Anda di halaman 1dari 7

Takrif Komunikasi

Perkataan komunikasi berasal dari perkataan communiatus yang membawa maksud


berkongsi sesuatu. Komunikasi membawa maksud proses pemindahan maklumat ,
perasaan , idea atau fikiran daripada satu pihak (individu atau kumpulan) kepada pihak
(individu atau kumpulan) yang lain melalui pelbagai saluran . Melalui komunikasi ,
proses interaksi akan berlaku kerana terdapat dua pihak atau lebih akan terlibat dalam
komunikasi tersebut. Dalam proses interaksi , perbuatan menghantar maklumat dan
proses bertukar-tukar maksud akan berlaku. Komunikasi sememangnya bersifat
menyebarkan namun komunikasi yang berkesan memberi penekanan kepada
perkongsian makna dan maklum balas.
Komunikasi adalah proses penyampaian maklumat dan idea dari satu pihak kepada pihak lain melalui
keadaan saling mempengaruhi antara kedua-dua pihak. Pada umumnya, aktiviti komunikasi dilakukan
dengan secara lisan yang dapat difahami oleh penyampai juga penerima maklumat. Apabila tidak
adabahasa verbal yang dapat difahami, proses komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan
gerakan bahasa tubuh, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini
disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal atau bahasa isyarat.
MENURUT SARJANA
Istilah atau kata komunikasi atau communication alam bahasa Inggerisnya, berasal dari bahasa
latin communicatus yang membawa maksud berbagi atau menjadi milik bersama.
Menurut Webster New Collogiate Dictionary menjelaskan bahawa komunikasi adalah suatu proses
pertukaran informasi di antara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku.
French (1993) komunikasi merupakan proses minda yang berlaku dalam usaha mewujudkan kondisi
dan situasi saling memahami terhadap maklumat dan idea yang disampaikan.
Brelson dan Steiner (1964) , komunikasi adalah penyampaian informasi, idea, emosi, keterampilan
dan seterusnya melalui penggunaan simbol, angka, grafik, dan lain-lain.
Berlo (1960), menyatakan bahawa untuk memahami ilmu komunikasi mestilah memahami proses,
unsur-unsur yang terlibat dalam prose situ dan kesan komunikasi.
Theodorson dan Theodorson (1969), komunikasi adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap
atau emosi daripada seseorang individu atau kumpulan kepada individu atau kumpulan yang lain dengan
menggunakan simbol-simbol.
American College Dictionary, mentakrifkan komunikasi merupakan satu proses pertukaran dan
penyebaran pendapat, pandangan atau maklumat melalui ucapan, tulisan atau pun isyarat.
Harold Laswell (1940), pula tampil dengan pendiriannya yang tersendiri mengenai komunikasi yang
digunakan sehingga kini iaitu Model Laswell yang membawa Who says what, in which channel, to whom,
with what effects.

Wilbur Schramm (1971), komunikasi boleh dianggap sebagai satu perkongsian orientasi terhadap satu
set isyarat maklumat.
Rogers (1969), komunikasi sebagai satu proses, apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan
berkongsi di antara satu sama lain dengan tujuan untuk mencapai kesefahaman.
Dervin (1983) pula, kita sering menggangap bahawa sesuatu maklumat itu akan memberi makna yang
sama kepada semua individu.
Carl Hovland (1953), membuat takrifan bahawa komunikasi sebagai proses penyampaian rangsangan
dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. Proses komunikasi yang menekankan
pembujukan ini berlaku untuk mempengaruhi tingkah laku individu.
Carl Hovland (1953), membuat takrifan bahawa komunikasi sebagai proses penyampaian rangsangan
dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. Proses komunikasi yang menekankan
pembujukan ini berlaku untuk mempengaruhi tingkah laku individu.
Edwin Neiman (1948), menyatakan bahawa komunikasi sebagai proses ketika sejumlah orang diubah
menjadi kelompok yang berfungsi.

