Anda di halaman 1dari 11

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

BUMI: Bencana cuaca dan kesan ke atas manusia dan alam sekitar,
Peralatan cuaca dan pengukuran , Mentafsir data, dan Ujikaji dalam
Kurikulum Sains Sekolah Rendah

TAJUK 6

6.1

Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui tentang bencana
cuaca dan kesannya kepada manusia dan alam sekitar serta alat pengukuran
cuaca dan kemahiran mentafsir data cuaca. Ujikaji berkaitan cuaca dalam
Kurikulum Sains Sekolah Rendah turut dibincang.

6.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

Memperbahaskan isu-isu yang berkaitan dengan bencana cuaca dan


kesannya mereka ke atas manusia dan persekitaran.
Terangkan prinsip-prinsip asas dan cara bekerja beberapa instrumen
cuaca.
Mentafsirkan data yang diberikan graf dan carta perubahan dalam
cuaca.

6.3 Kerangka Tajuk


Bumi
Bencana Cuaca dan
Kesan ke Atas
Manusia dan Alam
Sekitar

Peralatan Cuaca dan


Pengukuran

Mentafsir Data

Ujikaji dalam
Kurikulum sekolah
rendah

6.3.1 Bencana Cuaca dan Kesan ke Atas Manusia dan Alam Sekitar
Bencana
BANJIR

Punca
Hujan yang berlebihan
,leburan salji dan ais
juga berpunca dari
faktor-faktor
pinggir
pantai.

Kesan
Menyebabkan banyak
tanaman dan ternakan
dimusnahkan.

Selain itu ,ia juga


boleh mengakibatkan
Proses
hakisan ,lapisan tanah
pembandaran
yang berhumus dan
runtuhan tanah di
Pemendapan sungai kawasan tebing bukit.
69

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

dan hakisan sungai


Pemusnahan
kawasan
hutan
tadahan

KEMARAU

Menimbulkan
banyak
kerugian
dalam
bidang
pertanian
Kemusnahan Harta
Sistem
perparitan Benda Penduduk
tidak
terancang,
tidak diselenggara,
tidak sempurna
Sesuatu kawasan
Menyebabkan banyak
mengalami
jenis tumbuhan dan
kekurangan air untuk
haiwan mati kerana
masa yang panjang
kekurangan air.
Selain itu,ia juga
berpunca dari
perubahan iklim atau
kemusnahan
tumbuhan hijau
secara mendadak
yang membawa
kepada sejatan air
yang berlebihan.

RIBUT TAUFAN

Selain itu,ia juga


boleh menyebabkan
kebuluran dan
kematian organisma.

Berpunca dari tiupan Ia menyebabkan


angin yang amat kuat kemusnahan harta
berserta hujan.
benda dan
menyebabkan banjir
dan tanah runtuh.
Selain itu,ribut taufan
dapat menumbangkan
pokok yang besar.

Aktiviti 1
Mendapatkan atau menyusun rekod perubahan suhu global dan
mengaitkan data tersebut dengan kesan perubahan kepada
bumi

70

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

6.3.2.1
Alat pengukuran cuaca
TERMOMETER ATAU JANGKA SUHU
Termometer atau jangka suhu adalah alat yang digunakan untuk mengukur suhu.
Satuan meteorologi menjelaskan bahawa suhu adalah darjah Celsius (oC), Reamur
(oR) dan Farenheit (oF). Umumnya jangka suhu diisi dengan air raksa atau alkohol.
Jangka suhu berfungsi dengan cara yang sederhana. Apabila udara panas,
maka air raksa dalam jangka suhu akan mengembang. Suhu pada jangka suhu diukur
dengan skala suhu yang berhimpit dengan aras permukaan air raksa.
Terdapat beberapa jenis termometer iaitu termometer bebuli kering dan basah,
termometer maksima dan termometer minimum.
Termometer bebuli kering dan basah di sokong secara tegak di dalam Adang
Stevenson. Di sebelah kanan adalah termometer basah. Bebuli termometer basah
dibalut dengan kain muslin dan diikat dengan benang. Benang itu dimasukkan ke dalam
takungan yang berisi dengan air tulin. Bacaan dibuat pada jam 0800 dan jam 1400
setiap hari.
Termometer maksima dan minimum pula diletak di dalam adang dengan
kedudukan yang hampir mendatar. Bacaan suhu maksima dibuat pada jam 0800 pada
hari kemudian. Manakala, bacaan suhu minima dibuat pada jam 1400 setiap hari.
Termometer maksima diletakkan dengan kedudukan bebulinya menghala ke
bawah bersudut kira-kira 2 darjah.

