Anda di halaman 1dari 6

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yu Ying

Jalan Bukit Godek Semabok 75050 Melaka


Kod Sekolah : MBC
2066 Tel / Fax : 06 - 2832089

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010


Bahasa Malaysia kertas 1
Tahun 3
Nama: ________________ Markah:______________
Tarikh:________________
Tahun:________________

A) Baca Petikan Di Bawah: (10 M)

Pada 16 Mei setiap tahun, sekolah saya akan mengadakan


sambutan Hari Guru. Tujuannya adalah untuk mengenang dan
menghargai jasa guru.
Pada hari itu, semua murid berhimpun di tapak perhimpunan.
Selepas nyanyian Lagu Negaraku dan lagu sekolah, wakil murid
membaca teks ucapan untuk menunjukkan penghargaan kepada
guru. Acara kemuncak ialah persembahan tarian oleh murid-murid.
Guru-guru kelihatan gembira apabila mereka diraikan. Nyanyian
lagu kami Guru Malaysia oleh guru-guru mengakhiri perhimpunan
tersebut.

Jawab soalan-soalan berikut:

1. Bilakah sambutan Hari Guru diadakan?


A. 14 Mei B. 16 Mac C. 16 Mei D. 15 Mei

2. Siapakah yang Membaca teks ucapan untuk menunujukkan penghargaan


kepada guru?
A. wakil guru B. wakil ibu C. wakil murid D. wakil bapa

3. Apakah acara kemuncak pada hari itu?


A. persembahan nyanyian C. persembahan bersajak
B. persembahan lakonan D. persembahan tarian

4. Guru-guru menyanyikan lagu_____________________________


A. Kami Anak Malaysia C. Kami Warisan Malaysia
B. Kami Guru Malaysia D. Kami Sayang Malaysia
5. Berhimpun bermaksud
A. berkumpul B. beredar C. Berpecah D.
Bergaduh

B) Baca petikan dibawah kemudian jawab soalan-soalan berikut :(10


M)

Chee Wei baru bangun daripada tidur. Dia mengemas katilnya.


Dia suka melihat katilnya kemas dan bersih.
Kemudian, Chee Wei Masuk ke bilik air. Dia menggosok giginya
sebelum mandi. Gigi Chee Wei kelihatan bersih dan putih.
Semasa mandi pula, Chee Wei menggunakan sabun wangi
untuk membersihkan badannya. Dia juga mencuci rambutnya
dengan syampu. Selepas mandi, Chee Wei mengelap badannya
dengan tual yang bersih. Kemudian, dia memakai pakaian sekolah
dengan kemas. Setelah menyikat rambutnya, Chee Wei bersarapan
bersama-sama ibu dan ayahnya.

Jawab soalan berikut:

1. Apakah yang dilakukan oleh Chee Wei selepas bangun daripada tidur?
Selepas Chee Wei bangun tidur________________________________

2. Sebelum Mandi, Chee Wei


A. mencuci rambutnya.
B. menggosok giginya.
C. mengelap badannya

3. Apakah yang digunakan oleh Chee Wei untuk mencuci rambutnya?


A. sabun B. ubat gigi C. syampu D. tuala

4. Chee Wei memakai pakaian sekolah dengan


A. kemas B. licin C. cantik D. baik

5. Chee Wei Bersarapan bersama-sama siapa?


A. abangnya
B. kakaknya
C. adiknya
D. ibu dan bapanya

C) Garisi Kata Ganti Nama Tunjuk Yang Betul: (10 M)

1. Kami suka mandi di [ ini ],[ sini ] kerana airnya sangat jernih.

2. [ Itu ],[ Sana ] anak Encik Kassim.

3. Hari [ situ ],[ ini ] hari Isnin.

4. Ayah suka bekerja di [ itu ],[ sana ] kerana upahnya tinggi.

5. Ibu suka tinggal di [ situ ],[ itu ] kerana udaranya tidak tercemar.

D) Pilih Kata Seru Yang Sesuai : (10 M)

1. ________, sakitnya tanganku!


A. Aduh B. Amboi C. Aduhai

2. ________, cantik sungguh baju kamu itu!


A. Cis B. Amboi C. Eh

3. ________, malangnya nasib aku hari ini!


A. Aduhai B. Syabas C. Nah

4. ________, tingginya bangunan KLCC itu!


A. Eh B. Oh C. Wah

5. ________, terimalah hadiah saya ini!


A. Cis B. Nah C. Eh
E) Salin ayat-ayat dibawah semula dengan meletakkan tanda baca
yang betul
(10 M)

1. ibu negeri Malaysia ialah kuala lumpur


________________________________________________________

2. darven tinggal di taman duyung permai


________________________________________________________

3. wah cantiknya perempuan itu


________________________________________________________

4. saya mengikut emak membeli-belah di mahkota parade


________________________________________________________

5. kami sekeluarga suka pergi ke genting highlands


________________________________________________________

F) Garisi kata sendi yang betul. (20 M)

1. Ayah dan emak sedang berbual-bual ( tentang , pada ) kesihatan nenek


di kampung.

2. Baju batik yang baru dibeli itu diperbuat ( dari , daripada ) kain sutera.

3. Abang meletakkan raketnya ( di , pada ) atas meja.

4. Ayah memberi hadiah ( kepada , dari ) kakak sempena hari lahirnya.

5. Halim Mengulang kaji pelajaran ( pada , dengan ) tekun.

6. Jemputlah masuk ( ke , kepada ) dalam rumah saya.

7. Julia akan menunggu saya ( di , pada ) kedai Pak Ali.


8. Pekerja Kilang itu bekerja ( dari , dengan ) pagi hingga malam.

9. Buku yang kamu cari itu ada ( pada , ke ) Ai Ling.

10. Chong Wei duduk ( di , pada )


sebelah kiri saya.

G) Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai: (10 M)

sehelai keping senaskhah ekor


biji

1. Zaleha mengelap meja dengan ____________ kain.

2. Dua _________ lembu sedang meragut rumput di padang ragut

3. Tiap-tiap pagi Jian Foo akan makan dua _________ roti sebelum ke sekolah.

4. Ibu membeli __________ durian di pasar malam.

5. Bapa singgah di kedai Pak Ali untuk membeli ___________ surat khabar.

H) Pilih Kata Tanya yang sesuai. (20 M)

1. ( Mengapakah , Bilakah ) Jun Yuan tidak datang ke sekolah?


2. ( Apakah , Siapakah ) yang ada di dalam beg itu?
3. Di ( manakah , bagaimanakah ) letaknya SJKC Yu Ying?
4. ( Siapakah , Apakah ) nama kamu?
5. ( Bilakah , Manakah) kamu hendak pulang ke kampung?
6. (Kenapakah , Apakah ) ibu kamu tida datang?
7. (Bilakah , Berapakah ) harga sebatang pensel ini?
8. Pukul (siapakah , berapakah ) waktu kamu bertolak?
9. Di ( siapakah , manakah ) letaknya rumah James?
10. (Berapakah , apakah ) harga sehelai baju kemeja ini?

Disediakan oleh ; Disemak oleh:


Mohd Shah Rizan Bin Amzah Pn. Seng Bee Chin
_______________________ _________________

Anda mungkin juga menyukai