Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA & PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS BERTEMA

PATRIOTIK SERTA PERTANDINGAN KELAS TERCANTIK, BERSIH DAN SELAMAT 2022/23

Mencari timba di anak dara,


Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Semangat pagi untuk semua.

Yang Berusaha,
Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Bakong
Encik Ibrahim bin Pardi,
 
Yang dihormati,
Encik Azril bin Sharif Amdan,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Encik Radzuan bin Abd Hamid,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 
Encik Muhammad Syamizar bin Hamid,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan rakan guru serta anak didik yang dikasihi sekalian.


Assalamualaikum salam sejahtera

Pembuka kata lidah bicara

Izinkan saya mulakan acara

Semoga majlis disambut ceria.

Guru-guru dan anak-anak didik sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) telah memperkenalkan konsep baharu
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu Sekolahku SEJAHTERA.

Konsep Sekolahku SEJAHTERA telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 21 Februari
2022 di Putrajaya.

Pelaksanaan konsep ini adalah untuk menekankan nilai murni pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di
sekolah.

Konsep ini telah pun diperkenalkan pada sesi persekolahan dalam penerapan secara semula jadi dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Konsep Sekolahku SEJAHTERA merupakan konsep yang dijalankan melalui penerapan semula jadi 14 elemen nilai
hidup kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan budaya amalan baik di sekolah oleh guru dan pelajar.

Selain itu, konsep ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, selamat, selesa,
menggalakkan, memupuk dan inklusif ke arah mencapai kebajikan masyarakat.

Ini juga akan membolehkan pelajar meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa
kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.
Guru-guru dan anak-anak didik semua,

Untuk pengetahuan, terdapat 14 nilai yang terkandung dalam konsep ini iaitu:

1. Gembira 4. Etika 7. Adab sopan 10. Berhati-hati 13. Rasional

2. Seronok 5. Empati 8. Harmoni 11.Berkemahiran 14. Artikulasi

3. Sihat 6. identiti 9. Berterusan 12. Penerokaan

Pelaksanaan konsep ini akan diterapkan secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada
pelajar.

Sebagai contoh, jika guru mengajar mata pelajaran Sejarah, sekiranya terdapat perkara-perkara dalam topik yang
diajar kepada pelajar yang berkaitan dengan 14 elemen tersebut, kes-kes ini boleh diterangkan kepada pelajar.

Penerapan elemen konsep ini dalam kalangan pelajar juga akan dijalankan secara holistik bersama di dalam dan di
luar sekolah demi kesejahteraan pelajar.

Para guru dan anak didik sekalian,

Unit Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan (3K) Sekolah di bawah pentadiran Hal Ehwal Murid juga menganjurkan

Pertandingan Keceriaan Kelas bertema Patriotik serta Pertandingan Kelas Tercantik, Bersih & Selamat.

Pertandingan Keceriaan Kelas Bertema Patriotik akan berlangsung sepanjang bulan Ogos hingga 9 September
2022. Manakala Pertandingan Kelas Tercantik, Bersih & Selamat bulanan akan berlangsung sehingga bulan Januari
2023. Pertandingan ini melibatkan semua kelas arus perdana. Syarat-syarat dan kriteria penilaian akan
dimaklumkan kepada guru kelas.

Objektif pertandingan ini antaranya ialah memupuk semangat dan nilai patriotisme dalam kalangan warga sekolah
amnya, dan murid-murid khususnya.

Selain itu melalui pertandingan ini juga dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik, suasana bilik
darjah yang lebih efektif dan kondusif bagi meningkatkan keberkesanan PdP di dalam kelas.

Melalui pertandingan ini juga adalah diharapkan dapat memupuk semangat cintakan sekolah, serta semangat
kerjasama dalam kalangan guru dan murid dalam menghasilkan suasana kelas yang kondusif lagi ceria.

Berenang sekawan si itik nila


Di atas papan batang jerami
Tampillah tuan kami persila
Bersama ucapan kata perasmi

Bagi merealisasikan PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA & PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS


BERTEMA PATRIOTIK SERTA PERTANDINGAN KELAS TERCANTIK, BERSIH DAN SELAMAT 2022/23, majlis
dengan penuh takzim menjemput Tuan Guru Besar, Encik Ibrahim bin Pardi tampil ke pentas menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Seterusnya, bagi mengakhiri majlis mari kita bersama-sama menyanyikan lagu Sekolahku Sejahtera.
ii. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut:-

a. Kebersihan lantai, tingkap, siling dan dinding.

b. Papan kenyataan hadapan (maklumat kelas dan maklumat sekolah) dan papan kenyataan belakang:

-visi dan misi -peraturan kelas

-jadual waktu -pelan kebakaran

-jadual bertugas -sudut mata pelajaran

-carta organisasi -sudut ilmu

-senarai pelajar -sudut pengiktirafan kelas

-senarai inventori -matlamat/ objektif/ slogan

c. Hiasan dan kata-kata motivasi

d. Susun atur perabot (kerusi, meja, almari, dll) termasuk selepas waktu persekolahan

e. Disiplin pelajar di dalam kelas (bonus)

-kedatangan baik / salah laku minimum / keluar kelas dengan kebenaran, dsb.

iii. Penilaian dibuat oleh kumpulan panel penilai sepanjang minggu.

iv. Anugerah bintang setiap minggu untuk kelas yang dapat markah paling tinggi.

Anda mungkin juga menyukai