ANEMOMETER
Nama alat ini berasal dari Yunani iaitu anemos yang bererti angin. Perancang
pertama dari alat ini adalah Leon Battista Alberti pada tahun 1450. Selain mengukur
kelajuan angin, alat ini juga dapat mengukur besarnya tekanan angin itu. Anemometer
mengukur kelajuan dan arah angin pada ketinggian piawai 10 m di atas permukaan
bumi.
Anemometer yang paling biasa digunakan adalah anemometer jenis manhkuk. Ia
dibentuk daripada tiga atau empat mangkuk secara hemisferik yang berfungsi sebagai
penangkap angin. Perbezaan tekanan angin di antara mangkuk akan menyebabkan
mangkuk tersebut berpusing. Kadar pusingan adalah berkadar langsung dengan
71

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

kelajuan angin. Seluruh mangkuk menghadap ke satu arah melingkar sehingga angin
bertiup dan rotor berputar pada arah tetap.
Jumlah putaran per minit dari corong anemometer dihitung secara elektronik.
Biasanya, anemometer dilengkapi dengan sudut angin untuk mengesan arah angin.

BAROMETER
Istilah Barometer diperkenalkan pada 1665-1666 oleh seorang ilmuwan alam
dari Irlandia bernama Robert Boyle. Perkataan tersebut diambil dari istilah Yunani iaitu
bros yang bererti 'berat, bobot' dan mtron yang bererti 'ukuran', Maka, barometer
bererti ukuran berat udara.
Barometer adalah alat yang digunakan untuk mengukur tekanan udara. Satuan
Meteorologi dari tekanan udara adalah milibar(mbar), cmHg dan atm.
Barometer terbahagi kepada 2 jenis iaitu barometer raksa dan barometer
aneroid. Tetapi kegunaan mereka lebih kurang sama iaitu mengukur tekanan udara.
Tekanan udara merupakan tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap
permukaan bumi. Tekanan udara boleh berubah-berubah. Apabila berada di aras yang
semakin tinggi, maka berat udara pun semakin berkurangan.
BAROMETER ANEROID
Barometer aneroid atau barometer logam merupakan barometer tanpa cairan.
Barometer ini terdiri dari tabung Vida yang berbentuk bulat dan pipih bersusun yang
diperbuat dari logam yang ruangnya hampa udara. Jarak dinding tabung Vida yang
berhadapan akan berubah apabila terdapat perubahan tekanan udara di sekelilingnya.
Apabila tekanan udara naik, maka tabung Vida semakin pipih di mana jarak dinding
yang berhadapan semakin dekat.

72

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

BAROMETER RAKSA
Alat ini terdiri dari sebuah tabung kaca berisi air raksa, di mana hujung atasnya
tertutup dan hujung bawahnya terbuka dan dimasukkan ke dalam bejana yang juga
berisi air raksa. Ruang di atas kolam air raksa dalam tabung adalah ruang hampa.
Perbezaan yang tinggi antara permukaan atas dan bawah dari air raksa tersebut adalah
merupakan akibat adanya tekanan udara.
Jika tekanan udara bertambah, maka sebahagian air raksa dalam bekas akan
masuk ke dalam tabung sehingga permukaan air raksa di dalam tabung naik.
Sebaliknya apabila tekanan udara berkurang, maka sebahagian air raksa dalam tabung
akan keluar dan mendesak permukaan air raksa dalam bejana. Selain disebabkan oleh
tekanan udara, panjang kolam air raksa ini juga tergantung dari suhu air raksa dan
graviti tempat barometer.

TOLOK HUJAN (TIPPING BUCKET)


Tolok hujan digunakan untuk menyukat hujan. Tolok hujan mempunyai corong penerima
yang akan membawa air hujan kepada dua bucket. Apabila bucket telah mengumpul
sebanyak 0.2 mm air hujan, jisim air tersebut akan menyebabkan bucket tersendeng ke
bawah dan mengosongkan ruangnya. Setiap kali bucket tersendeng ke bawah, ia akan
menghantar isyarat elektrik dan ini membolehkan jumlah air hujan direkodkan mengikut
masa. Maksimum air hujan yang dapat dikesan adalah sebanyak 200 mm/jam. Bacaan
dibuat pada jam 0800 setiap hari.
Data-data hujan dapat diperoleh melalui tolok hujan. Tolok hujan diletakkan di
tempat yang lapang untuk mendapatkan jumlah hujan yang paling tepat. Tolok hujan
diletakkan di dalam tanah sekurang-kurangnya 30 cm daripada bahagian silinder
berada di atas tanah. Ini adalah untuk mengelakkan percikan air hujan yang menimpa
permukaan bumi masuk ke dalamnya. Kemudian, air hujan yang terkumpul dimasukkan
ke dalam silinder bersenggat untuk mendapatkan bacaannya.

