Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN

PENGETUA
SMK NYALAS

SEMPENA

MESYUARAT AGUNG PIBG


KALI KE 27 2021
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Terima kasih kepada saudari
Pengerusi majlis.

Yang dihormati
En Amir B Abd Karim
YDP PIBG SMK Nyalas.

Yang Dihormati
En Sarip Bin Jumaat
Guru Penolong Kanan
SMK Nyalas

Puan Hjh Sarinah bt Mat Saman


Guru Penolong Kanan Hal ehwal murid
SMK Nyalas

En. Shaikh Alawden b Mohd Ibrahim


Guru Penolong kanan Kokurikulum

Barisan guru kanan matapelajaran


Guru - guru SMK Nyalas.
Serta para ibubapa yang dirahmati Allah S.W.T
1. Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi- tinggi kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan inayahnya dapat kita berkumpul dan
berhimpun pada hari ini dalam usaha memanfaatkan waktu dan ruang untuk
menyatakan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan yang telah
ditaburkan dalam usaha menjayakan majlis pada hari ini.
2. Sekalung terima kasih jua saya ucapkan kepada guru -guru dan ibu bapa
kerana hadir bagi menjayakan majlis kita pada hari ini

Hadirin Sekalian,
3. Majlis pada hari ini diadakan bukanlah semata-mata ingin memenuhkan
takwim aktiviti sekolah sahaja bahkan ada perkara yang lebih penting lagi di
sebalik penganjuran majlis ini. Sebenarnya, majlis ini mempunyai objektif yang
tersendiri iaitu bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang permuafakatan
PIBG yang dapat membantu ibu bapa dan guru dalam pendidikan,mengeratkan
silaturrahim antara ibu bapa dan guru dan, mewujudkan kesedaran bahawa
peranan PIBG dapat membantu kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan.
Selain itu PIBG juga berperanan membantu pihak sekolah mencapai matlamat
dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, ko-kurikulum, bina insan dan
moral, disiplin, keceriaan dan keselamatan sekolah.

4. Demi memenuhi tuntutan pendidikan yang semakin kompleks,


penglibatan ibu bapa dan guru secara langsung dalam program pendidikan
perlulah diwujudkan secara terancang. Oleh itu peranan PIBG amat diperlukan
dalam usaha merealisasikan kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan
dalam Falsafah Pendidikan Negara.
5. Berdasarkan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab ini wajar lah pihak
sekolah dan PIBG berusaha memainkan peranan yang berkesan dalam
membantu pihak sekolah menjayakan perlaksanaan perancangan yang
telah di aturagar kecemerlangan SMK Nyalas terus dapat dilakar. Inshaallah.

Hadirin sekalian,
6. Pada hari ini kita sedar bahawa kita telah melalui satu norma baharu iaitu
kita perlu menajalani kehidupan bersama -sama wabak COVID -19 ini. Dengan
itu, perlu menerima norma ini dan ibu bapa perlulah memainkan peranan agar
sama -sama membantu pihak sekolah melalui norma baharu ini.
7. Oleh itu,sangat penting agar ibu bapa sentiasa menitikberatkan aspek
kebersihan dan mematuhi SOP yang telah digariskan oleh KKM kepada anak
-anak mereka agar mereka dapat melalui musim Covid ini dengan sabar dan
jayanya

8. Antaranya ibu bapa haruslah memastikan anak -anak benar- benar sihat
sebelum ke sekolah agar penularan wabak ini dapat kita cegah. Sekiranya, anak
-anak anda mempunyai gejala seperti batuk,selesema dan depan panas segeralah
mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.

9. Selain itu, ibu bapa juga perlulah mendidik agar anak – anak sentiasa
membasuh tangan dengan sabun atau membawa handsantizer ketika ke sekolah
agar kebersihan sentiasa terjamin. Anak -anak juga haruslah memakai penutup
mulut ketika berada di sekolah atau luar sekolah agar wabak covid ini dapat
dicegah penularannya.

10. Selain itu juga, sebagai salah satu usaha kita untuk membendung wabak
COVID – 19 ini, ibu bapa haruslah sentiasa mengingatkan anak -anak
berkenaan penjarakan sosial terutamanya ketika anak -anak berada di luar
kawasan sekolah. Hal ini penting agar anak -anak kita tidak dijangkiti wabak
covid sehingga menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran terutama
anak -anak yang akan menduduki kelas peperiksaan.

11. Oleh itu, Marilah sama-sama kita berdoa semoga wabak Covid-19 ini
dapat segera dihapuskan dan kita boleh kembali kepada rutin harian yang kita
rindui dengan selamat.

Hadirin sekalian.

