Anda di halaman 1dari 4

ALAT KAJI CUACA 1.

0 TERMOMETER DAN PELINDUNG STEVENSON

Gambar 1: termometer digunakan bersama pelindung Stevenson.

1.1. TERMOMETER Mempunyai dua batang termometer yang berbeza iaitu jangka suhu bebuli basah dan kering. Jangka suhu bebuli basah akan dibalut dengan kain dan direndam di dalam air suling. Jangka suhu bebuli kering tidak dibalut. Jangka suhu akan diletakan di dalam pelindung Stevenson untuk mengelakkan ia terkena dengan pancaran terus cahaya matahari. Termometer ini dapat menyukat suhu minimum dan maksimum di sesuatu kawasan. 1.2 PELINDUNG STEVENSON Bumbung diperbuat daripada dua lapisan papan yang dapat melindungi termometer sixbellani daripada pancaran terus cahaya matahari. Cat berwarna putih berfungsi sebagai penebat haba. Pelindung Stevenson terletak 1 Meter dari permukaan tanah. Dindingnya diperbuat daripada kayu yang disusun secara bersirip.

2.0 CAMPBELLSTOKES RECORDER

Alat yang digunakan untuk merekod peratusan pancaran sinaran matahari. Bola kristal digunakan untuk mengumpul dan menumpukan pancaran matahari ke kepingan asbestos. Alat ini akan mencatat tempoh pembakaran kepingan asbestos setiap jam.

Gambar: kepingan asbestos yang terbakar. Setiap senggatan pada kepingan asbestos mewakili tempoh masa satu jam. Jika sepanjang tempoh masa itu, kepingan asbestos terbakar sepenuhnya, maka kadar pancaran sinaran matahari adalah 100%.

3.0 SELF-RECORDING TIPPING BUCKET RAIN GAUGE

Tolok hujan automatik mempunyai perakam waktu mekanikal yang akan merakam waktu hujan turun, bekas takungan, drum serta gelendong kertas graf, pen untuk mencatat carta hujan. Tolok hujan mempunyai corong penerima yang akan membawa air hujan ke bekas takungan. Apabila bekas takungan telah mengumpul sebanyak 0.2mm air hujan, jisim air tersebut akan menyebabkan bucket tersendeng ke bawah dan mengosongkan ruangnya. Setiap kali bekas takungan air tersendeng ke bawah, ia akan menggerakkan pen dan ini membolehkan jumlah air hujan direkodkan mengikut masa. Maksimum air hujan yang dapat dikesan adalah sebanyak 200mm/jam.

4.0 PENUNJUK ARAH MATA ANGIN DAN PENGUKUR KELAJUAN ANGIN

Arah angin ditentukan mengikut arah tiupan angin. Ia dipaparkan dalam betuk darjah yang diukur mengikut arah jam dari utara. Penunjuk arah angin digunakan untuk menunjukkan atau merekodkan arah angin permukaan. Sekiranya kelajuan angin kurang daripada satu metre per saat atau dua knot, penunjuk angin hanya akan memberikan bacaan tenang. Kelajuan angin diukur dalam meter per saat atau knot. Keadaan tenang dilaporkan apabila kelajuan angin adalah kurang daripada 0.5 meter per saat atau kurang dari satu knot. Peralatan yang digunakan untuk mengukur kelajuan angin dipanggil anemometers, alat yang paling biasa digunakan adalah cup anemometer. Ia dibentuk daripada tiga cup secara hemisferik. Perbezaan tekanan angin di antara cup akan menyebabkan cup tersebut berpusing. Kadar pusingan adalah berkadar langsung dengan kelajuan angin.

Anda mungkin juga menyukai