUSAN
 Adalah penting untuk anda meningkatkan tahap
kemahiran apabila bermain di udara. Tumpu
perhatian kepada beberapa penunjuk ini semasa
anda berlatih kemahiran menanduk. Semasa
melakukan tandukan melompat, cuba kontak bola
pada titik tertinggi lonjakan anda. Kekalkan posisi
lentikkan sehingga saat terakhir, kemudian petik ke
arah depan bola. Kekalkan kekukuhan kedudukan
kepala dan leher. Manakala semasa melakukan
tandukan menerkam, pastikan anda meluruskan
badan anda selari dengan padang ketika anda
menerkam ke depan untuk bertemu bola. Kepala di
dongak ke atas, leher kukuh dan kontak bola di
bahagian dahi anda.
 Oleh kerana agak sukar untuk melihat
sama ada bola ditanduk dengan betul
atau tidak, satu cadangan yang baik
ialah mengadakan seorang jurulatih
atau rakan anda memerhatikan
latihan pelbagai teknik anda.
Pemerhati boleh menilai prestasi
anda dan jika ia perlu member
maklum balas yang membina kepada
anda.
Sekian, terima kasih
‘harap semua gembira dengan
pembentangan ini’

p/s : renung-renungkan dan selamat beramal

Anda mungkin juga menyukai