Anda di halaman 1dari 8

SK LKTP LEPAR HILIR 2

26300 GAMBANG, KUANTAN,


PAHANG DARUL MAKMUR.

KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN
PEMBINAAN GAJAH MENYUSUR
(LALUAN PEJALAN KAKI)
DAN
PONDOK MENUNGGU PELAJAR

PENDAHULUAN
0
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah
merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak samada dari dalam ataupun luar
sekolah.

Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, maka segala
usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul bersama oleh
semua pihak. Mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan
sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan-peraturan, latihan-latihan yang
berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya
insiden-insiden negatif dalam kalangan murid.  Manakala di rumah, amalan keselamatan adalah
merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan
amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan adalah merupakan suatu
manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati diri
yang cemerlang.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat,selamat dam menyeronokkan.

2. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahankan dan dijaga.

3. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

4. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.

5. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah.

6. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada
sekolah yang selamat.

RASIONAL

1
1. Mewujudkan hubungan dengan warga sekolah dan masyarakat.

2. Menekankan perhubungan yang positif antara murid dan kakitangan sekolah.

3. Layanan sama rata dan budaya “caring” kepada murid.

4. Meningkatkan mutu kawalan keluar masuk sekolah.

5. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat.

6. Melaksanakan penyataan misi dan peraturan sekolah yang mengutamakan keselamatan.

7. Mempertingkatkan mutu disiplin.

PENGENALAN
Tujuan dokumen ini adalah untuk mewajarkan permintaan sekolah untuk dana bagi membina
gajah menyusur(laluan pejalan kaki berbumbung) dan pondok menunggu. Impian sekolah adalah
untuk membina laluan berbumbung dari pondok menunggu ke bangunan kantin sekolah bagi
melindungi para pelajar daripada cuaca panas atau hujan serta isu-isu keselamatan.

SITUASI SEMASA

Pelajar-pelajar perlu berjalan kaki sejauh lebih kurang 100 meter dua kali setiap hari dari dan ke
pagar utama sekolah. Pihak sekolah tidak membenarkan kenderaan ibu bapa / penjaga masuk
terlalu berhampiran bangunan sekolah atas sebab-sebab keselamatan. Kereta cuma dibenarkan
masuk ketika cuaca hujan. Apabila kenderaan ibubapa / penjaga memasuki kawasan sekolah
untuk menurunkan murid-murid semasa hujan, kawasan sekolah akan menjadi sesak kerana
kawasan menurunkan murid-murid dalam kawasan sekolah adalah sempit. Bahkan, ianya
menjadi sangat bahaya kepada murid-murid yang turut sama menggunakan kawasan berkenaan
untuk ke kantin atau lain-lain blok bangunan.
Langkah Seterusnya

2
1. Pihak sekolah kini bertanggungjawab menguruskan pembinaan gajah menyusur dari
kawasan parking ibu bapa berhampiran pagar utama ke kawasan kantin / bangunan utama
sekolah.

2. Pihak sekolah akan mendapatkan khidmat pekerja luar untuk pembinaan susur gajah dan
tempat menunggu tersebut.

Perincian Permasalahan

Pemerhatian berdasarkan beberapa faktor di atas, pihak sekolah telah merangka beberapa
cadangan yang dapat membantu sekolah mengambil tindakan awal sebagai persediaan untuk
pembinaan gajah menyusur dan tempat parking kenderaan ibu bapa bersesuaian bagi
menyelesaikan masalah-masalah yang dibincangkan sebelum ini iaitu:

1. Masalah kesesakan,pemandangan dan suasana sekolah.

Pihak kami telah menyediakan Pelan Pembinaan Gajah Menyusur (laluan murid ) dan Parking
ibubapa yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah ini. Pelan cadangan ini bukan sahaja
mengambilkira aspek keceriaan kawasan sekitar malahan ia juga demi keselamatan, keselesaan
para ibubapa dan murid serta kakitangan sekolah. Pelan ini juga telah direkabentuk dengan
meletakkan beberapa elemen yang akan memberi gambaran kepada ibubapa lebih selesa dan
mereka tidak sewenang-wenangnya meletak kenderaan semasa mengambil dan menghantar anak
ke sekolah sehingga mengganggu pergerakan murid yang berjalan kaki apabila memasuki
kawasan sekolah.

