Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN JALAN RAYA LALUAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH

SMK SERI KOTA PUTERI 2.

MELALUI PERUNTUKAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB) TAHUN 2017

 1.TUJUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan memohon pertimbangan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru


(MBJB) untuk mendapat peruntukan membiayai penambahbaikan dan menaik taraf
struktur dan kemudahan di jalan raya berdekatan SMK Seri Kota Puteri 2.

2.LATAR BELAKANG

SMK Seri Kota Puteri 2 merupakan salah sebuah sekolah menengah di daerah Pasir Gudang.
Seramai 707 orang murid belajar di sekolah ini yang majoritinya adalah murid berbangsa
Melayu. Kediaman murid di sekolah ini kebanyakannya dari taman perumahan berhampiran
sekolah seperti di Taman Kota Puteri, Taman Megah Ria, dan Taman Rinting. Latar belakang
ekonomi keluarga yang berbeza memperlihatkan terdapat murid yang pergi dan balik
sekolah menggunakan pengangkutan awam, kereta, motorsikal, mengayuh basikal dan
tidak kurang juga ada yang berjalan kaki. Murid hadir ke sekolah seawal jam 6.40 pagi
sehingga jam 7.15 pagi. Kesesakan jalan raya di hadapan sekolah sering berlaku ketika pergi
ke sekolah sekitar jam 7.05 pagi dan ketika balik dari sekolah sekitar jam 2.00 petang. Selain
daripada warga sekolah, jalan raya tersebut juga sering dilalui oleh lori dan jentera berat
kerana lokasi sekolah ini sangat berhampiran dengan kawasan perindustrian Kota Puteri.

3. MAKLUMAT PROJEK

3.1 Status Tapak Projek

Tapak projek adalah tanah Kerajaan yang berstatus jalan raya. Melibatkan Jalan Penaga di


hadapan SMK Seri Kota Puteri 2 dan Jalan Utama Kota Puteri. Jalan raya tersebut
merupakan jenis jalan dua hala. Kawasan tersebut juga didapati berada dalam bidang kuasa
Majlis Perbandaran Johor Bahru.

3.2 Butiran Projek Yang Dicadangkan

a. Menjadikan Jalan Penaga di hadapan SMK Seri Kota Puteri 2 sebagai jalan sehala pada
waktu murid pergi ke sekolah bermula 6.50 pagi hingga 7.20 pagi dan ketika murid balik dari
sekolah bermula jam 1.50 petang hingga 2.20 petang. Papan tanda penguatkuasaan status
jalan sehala perlu dibina berhampiran Jalan Penaga agar pengguna jalan tersebut mendapat
info mengenai penguatkuasan peraturan tersebut.
b. Membina laluan pejalan kaki di tepi jalan raya menuju ke SMK Seri Kota Puteri 2.
Pembinaan laluan pejalan kaki tersebut bermula dari simpang empat antara Jalan Utama
Kota Puteri - Jalan Penaga hingga ke pintu masuk SMK Seri Kota Puteri 2.

c. Pembinaan kawasan menurunkan penumpang berbumbung di hadapan pintu pagar kecil


SMK Seri Kota Puteri 2. Kawasan ini terletak di Jalan Penaga di hadapan laluan masuk ke
sekolah. Keluasan yang dicadangkan kawasan berbumbung tersebut boleh memuatkan dua
buah kenderaan untuk menurunkan penumpang yang terdiri daripada murid SMK Seri Kota
Puteri 2.

d. Pembinaan garisan menyeberang jalan raya “Zebra Crossing Line”. Cadangan pembinaan
kawasan “Zebra Crossing Line” di hadapan pintu laluan masuk pelajar ke sekolah iaitu
dikawasan ibu bapa serta bas sekolah menurunkan pelajar. Ini memudahkan pelajar
melintas apabila ada diantara ibubapa yang menurunkan pelajar di seberang jalan kerana
disebabkan kekangan untuk membuat pusingan diatas faktor kesesakan laluan diahadapan
pintu masuk.

e. Membaiki Jalan Penaga di hadapan SMK Seri Kota Puteri 2. Antara penambahbaikan yang
dicadangkan adalah menaik taraf menurap jalan tersebut. Membina sistem perparitan yang
terancang di tepi Jalan Penaga tersebut agar air tidak bertakung.

