Anda di halaman 1dari 10

Kerjaya Arkitek Lanskap

Pengenalan
Senibina Landskap (Landscape Architecture) adalah satu profesion yang diiktirafkan sebagai satu bidang kerja
yang tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces), pembinaannya, serta kerja-kerja
berkaitan untuk memastikan kerja-kerja tersebut adalah bersesuaian dengan fungsi dan kegunaan (Function &
Use) sesuatu kawasan. Ianya menitik beratkan rekabentuk persekitran alam yang melibatkan kerja-kerja seperti
analisis setempat, perancangan dan pemilihan tapak untuk pembangunan, rekabentuk, susun atur tapak serta
pengawasan terhadap pembangunan sesuatu projek. Sejak kebelakangan ini skop profesion ini juga meliputi
bidang rekabentuk bantuan komputer (CAD), perancangan ekologi, kajian mengenai persekitaran alam dan
tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah.
Bidang arkitek landskap juga ialah satu bidang yang berkaitan dengan pengajian sains dan
seni dan ianya adalah satu profesion yang menekankan pertalian di antara alam binaan dan alam
tabie dengan mengambil kira kedua-duanya dalam konteks kehidupan manusia sejagat. Dari segi
pentakrifan bidang ikhtisas rekabentuk landskap bolehlah ditakrifkan sebagai seni dan sains
mengubahsuai kawasan persekitaran dengan mengatur dan mengambil kira unsur-unsur semulajadi,
tumbuhan serta binaan mengikut suatu rancangan estetik dan teknik yang menyeluruh. Peranan
arkitek landskap (landscape architect) akan menjadi bertambah penting dengan pemesatan proses
urbanisasi dalam tekad kerajaan mencapai matlamat wawasan 2020.
Sebagai bidang kerja yang menggabungkan unsur-unsur 'seni dan sains', arkitek landskap
adalah salah satu profesion yang memerlukan kefahaman saintifik dan seni dalam mewujudkan alam
bina bagi penghidupan manusia. Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1995 (pindaan), telah
menekan pentingnya peranan yang akan dimainkan oleh bidang landskap dalam proses pemajuan.
Malah Jabatan Landskap Negara baru sahaja ditubuhkan oleh kerajaan atas sebab kesedaran ini.
Pihak berkuasa perancang tempatan di Malaysia memandang serius terhadap pentingnya pelanpelan landskap dikemukakan bagi mana-mana projek yang hendak dimajukan sebelum kebenaran
menjalankan kerja-kerja tanah dimulakan. Namun demikian pelaksanaan peraturan ini tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya disebabkan kekurangan kakitangan yang terlatih sebagai seorang arkitek
landskap yang profesional sama ada di pihak swasta atau kerajaan. Keperluan pakar dalam bidang
landskap tidak dapat dinafikan pada masa kini dengan kepesatan pembangunan yang tinggi di
pelbagai sektor perumahan, industri, perhutanan, lebuh raya, perlombongan, pelancongan dan
taman-taman rekreasi.
Bidang arkitek landskap adalah penting dalam proses pembangunan kawasan-kawasan
kediaman, komersial, industri dan rekreasi. Ini jelas terbukti dengan perkembangan kawasankawasan pembangunan yang meningkat pada kadar 35 peratus (%) setahun. Jika pembangunan ini
tidak dikawal dengan pengindahan landskap yang sempurna, ia akan mewujudkan suatu suasana
alam sekitar tandus, kering dan tidak bermaya. Justeru itu perancangan, rekabentuk dan pengurusan
landskap yang profesional akan menampilkan suasana persekitaran bagi penghidupan manusia
sejagat secara lebih inovatif dan berdaya maju. Pengajian landskap antara lain merangkumi isu guna
tanah dan perancangan alam sekitar, perancangan dan rekabentuk tapak dan permasalahan tanah
dan pengurusan landskap.

