Anda di halaman 1dari 2

Kesan-kesan Pencemaran Sungai

1. Menambahkan bebanan kerajaan

- kos pembersihan meningkat

- umpamanya, dalam RMK-8, sebanyak RM250 juta telah diperuntukan bagi pembersihan dan
pengindahan sungai

- kempen ‘Cintai Sungai Kita’ perlu diperkasakan lagi

- membazir kerana lebih perlu disalurkan untuk pembangunan negara

2. Kepupusan hidupan akuatik

- menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang juga ekologi dan rantaian makanan

- membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau

- burung pula jika terkena minyak akan menyebabkan sukar terbang seterusnya mati

- spesis terancam semakin pupus, contohnya penyu

- sebagai contoh, pembuangan plastik di perairan Terengganu suatu masa dahulu menyebabkan
penyu mati kerana termakan plastik yang disangkakan makanan

3. Menjejaskan sumber pendapatan nelayan

- menyebabkan ikan berpindah habitat yang lebih selamat

- tumpahan minyak menyebabkan segala peralatan nelayan rosak

- meningkatkan kos pemulihan

- misalnya, tumpahan minyak di Pengerang telah menjejaskan pendapatan nelayan di situ


memandangkan sumber pendapatan utama penduduk sekitarnya bekerja sebagai nelayan

4. Menjejaskan kesihatan

- sumber air bersih berkurangan

- laporan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari penduduk di
muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian mereka

- penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan

- penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan makanan meningkat

- Pada tahun 2005, WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air yang tidak
bersih

5. Menjejaskan industri pelancongan


- tumpahan minyak menyebabkan bau yang tidak selesa

- kawasan terumbu karang boleh terjejas teruk apabila berlaku pencemaran air

- pulau dan pantai akan kurang dikunjungi seandaianya tarikan alam marin ini terjejas dan musnah

6. Aktiviti rekreasi tidak lagi sesuai

- sungai dan tasik yang digunakan sebagai tempat berekreasi seperti berenang, berkayak dan
memancing hilang fungsinya

- persekitaran yang telah tercemar tidak lagi sesuai sebagai tempat menenangkan fikiran dan diri

Email This

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook

Share to Pinterest

Anda mungkin juga menyukai