73

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

PETUNJUK ARAH ANGIN


Angin adalah udara yang bergerak secara mendatar. Angin bertiup dari kawasan
tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah. Angin tiupan merujuk kepada
arah dari mana angin itu bertiup. Sebagai contoh, angin Monsun Barat Daya ialah angin
yang bertiup dari arah barat daya.
Anak panah yang terdapat pada alat penunjuk arah angin akan menunjukkan arah
tiupan angin. Sebagai contoh, jika anak panah menuju ke arah utara, maka angin
sedang bertiup dari arah selatan.
Arah angin ditentukan mengikut arah tiupan angin. Ia akan dipaparkan dalam bentuk
darjah yang diukur mengikut arah jam dari utara. Penunjuk arah angin (wind vane)
digunakan untuk menunjukkan atau merekodkan arah angin permukaan. Sekiranya
kelajuan angin kurang daripada satu meter per saat atau dua knot, penunjuk angin
hanya akan memberikan bacaan tenang. Sekiranya kelajuan angin kurang daripada
satu metre per saat atau dua knot, penunjuk angin hanya akan memberikan bacaan
tenang (calm).Kelajuan angin diukur dalam meter per saat atau knot. Keadaan tenang
dilaporkan apabila kelajuan angin adalah kurang daripada 0.5 meter per saat atau
kurang dari satu knot.
ALAT PELINDUNG STEVENSON
Skrin Stevenson ialah kotak berpagar untuk melindungi alat-alat meteorologi
daripada sinaran pemendakan dan haba terus dari sumber-sumber luar, tetapi masih
membenarkan udara untuk masuk secara bebas di sekelilingnya. Ia membentuk
sebahagian daripada satu standard stesen kaji cuaca.
Di dalam adang Stevenson itu diletakkan alat-alat kaji cuaca iaitu termometer
bebuli kering dan basah, termometer maksima, termometer minimum, termograf dan
higrograf.
Tujuannya adalah untuk menyediakan persekitaran yang standard untuk
mengukur suhu, kelembapan, dan tekanan atmosfera.
Ia telah direka bentuk oleh Thomas Stevenson(1818-1887), seorang jurutera
awam British dan bapa pengarang Robert Louis Stevenson.

SOLARIMETER
74

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Solarimeter adalah untuk mengukur sinaran solar di atas permukaan bumi


secara rutin. Ia mempunyai element pengesan thermocouple. Elemen pengesan ini
disalutkan dengan karbon tak organik yang sangat stabil, yang mana dapat memberi
penyerapan spektrum dan ciri-ciri kestabilan untuk jangka masa yang panjang. Elemen
pengesan ditempatkan di bawah dome kaca.

TERMOGRAF
Termograf pula merekodkan suhu udara pada carta yang ada di dalamnya.
Termograf beroperasi berdasarkan kepada kadar pengecutan dan pengembangan yang
berbeza bagi dua logam yang digunakan.
Dua jalur logam dilekatkan bersama-sama dengan kuat pada kedua-dua belah
permukaan yang datar. Jalur logam ini selalunya digulung berbentuk heliks. Jalur logam
di bahagian luar mengembang lebih kecil daripada jalur logam bahagian dalam.
Kenaikan suhu akan menyebabkan helikus membuka gulungannya. Pergerakan
ini dibesarkan oleh satu sistem tuas yang ringkas yang menggunakan lengan pen yang
panjang. Pen itu akan merekodkan suhu pada carta termograf.
HIGROMETER
Higrometer berasal dari bahasa Yunani iaitu hugros yang bererti lembab dan
metreoo bererti mengukur.
Higrometer adalah sejenis alat untuk mengukur tingkat kelembapan pada suatu
tempat. Biasanya alat ini ditempatkan di dalam bekas penyimpanan barang yang
memerlukan tahap kelembapan yang terjaga seperti dry box penyimpanan kamera.
Higrometer juga banyak dipakai di ruangan pengukuran dan instrumentasi untuk
menjaga kelembapan udara yang berpengaruh terhadap keakuratan alat-alat
pengukuran.

75

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

PERAKAM HUJAN
Perakam hujan pula adalah satu alat automatik untuk menyukat jumlah dan
tempoh masa hujan.
ALAT PERAKAM SINARAN MATAHARI
Alat perakam sinaran matahari yang menyukat tempoh matahari cerah.
TANGKI SEJATAN 'US class A'
Di dalamnya diletakkan tolok cangkuk untuk menyukat paras air. Sejatan dikira
dari perbezaan paras air dalam tangki sejatan yang dibaca pada jam 0800 setiap hari.
PENGUKUR TEKANAN UDARA
Sensor tekanan adalah kapsul tekanan atau solid state capacitive device yang
mana output voltan ditukarkan ke nilai tekanan udara yang telah dienkodkan secara
digital.