1.0

PROFESION ARKITEK LANDSKAP


Keterbatasan pemahaman profesion arkitek landskap pada suatu masa dahulu kini telah mula
menampakkan keperluannya pada masa kini. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, para
arkitek landskap biasanya sejak awal-awal lagi menjadi ahli integral kepada pasukan ikhtisas yang
bertanggungjawab merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek-projek pembangunan.
Peranan serta sumbangan para arkitek landskap, dalam keseluruhan perancangan dan
merekabentuk alam sekitar adalah mustahak. Namun begitu, senario tersebut di Malaysia adalah
agak berlainan. Pada suatu ketika dahulu, peranan para arkitek landskap tidak langsung diambilkira
dan diberi tempat dalam keseluruhan merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek-projek
pembangunan alam sekitar. Industri Binaan dijangka berkembang pada kadar purata 8 peratus
setahun sehingga 2020. Jangkaan ini selari dengan hasrat kerajaan supaya Malaysia menjadi negara
maju pada tahun tersebut.
Dalam masa lima tahun yang akan datang, industri pembinaan akan berkembang dengan
begitu rancak. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, telah dijangkakan bahawa 16,100 km jalan akan
dibina; 800,000 rumah akan didirikan; pelaburan di dalam industri pembuatan dijangka mencecah
RM110 billion; pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia diramalkan meningkat sebanyak 9.6
peratus setiap tahun sehingga mencapai 12.5 juta orang pada tahun 2000 dan sejumlah RM2.6 billion
akan dibelanjakan untuk meningkat perkhidmatan kesihatan negara. Projek-projek besar seperti
Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang memberi penekanan yang amat tinggi
kepada persekitaran. Justeru itu, permintaan untuk kepakaran bidang landskap akan meningkat bagi
tahun-tahun yang akan datang.
Pembangunan landskap di Malaysia berkembang dengan kadar yang begitu cepat sekali.
Pembangunan industri binaan yang juga berkembang dengan begitu pesat telah juga memungkinkan
profesion ini mendapat kesan limpahan walaupun terpaksa menghadapi keterbatasan yang tertentu.

1.0 TUGAS SEBAGAI ARKITEK LANDSKAP


Bidang tugas seorang Arkitek Landskap terbahagi kepada empat skop utama, iaitu Kajian
Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan-Pelan Tempatan dan Struktur, Kajian Kebekesanan Alam
Sekitar (EIA) dan Projek-Projek Landskap spesifik.
i.

Perancangan Pelan Induk


Didalam skop kerja ini, Arkitek Landskap bersam-sama dengan ahli-ahli iktisas yang lain bekerjasama dalam
mewujudkan konsep pembangunan dan perancangan pelan induk berdasarkan kepada faktor-faktor alam sekitar
serta sumber-sumber landskap sedia ada serta menyediakan cadangan awal pembangunan termasuklah
penyediaan pelan induk landskap, kos pembangunan dan strategi-strategi pembangunan landskap yang
mengambilkira perancangan keseluruhan pembangunan.

ii.

Kajian Pelan Tempatan dan Struktur


Berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar, salah satu aspek kajian ialah landskap dan kawasan
persekitarannya, sumber-sumber landskap sedia ada, serta mengariskan panduan pembangunan landskap untuk
digunapakai oleh Kerajaan Tempatan, Projek-Projek serta kos pembangunan landskap yang dikenal pasti untuk
dimajukan dibawah Kerajaan Tempatan.

iii.

Kajian Keberkesanan Alam Sekitar (EIA)


Aspek landskap meliputi kajian nilai landskap dan kawasan persekitarannya semasa sama ada ianya
dipelihara ataupun perlu digantikan landskap yang baru berdasarkan kepada keperluan
pembangunan tersebut. Nilai-nilai positif dan negatif akan dikaji dan juga perlu atau satu pelan
pembangunan landskap yang menyeluruh perlu sidediakan bagi mengurangkan kesan-kesan negatif
alam sekitar yang wujud akibat daripada pembangunan satu-satu projek

iv.

Projek-Projek Landskap Spesifik

Skop kerja ini merupakan tugas typikal dan tugas utama ialah merancang dan merekabentuk landskap kawasankawasan seperti berikut:
Perumahan / Kondominium

Pejabat / Perindustrian / Kompleks

Perdagangan

Pinggir Sungai, tasik, laut / empangan

Sistem laluan pejalan kaki, basikal / kenderaan

Kawasan tinggalan sejarah

Tebus guna tanah / tanah terbiar/ bekas lombong

Taman Bandar / Zoo / Pertanian / Kejiranan / Lapang

Kawasan peranginan / pelancongan

Padang Golf / Kelab Golf


Elemen-elemen landskap yang dicadangkan biasanya merangkumi landskap lembut dan kejur. Diantaranaya
seperti penggunaan tumbuh-tunbuhan, badan-badan air, lampu-lampu landskap, binaan batu tiruan, sistem
pengairan,laluan pejalan kaki, mall, perabut landskap/ jalan/taman seperti bangku, tong sampah, alat-alat
permainan, papan tanda / petunjuk arah; air terjun. Air pancut, wakaf, jambatan pejalan kaki dan sebagainya.
v.

Tugas-tugas umum arkitek landskap

Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan


bila bangunan hendak digunakan.
Menyedia pelan atur dan menentukan cirri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan
pelan hiasan.
Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik. Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk
kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk mematuhi undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT.
Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan
perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan.
Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon
dan sebagainya.
1.0

SYARAT KELAYAKAN ARKITEK LANDSKAP


(a)

Kumpulan Perkhidmatan

Pengurusan dan Profesional

(b)
(c)

Klasifikasi
:
Perkhidmatan Kejuruteraan
Jadual Gaji
:
Gred J41
P1T1 RM1815.87 - P1T23 RM4105.19
P2T1 RM1899.36 - P2T23 RM4361.71
P3T1 RM1986.48 - P3T23 RM4614.60
(d)
Elaun :
Imbuhan Tetap Khidmat Awam
:
RM170.00
Imbuhan Tetap Perumahan
:
RM165.00
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
:
5% daripada gaji pokok

2.0

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian

tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


(Gaji permulaan ialah pada Gred J41:P1T3); DAN
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik bidang Seni


Bina adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :(ii)

(a)
(i)
Mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan
Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CIRI-CIRI SEORANG ARKITEK LANDSKAP


Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan kesenian.
Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengaturan.
Kebolehan menyelesaikan masalah.
Kreatif dan imaginative.
Boleh menganalisa secara logic.
Mempunyai daya pemerhatian yang tajam.
Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengakuan
0

LATIHAN ASAS ARKITEK LANDSKAP

Latihan Iktisas mandatori bagi seorang Arkitek Landskap (perlulah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf)
termasuklah:
Prinsip-prinsip perancangan (Physical Planning)

Prinsip-prinsip Senibina (Architecture)

Prinsip-prinsip Senibina Landskap (Landscape Architecture)

Prinsip-prinsip Rekabentuk (Physical Design)

Prinsip-prinsip Rekabentuk Tanaman (Planting Design)

Prinsip-prinsip kejuruteraan (Basic Engineering)

Prinsip prinsip ukur tanah

Geologi dan Sains Tanah

Sains Tumbuhan

Ekologi

Biologi

Botani

Saliran dan Pengairan (Drainage dan Irrigation)

Sains Kemasyaratan (Social Science + Human/Animal Behavioral Science + Psycology)

Lukisan Teknikal

Dokumen Kontrak (Contract Documentation and Specification)

Amalan Iktisas

Latihan Praktikal
PELUANG KERJAYA BAGI ARKITEK LANDSKAP
Peranan dan reputasi arkitek landskap menjadi semakin penting dan mencabar selari dengan
kepesatan pembangunan negara. Di antara organisasi-organisasi di Malaysia yang memerlukan
perkhidmatan arkitek landskap adalah seperti:

Sektor Awam Dan Berkanun


Jabatan Landskap Negara

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Jabatan Alam Sekitar

Jabatan Pertanian

Jabatan Pengairan dan Saliran

Jabatan Perhutanan

Dewan Bandaraya

Majlis Perbandaran

Majlis Kerajaan Tempatan

Lembaga Pembangunan Bandar

Perbadanan Kemajuan Negeri

Institusi Pengajian Tinggi

Institusi Penyelidikan

Agensi-agensi berkaitan

Sektor Swasta
Firma Perunding Senibina Landskap

Kontraktor Landskap dan Senitaman

Firma Arkitek dan Perancangan Bandar


PELUANG KERJAYA DAN PROSPEK
Semua arkitek yang sedang berkhidmat masih berdaftar dengan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM).
Peluang pekerjaan terdapat di sektor awam dan swasta. Peluang di sektor awam seperti di Jabatan
Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Bandaraya, Perbadanan Kemajuan Negeri
dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi.
Di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di firma-firma arkitek.
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Universiti Malaya
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Mara
Universiti Putra Malaysia
Politeknik Ungku Omar
Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jitra
Politeknik Port Dickson
Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:L&G - Twintech Institute Of Technology
Lim Kok Wing Institute Of Creative Technology
Taylors College
Alif Creative Academy

AKADEMIK PENGAJIAN SISWAZAH MASTER SENI BINA LANDSKAP (SECARA


KERJA KURSUS)
MASTER SENI BINA LANDSKAP (SECARA KERJA KURSUS)
Seni Bina Landskap telah disebut-sebut sebagai suatu profesion mesra alam bagi
kurun ke 21 ini. Ia merupakan salah satu daripada profesion yang sedang
berkembang pesat dinegara-negara maju. Arkitek Landskap pada hari ini
memberi sumbangan utama dalam menyelesaikan isu-isu mengenai alam sekitar
seperti perubahan iklim, pencemaran tanah, air dan udara; kemapanan bandar,
pemuliharaan hutan, dan sebagainya diperingkat negara dan antarabangsa.