Terdapat 4 fasa yang berlaku dalam masa proses komunikasi berlaku iaitu
proses:
1.
Pembentukan,
2.
Pengiriman ,
3.
Penerimaan
4.
Pentafsiran.
Selain itu, proses komunikasi bukan hanya berlaku pada lisan semata-mata.
Komunikasi juga boleh berlaku dalam bentuk :
1.
Bahasa gerak-geri ,
2.
Bahasa isyarat ,
3.
Sentuhan ,
4.
Hubungan mata
5.
Penulisan.

Halangan dalam komunikasi


Tidak dapat dinafikan , halangan dalam komunikasi tetap ada . Halangan-halangan
inilah yang menyebabkan penerima maklumat tidak dapat menganalisis maklumat
dengan baik dan pemberi maklumat tidak dapat menyampaikan dengan baik. Halangan
komunikasi juga menyebabkan penerima tidak mendapat kesan dari hasil
penyampainnya. Terdapat banyak halangan dalam komunikasi , misalnya seperti :

Pemesongan
Halangan pemesongan terjadi apabila bahasa yang digunakan oleh penyampai susah
dan tidak difahami oleh penerima maklumat. Perkara ini merumitkan proses
penerimaan maklumat dan kesan yang lebih buruk lagi, penerima tidak dapat
memahami perkara yang disampaikan kepada mereka. Selain itu, penerima maklumat
akan membuat penilaian terhadap penutur. Penutur yang tidak memberikan
pengucapan yang baik akan mendapat penilaian pertama atau first impression yang
buruk dari penerima. Dengan ini, mereka tidak mahu mendengar lagi maklumat dari
penyampai.
Sebahagian sahaja
Faktor halangan sebahagian sahaja merujuk kepada persekitaran dan penyalah
tafsiran. Persekitaran yang bising, jarak yang jauh keadaan yang gelap ataupun kotor
mampu mengganggu konsentrasi seorang pendengar. Keadaan yang sesak dan hingar
bingar juga akan menjadikan penerima mesej hilang tumpuan. Selain itu, penerima
mesej mungkin akan tersalah mentafsir mesej yang disampaikan kepada mereka
kerana mereka tidak member tumpuan sepenuhnya terhadap pengucapan yang
diberikan gara-gara terganggu dengan keadaan persekitaran.
Bebanan
Halangan bebanan berlaku apabila seseorang yang telah pun mengetahui mengenai
maklumat tersebut, diberitahu lagi mengenai perkara yang sama. Perkara ini akan
membuatkan penerima maklumat berasa bosan kerana dia sudah tahu mengenai
makumat yang disampaikan. Disebabkan itulah, penerima akan memberi perhatian
kepada kerja lain kerana dia mendapat maklumat yang sama berulang kali dan tidak
mendapat informasi yang baharu.
Emosi penutur dan penerima
Selain itu, sikap dan emosi seseorang individu mempengaruhi proses komunikasi.
Seseorang yang murung dan bersifat negatif tidak dapat menyampaikan mesej yang
baik kepada orang lain. Sebaliknya individu yang ceria dan cergas mampu memberi
pengucapan yang baik dan mempengaruhi orang sekelilingnya untuk menjalani hidup
dengan ceria,aktif dan bersikap positif.
Istilah/gangguan semantik.
Di samping itu, istilah yang berbeza-beza juga menjadi punca halangan untuk
menyampaikan sesuatu mesej. Terdapat istila-istilah yang bunyinya sama tetapi
membawa maksud yang jauh berbza. Sebagai contoh, di Kedah gerek membawa
maksud basikal namun di Sarawak gerek membawa maksud teman lelaki atau teman
wanita. Perkara ini mampu mencetus salah faham jika perkara lain yang mahu
disampaikan oleh penutur namun membawa maksud yang lain kepada penerima.
9.4 Halangan kepada komunikasi

Proses komunikasi sememang tidak akan terlepas dari menghadapi halangan atau
rintangan yang menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak mencapai 100
peratus. Apa yang cuba kita sampaikan kadangkala tidak sampai seperti yang kita
harapkan. Ini adalah di sebabkan oleh gangguan atau halangan yang menghalang
semasa proses komunikasi berlaku. Halangan kepada komunikasi boleh wujud samada
daripada individu itu sendiri ataupun persekitaran.
9.4.1 Individu
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan halangan kepada komunikasi
wujud dari individu itu sendiri;
a)

Emosi atau persepsi individu.