12. Peningkatan kualiti guru dan kemenjadian murid akan terus menjadi fokus
sekolah pada tahun 2021 sesuai dengan matlamat program transformasi sekolah
TS25 iaitu Sekolah yang berkualiti lahir daripada pemimpin sekolah yang
berkualiti dan guru yang berkualiti. Dengan ini akan dapat mengembangkan
bakat, potensi dan kemenjadian murid-murid.
13. Oleh itu, Kerjasama antara guru dan ibu bapa sangat penting kerana tanpa
kerjasama ini sudah tentu kemajuan dan kejayaan sekolah sukar dicapai.

14. Untuk pengetahuan ibu bapa sekalian SMK Nyalas antara sekolah yang
tersenarai dalam pelaksanan TS25.

15. Pasti tuan – tuan dan puan -puan tertanya -tanya tentang Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini.

16. Untuk makluman ibu bapa Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke
arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

17. Melalui TS25, guru-guru hendaklah mengaplikasikan amalan terbaik dalam


pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan (Pdpc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

18. TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
• Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
• Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
• Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
• Komitmen komuniti yang padu

19. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya


mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari
dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 – 2025.
20. Oleh itu, sokongan daripada ibu bapa adalah penting untuk pihak sekolah
menjayakan PdP berteraskan TS25 ini.
Hadirin sekalian,

21. Untuk pengetahuan ibu bapa sekalian, selain TS25, guru -guru SMK Nyalas
juga telah menerapkan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) dalam PdP mereka.

22. Melalui konsep pembelajaran STEM iaitu dapat membuatkan pelajar lebih
rasa minat dan seronok untuk mengikut PdP kerana STEM ini memudahkan
cara pembelajaran dan membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta
aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.

23. Kementerian memperkenalkan konsep STEM dalam PdP kerana pada hari
ini ramai pelajar kurang berminat untuk mengambil aliran Sains Tulen semasa
Tingkatan 4 & 5 iaitu statistik menujukkan penurunan iaitu hanya 17-19%
sahaja yang mengambil aliran Sains berbanding target Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitu sebanyak 60%.

24. Hai ini adalah kerana pelajar beranggapan subjek tersebut agak susah untuk
mereka faham serta kaitkan dalam kehidupan dan keputusan Sains dan
Matematik mereka yang kurang memberansangkan semasa PT3

25. Kesannya, akan memberi perubahan kepada negara kerana kekurangan


pelajar yang mempelajari subjek sains tulen di sekolah mahupun di universiti
akan memberi kesan kepada industri dan teknologi di Malaysia pada masa
hadapan.

26. Disebabkan itu Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan


kembali minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’
pada masa hadapan
27. Salah satu pedagogi STEM mementingkan elemen 4C dalam Pembelajaran
Abad Ke-21 iaitu ‘Collaboration’ ‘Creativity’ ‘Communication’ dan ‘Critical
Thinking’ yang penting untuk kemahiran mereka di alam kerjaya kelak .

28. Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) ini menekankan keseimbangan ilmu


dan akhlak dalam pendidikan agar dapat menyediakan generasi masa depan
yang peka dengan perubahan landskap pendidikan tinggi dan cabaran abad ke-
21.

29. Oleh itu, pihak sekolah amatlah berharap ibu bapa akan memberikan
sokongan kepada pihak sekolah agar kecemerlangan sekolah akan terus dapat di
gapai

Sidang hadirin,
30. Kecemerlangan sesuatu organisasi tidak akan tercapai tanpa kejasama
semua pihak atau bekerja dalam satu pasukan. Maka, kecemerlangan SMK
NYALAS memerlukan kerjasama semua terutamnya sokongan daripada PIBG
sekolah.

31. Oleh itu,marilah kita berganding bahu demi sebuah kecemerlangan SMK
Nyalas yang pastinya membuka mata banyak pihak. Seharusnya kita sentiasa
menekankan aspek penambahbaikan yang berterusan dalam perancangan dan
pengurusan setiap aktiviti serta berusaha menghasilkan kualiti kerja yang lebih
baik dari masa ke semasa.

Para ibu bapa sekalian,


32. Setiap pemulaan pasti ada akhirnya. Pada kesempatan ini, saya menaruh
harapan agar usaha murni ini sentiasa membawa kebaikan dan manfaat
berterusan.

33. Kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini saya amat brharap agar
terus berganding bahu dan menyokong semua program yang dianjurkan oleh
pihak sekolah demi kecemerlangan anak –anak kita kelak.

34. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini saya merasmikan majlis


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 27 2021.

35. Doa saya semoga majlis ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T
Sekian, wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah
wabarokatuh. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai