Anda di halaman 1dari 4

NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN

TEMA

Ketabahan seorang wanita menempuh dugaan dalam kehidupannya.

Contohnya, Dr, Raiha tabah menghadapi kematian anaknya, Rohayu dalam kemalangan
kebakaran kereta. Selain itu, Dr Raiha tabah menghadapi sikap suaminya yang panas
baran sepanjang mereka hidup bersama.

PERSOALAN

1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

Contohnya, Dr, Raiha amat menyayangi anaknya, Rohayu walaupun anaknya mengalami
Sindrom down.

2. Persoalan keberanian dalam mengakui kesilapan yang lalu.

Contohnya, Feilicia berani mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar yang meragut
nyawa anak perempuan Dr Raiha dan meminta maaf kerana merahsiakanya.

3. Persoalan kegigihan dalam menjalankan tugas yang pekerjaan.

Contohnya , Dr Uwang berusaha dengan gigih untuk memajukan Pusat Rawatan Pantai
Kasih selepas mengambil alih pusat tersebut daripada bapanya, Datu Ontong.

4. Persoalan tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakitnya.

Contohnya,Dr Raiha bertanggungjawab menjalankan pembedahan tulang pinggul ke atas


Unong Siron buat kali keenam.
NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama – Dr Raiha

1. Seorang yang penyayang.


Contohnya, Dr, Raiha amat menyayangi anaknya,
Rahayu walaupun anaknya mengalami Sindrom down.
2. Seorang yang tabah.
Contohnya, Dr, Raiha tabah menghadapi kematian
anaknya, Rohayu dalam kemalangan kebakaran
kereta.
3. Seorang yang bertanggungjawab
Contohnya, Dr Raiha bertanggungjawab menjalankan
pembedahan tulang pinggul ke atas Unong Siron buat
kali keenam.

Watak Sampingan

i) Dr Uwang
1. Seorang yang suka berfoya -foya
Contohnya, Dr Uwang gemar mengunjungi kelab malam
eksklusif untuk menenangkan fikiran dan berhibur.
2. Seorang yang gigih berusaha.
Contohnya, Dr Uwang gigih membangunkan Pusat Rawatan
Pantai Kasih selepas diamanahkan bapanya, Datu Ontong .
3. Seorang yang materialistik
Contohnya, Dr, Uwang sanggup membeli peralatan tiruan dan
tidak berkualiti untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih semata –mata ingin mengaut
keuntungan.
ii) Felicia Landosi
1. Seorang yang bersikap pilih kasih.
Contohnya, Felicia bersikap pilih kasih dengan hanya
memberi layanan yang baik kepada pesakit dari golongan
vvip.
2. Seorang yang angkuh
Contohnya, Felicia berasa marah dan tidak dapat
menerima teguran Dr Raiha berkenaan etika
kejururawatan.
3. Seorang yang berani mengakui kesilapan.
LatarFelicia berani mengakui kesilapannya dan memohon maaf
Contohnya,
kepada Dr Raiha kerana terlibat dalam kemalangan kebakaran
kereta yang menyebabkan anak Dr Raiha meninggal dunia.
NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
1. Latar tempat 2. Latar masa 3. Latar masyarakat.
a) Pusat Rawatan a) Waktu malam a) Masyarakat yang
Pantai Kasih Contohnya, waktu mementingkan
Contohnya, tempat Dr Raiha berlakunya kemalangan keuntungan.
bertugas sebagai kebakaran kereta yang Contohnya, Dr, Uwang
Doktor pakar bedah. meragut nyawa Anak sanggup membeli peralatan
Perempuan Raiha dan tiruan dan tidak berkualiti
b) Apartment Dr, Raiha Doktor Sadiz. untuk pesakit yang
b) Waktu Senja mendapatkan rawatan di
Contohnya, Tempat tinggal Contohnya, waktu Dr Raiha Pusat Rawatan Pantai Kasih
Raiha selepas peristiwa menjalankan pembedahan semata –mata ingin mengaut
hitam kematian anaknya dan sendi tulang pinggul ke atas keuntungan.
dibiarkan Unong Siron buat kali
hidupnya tergantung- keenam. b) Masyarakay yang
gantung oleh Doktor Sadiz. c) Waktu siang penyayang.
Contohnya, waktu Datin Contohnya, Dr, Raiha amat
c) Wad Super VVIP menjalani rawatan D&C di menyayangi anaknya, Rohayu
Contohnya, tempat Datin Pusat Rawatan Pantai Kasih. walaupun anaknya mengalami
sedang mendapatkan Sindrom down.
rawatan D& C di pusat
rawatan itu. c) Masyarakat yang
bertanggungjawab
dalam menjalankan
tugas.
Contohnya, Dr Raiha
bertanggungjawab
menjalankan pembedahan
sendi tulang pinggul ke atas
Unong Siron buat kali
keenam selepas diarahkan
oleh Dr Uwang.

GAYA BAHASA

1. Similie
Contohnya, berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam
2. Istilah sains
Contohnya, X-Ray, CT-Scanning, mamografi,
hemodialisis.
3. Personifikasi

Contohnya, Raiha terpukul bisu, alangkah letih jiwaku


4. Metafora
Contohnya, jauh dilubuk hatinya,kecut tali perutnya.
5. Peribahasa
Contohnya, anak kandung, air muka
NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN

NILAI

1. Nilai kasih sayang


Contohnya, Dr, Raiha amat menyayangi anaknya, Rohayu walaupun anaknya
mengalami Sindrom down.
2. Nilai bertanggungjawab
Contohnya, Dr Raiha bertanggungjawab menjalankan pembedahan sendi tulang
pinggul ke atas Unong Siron buat kali keenam selepas diarahkan oleh Dr
Uwang.
3. Nilai kegigihan.
Contohnya, Dr Uwang gigih membangunkan Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas
diamanahkan bapanya, Datu Ontong .

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
Contohnya, Dr Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar
bedah seperti ayahnya.
2. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.
Contohnya, Dr Raiha tabah menghadapi kematian anaknya, Rohayu dalam
kemalangan kebakaran kereta.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam sesuatu pekerjaan.
Contohnya, Dr Raiha bertanggungjawab menjalankan pembedahan sendi tulang
pinggul ke atas Unong Siron buat kali keenam selepas diarahkan oleh Dr
Uwang.

Anda mungkin juga menyukai