Ia berlaku ketika atau semasa proses komunikasi itu berlaku. Di mana individu biasanya
akan menerima mesej dan memahaminya dari apa yang dilihat dan didengar sahaja
mengikut keperluan, kehendak, emosi, latar belakang dan ciri-ciri yang berkaitan
dengan individu tersebut.
Di sini kita boleh lihat, bagaimana seorang pelajar yang datang ke kelas semata-mata
ingin mendapatkan clue untuk peperiksaan, bukannya untuk mendapatkan seluruh isi
kandungan pelajaran tersebut. Maka proses komunikasi yang dilakukan oleh pensyarah
tersebut tidak kesampaian .

b)

Kesilapan memilih saluran komunikasi.


Perkara ini sering kali wujud menyebabkan pendengar salah tafsir dan proses tersebut
gagal. Sebagai contoh, seorang pelajar yang ingin merayu keatas kegagalan kertas
Pengurusan Perniagaannya melalui telefon, dan sepenerimanya kurang mendengar
serta rayuan yang telah dikemukakan. Jadi cara yang terbaik untuk pelajar tersebut
membuat rayuan adalah secara bersemuka ataupun secara bertulis.

c)

Masalah semantik
Apa yang dimaksudkan dengan semantik adalah maksud sesuatu perkataan dan cara ia
digunakan. Kesilapan memilih perkataan akan menjadikan proses komunikasi tidak
berkesan. Ini kerana perkataan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Penerima
mungkin mentafsirkan perkataan yang terkandung di dalam mesej yang diterima
berbeza dari maksud yang cuba dismapaikan oleh sipengirim. Maksud sesuatu
perkataan amat berbeza dari segi budaya, dialek, umur serta pemdidikan seseorang itu.
Contohnya perkataan selalu memberi makna yang berbeza bagi penduduk Pantai
Timur dan penduduk Pantai Barat.

d) Ketidaktekalan di antara komunikasi lisan dan bukan lisan.


Perkara ini wujud sekiranya si penerima berasa keliru dengan mesej yang diterimanya.
Comtoh yang dapat kita lihat adalah bagaimana seorang pelajar yang begitu gembira
mendapat keputusan Peperiksaan Akhirnya tetapi air muka yang ditunjukkan adalah
selamba sahaja. Di sini wujudnya percanggahan di antara percakapan dan airmukanya.
9.4.2 Organisasi
Halangan komunikasi bukan sahaja wujud di dalam diri individu tetapi dalam organisasi
pun. Halangan komuniskasi di dalam organisasi berlaku disebabkan:

a)

Perbezaan kuasa dan status.


Dalam bentuk komunikasi ke atas, pekerja mungkin rasa berat untuk menyuarakan
pendapat atau ketidak puas hati terhadap sesuatu perkara kerana mereka rasa rendah
diri. Pekerja rasa mereka perlu menapis dahulu apa-apa yang hendak disampaikan
kepada pihak atasan. Ini dapat dilihat dalam sebuah organisasi perkilangan, seorang
penyelia hanya menyampaikan tentang kelicinan pekerja di bawahnya dan menyimpan
tentang masalah yang timbul.

b)

Masalah jabatan
Setiap jabatan mempunyai masalah, tetapi di antara satu jabatan ahli-ahlinya tidak
memahami masalah tersebut kerana masing-masing mempunyai matlamat dan objektif
yang berbeza. Maka sekiranya wujudnya perbincangan, masing-masing akan
menyatakan bahawa jabatan beliau yang perlu dititikberatkan. Oleh itu proses
komunikasi tidak akan berjalan dengan lancar.

c)

Kekurangan saluran formal di dalam organisasi


Apabila saluran formal berkurangan di dalam organisasi maka halangan mungkin timbul
dalam proses komunikasi. Ini dapat di lihat bagaimana sesebuah organisasi yang tidak
menyediakan ruang untuk pekerja menyampaikan masalah mereka, maka huru haralah
organisasi tersebut. Oleh itu setiap organisasi perlu menyediakan saluran komunikasi
yang cukup yang boleh merangkumi pergerakan ke atas, ke bawah dan mendatar bagi
membolehkan para pekerjanya berkomunikasi dengan berkesan.
9.5 Mengatasi Halangan Komunikasi
Sekiranya wujudnya sesuatu halangan, maka kita perlu berfikir bagaimanakah untuk
mengatasi halangan tersebut agar komunikasi yang berjalan dapat dicapai dengan
berkesan.
Halangan
Komunikasi

