Anda di halaman 1dari 2

Tema Novel: Pantai Kasih mengutarakan ketabahan seorang wanita yang menghadapi pelbagai dugaan

dalam hidup

Persoalan

 Persoalan keruntuhan rumah tangga yang meninggalkan kesan trauma kepada salah seorang
 Persoalan kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat dimana kesempatan diambil demi
keuntungan wang
 Persoalan berani mengaku kesalahan di mana Felecia yang mengaku bersubahat menipu Raiha
dan meminta maaf
 Persoalan tentang sikap berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga seperti Dr. Uwang yang
sudah berumah tangga tetapi keluar ke kelab malam dan minum arak
 Persoalan tanggungjawab yang perlu dipikul apabila Raiha membuat pembedahan setelah Dr.
Uwang kemalangan.

Watak dan Perwatakan

Raiha

 Watak utama yang merupakan seorang doktor pakar bedah dan bekerja di Pusat Rawatan Pantai
Kasih
 Pernah berkahwin selama 10 tahun bersama dengan Dr. Sadiz yang merupakan seorang pakar
perunding pembedahan
 Seorang yang tegas dengan mempunyai pendirian yang teguh
 Seorang yang dihantui kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri kerana
peristiwa malang yang mengakibatkan kematian anaknya

Doktor Uwang

 Seorang doktor pakar bedah yang bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih
 Pernah menjadi pensyarah dan demonstrator dalam bidang pembedahan
 Memiliki wajah yang kacak dan ketrampilan yang segak
 Mempunyai seorang anak luar nikah dan suka berfoya-foya di kelab malam serta minum arak

Unong Siron

Merupakan seorang bekas pesakit Dr. Uwang Berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana
namun terpaksa mencari wang demi mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih Seorang gadis
remaja yang mempunyai masa hadapan yang cerah untuk melanjutkan pengajian ke luar negara Doktor
Sadiz Anak saudara kepada Dr. Uwang dan merupakan pakar perunding pembedahan dan bedah otak
Bekas suami kepada Raiha dan bersikap angkuh Bersikap egoistik dan emosional sehingga
mengorbankan anaknya sendiri apabila membakar kereta mewahnya hanya kerana menganggap
isterinya membawa anaknya itu lari daripadanya. Mati akibat dirempuh lori tangki minyak selepas sahaja
pulang dari mahkamah kerana menang perbicaraan berkenaan kematian anaknya. Ayah Raiha Seorang
doktor pakar bedah di hospital kerajaan Bersikap optimistik dan tegas Berkahwin dengan isteri baharu
dan mendapat tiga orang anak termasuk Raiha Felicia Landosi Seorang jururawat kanak-kanak yang
bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu
bersama-sama Raiha dan Dr. Sadiz Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha yang dilakukan
oleh Dr. Sadiz kerana ketakutan.

Anda mungkin juga menyukai