Anda di halaman 1dari 9

Tema

Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

Tabah menghadapi kematian anak peremuannya o Raiha tabah menghadapi


kematian anak perempuannya. Anak perempuantunggalnya itu adalah seorang
anak istimewa, berkromosom lebih iaitu downsinDoktorom. Sejak mengetahui keadaan
anaknya dalam kandungan, suaminyameminta agar kandungan itu digugurkan, namun
Raiha tetap mahu melahirkananak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada
suaminya. Selain dimintaagar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak
istimewa sepertiRohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara
sendiri danmenghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor
Sadiz beradakecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan
Raihamenyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang
dibawaoleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada
ditempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marakitu
sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yangtetap
menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya

PERSOALAN

1. Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat. Sikap


lebihmementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang
yangtidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan
mendapatkanrawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan
tunggalnya duduk disekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak
menggangu rutin danstatusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya
sedangkan dia memangtidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

2. Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga.Sikap


Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah
tanggamenggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu
dikongkong.Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-
kelab malam danminum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir
ke ranjang. Namunsikapnya yang memastikan kebersihan setiap isteri tidak sah
menjadikan dia seorangyang pemilih.

3. Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul.Raiha bersetuju


untukmelakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor
Uwanglahyang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa
bahawa menjaditanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang
yang cedera akibatkemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Dia terpanggil untukmelakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.

4. Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku


kesalahannyaWalaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan
emak Unong yangmenuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui
kesalahannya itudihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian
sebenar peristiwa yangmeragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana
merahsiakannya keranatakut.

5. Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah


mengetahuipunca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor
Sadiz yangmembakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ
namun Raiha redadengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku
sebagai ketentuan tuhandan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak
menyalah sesiapa termasuk Feliciasebaliknya reda menerima berita tersebut.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama Raiha
Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama6
bulan
Doktor pakar bedah
Anak kepada doktor pakar bedah
Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakah Pakar
Perunding Pembedahan.
Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri.
Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengikabatkan kematian anak
kesayangannya.
Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyangmereka
berasal daripada Nunuk Ragang.

Watak Sampingan Doktor Uwang


Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery
Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
Berwajah kacak dan segak
Berusia pertengahan empat puluhan
Bertubuh sederhana
Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh
Unong Siron
Bekas Pesakit Doktor Uwang
Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu
untukbertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
Kurus cengkung dan pucat
Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
Mempunyai masa depan yang cerah
Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara

Doktor Sadiz
Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
Pakar Perunding Pembedahan
Pakar Bedah Otak
Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari
Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana
isterinyaRaiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa
disedari anakperempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak
petrol danrentung.
Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah
diketahuikelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.

Ayah Raiha
Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
Seorang yang optimistic
Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini
Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
Sudah meninggal dunia
Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai,tidak
berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

Sister Felicia Landosi


Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan
DoktorSadiz
Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana
ketakutan.Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang
marakakibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama
danberkhidmat di hospital yang sama.
Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu UnongSiron
yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatanwalaupun
sudah lima kali menjalani pembedahan.

Latar Tempat
Latar Pusat Rawatan

o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwango Tempat Rahia bertugas sebagai
pakar bedah.

o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selamaenam


kali pembedahan

o Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan


sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.

o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah


bawah mendapatkan rawatan.

o Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penc

Pantai Kasih eroboh yang menyamar sebagai doktor.

Apartment Raiha

o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan
hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.

o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat


RawatanPantai Kasih

o Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai


kesukaranmenghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.

Rumah Tumpangan

o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluardari
rumah agam milik Doktor Sadiz

o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentungakibat
kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuanmereka
berada di situ pada waktu itu.
Rumah Doktor Uwang

o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganyao Tempat berlangsungnya sambutan


ketibaan tahun baru, sehingga memaksaDoktor Uwang menghantar Sister Felicia
dan Doktor Sadiz pulang.

o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

Mahkamah Keluarga

o Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas
peristiwakematian anak perempuan mereka akibat rentung.

Wad Super VVIP

o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasiho
Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintango Dihuni oleh pesakit elit bergelar
datino Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.

Daerah Inanam

o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendaho Tempat tinggal
Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini

Hospital Kinabalu

o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.o Sempat bertugas beberapa tahun di situ

o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawa

Latar Masa

Malam Hari - Kemalangan Doktor Uwang


Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang menyatakan bahawaberlakunya
kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang danpergelangan
tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas danmelanggar tembok di pusat
rawatan tersebut.
Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor
Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk
membuat pembedahan terhadappesakit gologan menengah dan sederhana.

Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih


o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahanSister
Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.
o Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron membantu
secara psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya
sebagai doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan
meminta dia ke hospital tersebut. Dengan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.

Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas diadisambar api
yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
o Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang
kerumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumahdidapati Raiha
sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia
membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya
kerana berasa marah dengan tindakanRaiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ
pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya itu
sehingga meragut nyata anak perempuannnya itu.

Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih


o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilankecemasan.
Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu.Namun, Raiha
mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharusahaja dibedah buat kali keenam
dan melihat keadaannya pada waktu.
o Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan
sehinggamenyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan
keatasnya.

1. Waktu Senja - Pembedahan keenam


Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsungpada waktu senja.
Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raihaselepas diminta oleh Doktor Uwang.
Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan
tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut
adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.

Latar Masyarakat
1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
o Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambilalih Pusat
Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidakmenghiraukan sama
ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannyaitu mampu atau tidak asalkan dia
mendapat keuntungan dengan meletakkan hargayang dirasakan munasabah untuknya.

1. Latar masyarakat yang takut berterus terang


o Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalanganyang berlaku
sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felciatahu bahawa Doktor
Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewahPorsche miliknya akibat rasa
marah yang membawa terhadap Raiha.

1. Latar masyarakat yang ego


o Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. DaktorSadiz
menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebutsedangkan
kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yangmembakar kereta mewah
miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrolsehingga menyebabkan anak
perempuan mereka yang kebetulan ada disitudisambar api tersebut.

1. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi


o Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga
menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai
dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha,
dia mampu menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

1. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan


o Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu
terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkanmereka adalah
daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.

1. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas


o Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan
bebas sewaktu mudanya.
o Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upayasehingga
menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.

1. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya


o Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila
ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasihkepadanya.
o Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan PusatRawatan
Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah
memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.

NILAI
1. Nilai Kerajinan
o Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar dikawasan
pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjayabelajar hingga menjadi
seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
o Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripadamentornya
iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dansanggup melakukan apa-
apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasukmembuat demonstrasi.
1. Nilai Ketekunan
o Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajarsehingga
menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui
oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah,namun atas ketekunannya mengharungi
pelbagai cabaran telah menjadikan diaseorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

1. Nilai Keberanian
o Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian
anakperempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangioleh
Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan namabaiknya sendiri.
Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri keranamempertahankan benang
yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak munculuntuk menjadi saksi di mahkamah sehingga
Raiha kalah dalam kes tersebut.

1. Nilai Bertanggungjawab
o Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Sironsebagai
pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian keranaRaiha berpendapat
tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masamenghadapi hidup dengan waktu
sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnyagadis tersebut menjalani pembedahan yang sama
di tempat sama dan atas sakityang sama sehingga lima kali.

1. Nilai Keprihatinan
o Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahansebanyak
enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukanpembedahan tersebut
adalah doktor pakar yang bukan calang-calang. Rasaprihatin itu terbit dan
mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadimerupakan pembedahan yang
terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitanyang dialami oleh Unong selama ini.

1. Nilai Ketabahan
o Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendakmenjadi
pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untukmenjadi pakar bedah
sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagaiseorang pakar bedah hanya
mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahandari segi fizikal dan mental. Namun
pandangan ayahnya itu dibangkang olehRaiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk
menjadi seorang pakar bedahyang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah
hospital kerajaanakhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima
pelawaanuntuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
o Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadiseorang
pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.Walaupun cita-cita
Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi denganmatlamat hidup yang jelas, cita-
cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.

1. Kita hendaklah menghormati hak orang lain


o Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Sironberhak untuk
mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan PantaiKasih telah menyebabkan
wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknyaitu dihabiskan untuk membayar kos enam
kali pembedahan. Pusat Rawatan PantaiKasih tidak menghormati hak pesakitnya.

1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan


o Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya
bertanggungjawabsepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz
tidakbertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya.
Diamerahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwahitam itu.

1. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.


o Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskanbayaran
pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orangmampu untuk
membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untukmenerima rawatan yang
terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untukmembelanjaan wang insurans anaknya
demi melihat anaknya kembali lincah dansihat seperti anak orang lain.

1. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
o Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekunbelajar
untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga.Walaupun ditentang
oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajardengan tekun hingga cita-citanya
sebagai pakar bedah tercapai juga.

1. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.


o Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang olehayahnya,
Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya diamenjadi pakar bedah di
Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi olehDoktor Sadiz kerana tidak mahu
menggugurkan anak cacat yang dikandungnyasering menjadi bahan melampias
kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anakperempuannya iaitu Rohayu memberikan
tamparan yang besar kepada Raiha,namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun
mendapat cemuhan dantentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.

Anda mungkin juga menyukai