Stesen Meteorologi Mersing (Stesen terindah untuk tahun 2008)


Selari dengan perkembangan zaman, pencerapan cuaca telah menjadi semakin
automatik. Stesen pencerapan cuaca tanpa orang biasanya dilengkapkan dengan
sistem pencerapan cuaca automatik yang mengandungi komponen berikut:

Satu set sensor meteorologi yang disimpan dalam pelindung peralatan dan
disambungkan ke unit pemprosesan (data-logger) dengan menggunakan kabel
yang berbalut.

Unit pemproses (data-logger) digunakan untuk data acquisition, pemprosesan,


penyimpanan dan penghantaran;

Peralatan-peralatan seperti penstabil sumber kuasa, modem, built-in-diagnostics


dan terminal tempatan untuk memasukkan data secara manual, pengeditan dan
paparan data.

Sistem Cuaca Automatik(AWS) mengukur jumlah air hujan, tekanan udara, suhu,
kelembapan, kelajuan dan arah angin serta sinaran global, yang juga dikemaskini
setiap minit, 24 jam sehari tanpa bantuan manusia.
76

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

6.3.2.2
Mentafsir Data Cuaca
Contoh catatan maklumat cuaca yang dibuat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Suhu
Suhu tertinggi pernah
Direkodkan di Chuping, Perlis pada 9 April
40.1C
direkodkan
1998.
Suhu terendah pernah
direkodkan

7.8C

1 Februari 1978, direkodkan di Cameron


Highlands pada paras tinggi 1471.6m dari
Purata Paras Laut.

Perubahan suhu
terendah dalam satu
hari

1.1C

Direkodkan di Cameron Highlands, Pahang


pada 16 November 1998.

Perubahan suhu
tertinggi dalam satu
hari

15.7C

Direkodkan di Kuala Krai, Kelantan pada 20


April 1998.

Hujan
Hujan tertinggi dalam
sejam

159.4 Direkodkan di Sandakan , Sabah pada 27


mm
Oktober 2006.

Hujan tertinggi dalam


sehari

608
mm

Hujan tahunan tertinggi

5,687
Direkodkan di Sandakan, Sabah pada 2006.
mm

Hujan tahunan
terendah

1,151
Direkodkan di Tawau, Sabah pada 1997.
mm

Purata hujan tahunan


tertinggi

4,159
Direkodkan di Kuching, Sarawak.
mm

Purata hujan tahunan


terendah

1,787
Direkodkan di Sitiawan, Perak.
mm

Bilangan hari hujan


tertinggi

279
hari

Angin
Purata harian tertinggi
3.8 m/s
kelajuan angin
Kelajuan angin
maksima tertinggi

41.7m/s

Direkodkan di Kota Bharu, Kelantan pada 6


Januari 1967.

Direkodkan di Kuching, Sarawak.

Direkodkan di Mersing, Johor.


Direkodkan di Kuching, Sarawak pada 15
September 1992.
77

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Kilat
Purata tahunan tertinggi
309
bilangan hari yang
hari
mengalami kilat
Bilangan hari tertinggi
dalam setahun yang
ada kilat

362
hari

Ribut Petir
Purata tahunan tertinggi
bilangan hari yang
211
mengalami ribut
hari
petir
Bilangan hari tertinggi
dalam setahun yang
ada ribut petir

269
hari

Direkodkan di KLIA, Sepang

Direkodkan di Subang pada tahun 1987

Direkodkan di Subang.

Direkodkan di Subang pada tahun 1969

Analisa adalah berdasarkan rekod bagi 36 stesen kajicuaca utama bagi tempoh
sehingga tahun 2010.

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Environment/files/Compendium_2011/02-BAB1.p

6.3.4

Ujikaji dalam Kurikulum sekolah rendah

Aktiviti yang Melibatkan Kandungan Pengetahuan Pedagogi


Anda dikehandaki untuk menyediakan pakej pengajaran sumber untuk mengajar hasil
pembelajaran tertentu bagi satu topik yang diberikan yang berkaitan dengan topik
pengukuran data iklim. Pakej sumber pengajaran termasuk aktiviti / aktiviti dengan
prosedur, kertas kerja, model, dan lain-lainalat/bahan bantuan yang sesuai untuk
mencapai hasil pembelajaran yang dinyatakan dan idea penilaian dengan sumbersumber yang sesuai.
http://tlc.howstuffworks.com/family/science-projects-for-kids-weather-andseasons.htm
http://www.sciencekids.co.nz/weather.html
http://www.accredited-online-college-degrees.com/science-experiments.html
http://www.squidoo.com/weather_science_projects_for_families
78

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Selesai bahagian ini.

Rehatlah dulu.

Rujukan

79

Anda mungkin juga menyukai