Seni Bina Landskap ialah suatu disiplin yang menggabungkan seni dengan sains
untuk menyelesaikan isu-isu dalam alam semula jadi dan alam bina. Program
akademik seni bina Landskap yang pertama di dunia telah ditawarkan di Harvard
University lebih kurang 100 tahun lalu. Di Malaysia program pasca-siswazah
Master Seni Bina Landskap (MLA) bermula pada tahun 1996 dan ditawarkan oleh
Jabatan Seni Bina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra
Malaysia. Program ini merupakan satu-satunya program yang diiktiraf oleh
Institut Arkitek Landskap, Malaysia (ILAM) buat masa ini.

Kebanyakan program Seni Bina Landskap di dunia menggabungkan pengetahuan


akademik dengan kemahiran profesional membawa kepada para graduan
menceburi kerjaya sebagai seorang pengamal professional ataupun kerjaya
akademik. Graduan daripada program MLA yang diakreditasi boleh
dipertimbangkan untuk ditauliahkan sebagai seorang Arkitek Landskap
profesional oleh badan pelesenan professional di negara masing-masing.

Arkitek Landskap ialah seorang ahli professional terlatih yang merancang,


mereka bentuk serta mengurus sesuatu Landskap. Arkitek landskap
menggunakan kemahiran perancangan dan reka bentuk landskap untuk
membentuk persekitaran hidup berkualiti yang berharmoni dengan alam semula
jadi. Fokus utama Seni Bina Landskapadalah untuk mencipta keseimbangan
diantara keperluan dan kehendak manusia dengan kekangan alam semula jadi
melalui perancangan dan reka bentuk yang sensitive dan bijak. Justeru itu
arkitek landskap boleh menyumbang kepakaran mereka dengan menasihati klien
cara terbaik untuk merancang dan mereka bentuk ruang berskala kecil dan besar
seperti laman rumah, taman awam dan juga kawasan perumahan mesra alam
dan mesra manusia. Arkitek landskap juga dijemput untuk memberikan
kepakaran mereka dalam kumpulan perunding pelbagai disiplin untuk
merancang kawasan bandar berskala besar seperti Putrajaya, Cyberjaya,
Nusajaya, dll. Terdapat juga arkitek landskap yang menasihati ahli perhutanan

mengenai strategi pembalakan terbaik yang dapat mengekalkan keindahan


pemandangan hutan dan juga dalam mereka bentuk hutan-hutan lipur. Arkitek
landskap juga mereka bentuk pinggiran pantai dan sungai seperti Pinggiran
Sungai Kuching (Kuching Waterfront) dan Pinggiran Lumut (Lumut Waterfront).
Kepakaran mereka juga diperlukan dalam menyediakan kawasan yang sesuai
untuk tapak bersejarah, kawasan lembab binaan (constructed wetlands), koridor
sungai, pengawalan cerun secara kejuteraan biologi dan sebagainya.

Pada masa yang sama terdapat ramai pula graduan seni bina landskap yang
memilih untuk terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam pengajaran dan
penyelidikan di universiti, kolej komuniti dan juga sekolah-sekolah.

Program Master Seni Bina Landskap di UPM telah lama diwujudkan iaitu sejak
tahun 1996 lagi serta ia merupakan satu-satunya program peringkat master
yang diakreditasi oleh Institute Arkitek Landskap, Malaysia (ILAM). Ini bermakna
graduan MLA UPM layak dipertimbangkan sebagai ahli korporat ILAM dan
dibenarkan bekerja sebagai seorang Arkitek Landskap di Malaysia.

Program MLA di UPM mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah serta


berpengalaman daripada kalangan pensyarah di Jabatan Seni Bina landskap,
Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM serta disokong pula oleh ahli professional
bersekutu daripada firma-firma terkenal dari dalam dan luar Lembah Kelang.

