Anda di halaman 1dari 4

Esei

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai sesuatu proses pemindahan maklumat, perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Menurut Webster New Collogiate Dictionary, komunikasi adalah suatu proses pertukaran informasi di antara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah

laku. Tedapat komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal dalam bidang-bidang komunikasi.

Menurut R Wayne Pace , komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara tatap muka. Dalam komunikasi interpersonal, proses menghantar dan menerima mesej berlaku. Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan kata-kata yang dapat difahami oleh kedua-dua pihak. Apabila tiada bahasa verbal yang dapat difahami oleh kedua-dua pihak, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan, memek muka, bahasa isyarat dan menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala dan mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal. Komunikasi interpersonal dapat dibahagikan kepada komunikasi diadik, komunikasi publik, dan komunikasi kelompok kecil. Komunikasi interpersonal juga berlaku secara kontekstual bergantung kepada keadaan, budaya, dan juga konteks psikologikal. Komunikasi intrapersonal adalah komunikasi yang berlaku dalam diri sendiri. Komunikasi intrapersonal merupakan kata-kata dan bisikan hati tentang makna, persepsi, penilaian dan konsep tentang apa sahaja fenomena yang dialami. Selain itu, komunikasi intrapersonal boleh menentukan mood dan perasaan individu dan seterusnya dijelaskan melalui perlakuan yang ditunjukkan. Kita sering bermonolog dengan diri kita untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat. Komunikasi intrapersonal boleh mempengaruhi komunikasi interpersonal.

Dalam proses komunikasi , terdapat elemen-elemen penting iaitu penyampai mesej (enkod), penerima (dekod), mesej atau maklumat, saluran dan maklum balas. Penyampai mesej merupakan sumber permulaan maklumat dan orang yang memulakan proses komunikasi. Penyampai boleh menyampaikan makulmat sama ada menerusi tulisan, lisan atau bahasa badan kepada penerima. Mesej yang telah dihantar perlu dienkod dan disusun supaya dapat difahami penerima. Penerima pula merupakan individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai mesej. Individu akan menerima mesej yang disampaikan oleh pengirim melalui saluran komunikasi. Saluran alat yang digunakan untuk menyalurkan mesej ialah lima panca indera manusia, media elektronik dan media masa. Antara saluran yang digunakan adalah seperti katakata, tulisan, lisan, buku dan sebagainya. Manalala maklum balas ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindakbalas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej. Sekiranya penerima tidak menunjukkan maklum balas atau tersalah faham mesej penyampai, maka halangan komunikasi telah wujud.

Halangan komunikasi berlaku disebabkan pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi, keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya. Halangan ini boleh dikelaskan kepada lima katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa, halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar. Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar belakang dan sebagainya merupakan halangan yang sangat ketara dalam komikasi. Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut. Halangan wujud apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi. Perbezaan asal usul dan keturunan turut menyebabkan halangan komunikasi. Halangan bahasa merangkumi penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza serta perkataan yang membawa erti yang berbeza antara individu .

Tambahan pula, sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam dan menghakimi akan menyebabkan penerima menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negative. Halangan sikap penerima berlaku apabila terdapat sikap prejudis antara penerima dan pengirim terhadap mesej yang hendak disampaikan. Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada yang disampaikan. Jadi, komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya .

Kesimpulannya, komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita. Kita perlu berkomunikasi untuk meluahkan perasaan di samping mengeratkan hubungan. Akan tetapi, halangan komunikasi perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi meningkatkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian

Anda mungkin juga menyukai