3.3 Justifikasi Projek

Sebab dan alasan keperluan projek yang dicadangkan.

a. Projek menjadikan Jalan Penaga sebagai jalan sehala pada waktu pergi dan balik sekolah
dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas berlaku di hadapan SMK Seri Kota Puteri 2. Ia juga
dapat mengurangkan kes murid lewat untuk ke sekolah kerana kenderaan agak sesak
kerana bergerak dalam hala yang sama. Perkara yang paling penting apabila jalan tersebut
dijadikan sehala adalah ianya dapat menjamin keselamatan murid ketika pergi dan balik
sekolah.

 b.Cadangan pembinaan laluan pejalan kaki bermula dari simpang empat antara Jalan
Utama Kota Puteri - Jalan Penaga hingga ke pintu masuk SMK Seri Kota Puteri 2 sangat
penting bagi menjamin keselamatan murid yang berjalan kaki ketika pergi dan balik sekolah.
Murid yang berjalan kaki mengalami risiko yang besar apabila terpaksa berselisih dengan
kenderaan berat di Jalan Penaga. Terdapat kenderaan berat yang dengan sengaja
membunyikan hon untuk memastikan murid yang berjalan kaki memberi laluan kepada
mereka untuk melalui jalan tersebut. Oleh itu, dengan adanya laluan pejalan kaki tersebut
dapat memudahkan murid untuk berjalan kaki disamping dapat menjamin keselamatan
mereka ketika pergi dan balik sekolah.

c. Cadangan pembinaan kawasan menurunkan penumpang berbumbung di hadapan pintu


pagar kecil SMK Seri Kota Puteri 2 sangat penting ketika waktu hujan. Pakaian murid dan
buku akan basah apabila waktu hujan ketika pergi dan balik sekolah. Murid juga mengambil
risiko keselamatan apabila terpaksa berlari apabila keluar dari kenderaan untuk
mengelakkan basah teruk terkena hujan. Oleh demikian, dengan adanya kawasan
menurunkan penumpang berbumbung ini membolehkan murid dapat turun dalam keadaan
selamat dan tidak tergesa-gesa ketika pergi balik sekolah pada waktu hujan.

d. Cadangan pembinaan garisan menyeberang jalan raya “Zebra Crossing Line” di Jalan
Utama Kota Puteri dapat memudahkan murid yang berjalan kaki. Jalan tersebut sangat
berbahaya kerana kesesakan jalan yang dilalui oleh pelbagai jenis saiz kenderaan. Situasi
risiko ini juga berlaku kerana jalan raya tersebut sangat lebar. Dengan adanya “Zebra
Crossing Line” tersebut, maka murid yang berjalan kaki mudah untuk menyeberang Jalan
Utama Kota Puteri.

e. Cadangan membaiki jalan raya dan sistem perparitan yang melibatkan Jalan Penaga dapat
mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di jalan tersebut pada waktu hujan. Keadaan
jalan yang menuruni bukit menyebabkan air hujan akan bertakung di Jalan Penaga di
hadapan kawasan sekolah. Situasi ini menyebabkan jalan menjadi sesak terutama sekali
pada waktu pergi dan balik sekolah. Dengan adanya sistem perparitan yang terancang di
tepi kira dan kanan Jalan Penaga tersebut akan memastikan kejadian banjir dapat dielakkan
lantas kesesakan jalan raya tidak berlaku lagi.

4.PENUTUP

Seluruh warga sekolah ini sangat berbesar hati jika pihak Majlis Bandaraya Johor
Bahru(MBJB) dapat mempertimbangkan beberapa permintaan tersebut kerana ia mampu
untuk menjamin keselamatan murid di sekolah ini ketika berada di luar kawasan sekolah
terutama sekali ketika pergi dan balik sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

....................................... ...................................... .........................................

(AFIZ BIN AHMAD)


AJK Keselamatan Pergi
Dan Balik Murid SMK
Seri Kota Puteri 2

Anda mungkin juga menyukai