Fakulti Rekabentuk dan Senibina juga menyediakan persekitaran yang dapat


meransang pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar mempertingkatkan daya
kreatif mereka disamping membina kemahiran professional dan kemahiran hidup
masing-masing. Studio pengajaran yang selesa, bilik-bilik kuliah yang lengkap,
makmal-makmal komputer, bengkel pembinaan, dll. disediakan untuk kegunaan
para pelajar MLA. Fakulti ini dan juga UPM juga mempunyai koleksi tumbuhan
landskap terbesar diantara universiti-universiti di Malaysia.

Program Master Seni Bina Landskap UPM menerima calon-calon yang memiliki
ijazah Bacelor Seni Bina Landskap yang diiktiraf atau ijazah bacelor BUKAN Seni
Bina Landskap seperti seni bina, perancangan, kejuruteraan, pertanian,
perhutanan, sains alam sekitar, dll.

Calon daripada luar negara perlu menyemak dengan Sekolah Pengajian Siswazah
UPM untuk mendapatkan keperluan syarat Bahasa Inggeris dan lain-lain
keperluan.

Para pelajar MLA dikehendaki melengkapkan 62 kredit untuk bergraduat. Dalam


keadaan biasa ini mengambil masa 5 semester. Pelajar dikehendaki membayar
yuran kredit dan juga yuran semester. Mereka juga diperlukan untuk membayar
sendiri kos lawatan lapangan, alat menulis dan melukis termasuk bahan melukis
untuk pembentangan hasil kerja. Anda perlu menghubungi kami untuk
mendapatkan pecahan terperinci yuran berkaitan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Penyelaras Program Master Senibina Landskap (MLA)


DR. MOHD FAIRUZ SHAHIDAN
Telefon: 03 - 8946 4082

Fakulti Kejuruteraan

18.

Sarjanamuda Sains Seni Bina


KH03
6 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti


serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00)
mata pelajaran berikut:

Matematik T/Matematik Lanjutan T


Fizik
Kimia
atau

Matematik T/Matematik Lanjutan T


Kimia
Biologi
Lulus dengan sekurang- kurangnya 4B mata
pelajaran Fizik di peringkat SPM.

dan
Lulus ujian lukisan yang dikendalikan oleh Fakulti.

19.

Sarjanamuda Kejuruteraan dengan


Kepujian (Awam & Struktur)
KK01
8 semester

20.

Sarjanamuda Kejuruteraan dengan


Kepujian (Elektrik & Elektronik)
KK02
8 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti


serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00)
mata pelajaran berikut:

Matematik T/Matematik Lanjutan T


Fizik
Kimia
atau

21.

Sarjanamuda Kejuruteraan dengan

Kepujian (Kimia)
KK03
8 semester
22.

Sarjanamuda Kejuruteraan dengan


Kepujian (Mekanikal)
KK04
8 semester

23.

Sarjanamuda Kejuruteraan dengan


Kepujian (Mikroelektronik)
KK05
8 semester

24.

Sarjanamuda Kejuruteraan dengan


Kepujian (Awam dan Sekitaran)
KK07
8 semester

25.

Sarjanamuda Kejuruteraan dengan


Kepujian (Biokimia)
KK09
8 semester

26.

Sarjanamuda Kejuruteraan dengan


Kepujian (Pembuatan)
KK13
8 semester

27.

Sarjanamuda Kejuruteraan dengan


Kepujian (Aeroangkasa)
KK15
8 semester

28.

Sarjanamuda Kejuruteraan dengan


Kepujian (Komunikasi & Komputer)
KK17
8 semester

61.

Sarjanamuda Sains dengan


Kepujian (Genetik)
KS53
6 semester

62.

Sarjanamuda Sains dengan


Kepujian (Zoologi)
KS54
6 semester

63.

Sarjanamuda Sains dengan


Kepujian (Bioteknologi Tumbuhan)
KS55
6 semester

64.

Sarjanamuda Sains dengan


Kepujian (Bioteknologi dengan
Pengurusan)
KS56

Matematik T/Matematik Lanjutan T


Kimia
Biologi
Lulus dengan sekurang-kurangnya
pelajaran Fizik di peringkat SPM.

4B

mata

Memenuhi Syarat Am Universiti


serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00)
mata pelajaran berikut:

Biologi
Mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran
berikut:
Fizik
Kimia
Matematik T/Matematik Lanjutan T

Anda mungkin juga menyukai