Halangan Individu
a) Emosi atau Persepsi
b) Kesilapan
komunikasi

saluran

c) Masalah semantik

Cara atasi

Perlu ada kemahiran mendengar dengan aktif,


empati.
Contoh: Pelajar hendaklah seringkali menyoal
dan pensyarah juga hendaklah menyoal pelajar
tersebut
untuk
menunjukkan
beliau
menumpukan perhatian terhadap apa yang di
ajar.
Perlu
bijak
memilih
saluran
komunikasi,
bersesuaian dengan mesej yang hendak
disampaikan.
Contoh: Mesej kompleks seperti aduan, perlu
menggunakan saluran seperti bertemu muka.
Mesej yang rutin , bolehlah menggunakan
saluran seperti telefon.
Pengirim dan penerima sepatutnya berusaha

d)
Ketidaktekalan
antara komunikasi lisan
dan bukan lisan.

Halangan
Organisasi
a) Perbezaan
dan kuasa
b)
Matlamat
berbeza

mempunyai persefahaman dalam masalah


bahasa dan simbol.
Contoh: Seorang pensyarah pengurusan tidak
sepatutnya menggunakan perkataan MBO
kepada pendengar-pendengar yang terdiri dari
para nelayan di dalam ceramah beliau.
Seseorang itu perlu bergaul dengan lebih ramai
dan cuba beramah mesra dengan rakan sejawat.
Dengan cara ini mereka tidak akan rasa segan
untuk ketawa apabila menyampaikan sesuatu
perkara gembira.
Mencipta satu suasana terbuka dan saling
mempercayai. Dengan cara ini ia akan
menggalakkan warga organisasi berkomunikasi
dengan jujur dan terbuka sesama mereka.

status
yang

c) Kekurangan saluran
komunikasi

Wujudkan saluran komunikasi secara formal,


dari semua arah. Elakkan dari wujudnya
grapevine yang boleh membawa keburukan
kepada organisasi.
Organisasi perlu memastikan bahawa saluran
komunikasi
yang
bersesuai
perlu
diperbanyakkan.

Antara faktor-faktor yang meyebabkan berlaku halangan dalam komunikasi ialah :


1. Maklumat tidak mencukupi atau berlebihan

Melalui pihak ketiga


2. Kurang minat

Bosan

Sudah tahu
3. Bahasa yang tidak jelas
4. Sekatan emosi

Marah

Sedih

Keliru

Tekanan
5. Penyampaian yang kurang menarik
6. Memikirkan sesuatu yang lain
7. Persekitaran yang tidak sesuai

Bising

Jarak jauh

Gelap

Kebersihan

8. Tiada peluang untuk dapatkan penjelasan


9. Perkataan yang mempunyai banyak makna
10. Tidak bersedia memberi maklumat
11. Perbezaan latarbelakang

Kasar

Lemah lembut

Latar pendidikan

HALANGAN KOMUNIKASI BERKESAN


Kelemahan fizikal
kebisingan, lokasi, jarak
Kesan emosi
agresif, defensif
Kelemahan mendengar
khayal dengan fikiran sendiri
kesimpulan awal
gunakan ingatan untuk data-data penting
HALANGAN KOMUNIKASI BERKESAN
Prasangka
menilai orang
Bukan lisan tidak selaras dengan lisan
senyum tetapi dalam hati rasa marah
Bahasa
bahasa daerah atau negeri
bahasa terlalu teknikal
perkataan yang maknanya berbeza
contoh: sekejap 5 minit/10 minit
Tidak ada kepercayaan
Anggapan umum
Penapisan
kita dengar apa yang kita hendak dengar
KOMUNIKASI
OLEH:
Dr. Narendra Kumar
Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka

Anda mungkin juga menyukai