Laluan pejalan kaki murid merupakan juga laluan masuk kenderaan ibubapa dan kakitangan
sekolah dan komuniti serta pelawat yang ingin melakukan urusan rasmi di pejabat sekolah. Jika
sekiranya berlaku kemalangan samada antara murid berjalan kaki dengan pemandu kenderaan,
pihak sekolah dikehendaki membuat laporan. Dengan adanya dokumen ini pihak sekolah telah

3
membuktikan pihak sekolah telah mengambil tindakan dengan memaklumkan keadaan ini
kepada pihak yang berkenaan.

2. Masalah kekurangan parking kenderaan.

Pihak sekolah memerlukan ruang yang banyak untuk meletakkan kenderaan ibubapa serta
kakitangan sekolah memandangkan mereka berurusan secara langsung dengan murid- murid
dan sekolah serta komuniti luar yang hadir untuk urusan rasmi di sini. Bagi menyelesaikan
masalah ini, pihak sekolah telah merangka satu cadangan yang sangat praktikal iaitu mengambil
sedikit ruang sisi berhampiran jalan utama kawasan FELDA sebagai tempat kenderaan ibubapa
untuk menurunkan dan menunggu murid-murid. Sebagai melengkapkan keselesaan komuniti luar
terhadap sekolah, maka pihak sekolah juga mencadangkan membina tempat pondok menunggu.
Dengan pembinaan ini akan merealisasikan matlamat persekitaran sekolah sihat dan selamat.

Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat amat wajar projek pembinaan
Gajah Menyusur(laluan pejalan kaki berbumbung) maka usaha-usaha secara bersepadu perlu
dilaksanakan demi keselamatan warga SK LKTP Lepar Hilir 2 Strategi dan pelaksanaannya
secara segera juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang
mengugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah ini.

CADANGAN PENGGUNAAN BAHAN BINA DAN ANGGARAN KOS

4
1. PEMBINAAN GAJAH MENYUSUR( LALUAN PEJALAN KAKI)

Anggaran jarak : 50 meter


Anggaran lebar : 01.5 meter
Anggaran tinggi : 06 kaki
Anggaran kos : RM 60,000.00
Cadangan rekabentuk :

2. PEMBINAAN TEMPAT MENUNGGU PELAJAR

Anggaran panjang : 20 kaki


Anggaran lebar : 06 kaki
Anggaran tinggi : 10 kaki
Anggaran kos : RM 20,000.00
Cadangan rekabentuk :

KESIMPULAN

5
Berdasarkan permasalahan di atas, dimohon agar cadangan ini diluluskan untuk menjadikan
sekolah ini lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada murid-murid
dan komuniti setempat. Malah, isu keselamatan pelajar dan warga sekolah dapat diminimumkan.
Kesemua kerja-kerja di atas adalah diklasifikasi sebagai renovasi yang memerlukan bajet yang
berasingan untuk disempurnakan kerja. Sumbangan ke arah merealisasikan cadangan ini,
amatlah diperlukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………….................................. ………………….……………….
(MOHD KAMARULZAMAN BIN ISMAIL) (NOORHAYATI BINTI RASUL)
Guru Penolong Kanan HEM Guru Besar,
SK LKTP Lepar Hilir 2 SK LKTP Lepar Hilir 2

LAMPIRAN

6
KAWASAN CADANGAN PROJEK GAJAH MENYUSUR(LALUAN PEJALAN KAKI)
DAN TEMPAT MENUNGGU MURID.

CADANGAN TEMPAT MENUNGGU PELAJAR

Anda mungkin juga menyukai